Menu penyelamat ketika kehabisan lauk ataupun perlu masak segera.. Semua orang tahu masak masakan yang sangat simple ini.. Ada macam2 cara dan macam2 resipi.. Tapi saya lebih suka tambahkan hirisan bawang, lada hidup sahaja.
Kadang2 saya tambahkan juga sedikit udang kering atau ikan bilis yang ditumbuk ke dalam adunan telur sebelum digoreng. Resipi makcik saya, sedap juga.. Ada orang suka tambahkan hirisan daun kunyit atau kelapa parut ke dalam telur dadar. Apa2 pun tepuk dada tanya selera. Jadi, tak perlulah saya kongsikan cara memasak telur dadar kan... Owh!!! ada yang tak tahu ke????
Senang je tu... mula-mula, panaskan 2 sudu minyak masak dalam kuali. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, campur secubit garam, potongan bawang dan lada, kemudian godak sampai telur sebati. Tuangkan dalam minyak panas dan tutupkan kuali. Kecilkan api. Agak2 dah ada bau telur goreng tu, buka tutup kuali dan balikkan telur. Dah masak kedua2 belah, bolehlah dikeluarkan dari kuali.. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment