Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label HIDANGAN INDIA. Show all posts
Showing posts with label HIDANGAN INDIA. Show all posts
14 June 2012
ROTI CANAI TELUR DENGAN KUAH DHAL
Assalamualaikum wbt..
Menu sarapan pagi semalam... lewat post kat blog kerana masa tidak mengizinkan.. tapi tak apalah... dah kenyang pun.. Sebenarnya saja nak kongsi kat sini..kalau kawan2 kat luar sana yang datang melancong ke Pantai Timur, jangan le terperanjat kalau nak bersarapan dengan roti canai...Kat sini, jarang ada kari dal yang ada sambal tumis tu...yang ada kuah dhal atau kari ayam, kambing atau lembu.. dan ada juga gulai tulang lembu yang besar gedabak tu.. ikut pilihan la ye..
yang ini saya punya... roti telur, kuah dhal dan gula (org Teganu kan suka yang manis2)tak nak cuba?? sedap tau!!
roti telur, made by my Masterchef...Ummi.... Hmmm.. tiap kali Ummi buat roti canai, saya mesti makan sekeping.. kalau takde kuah, cecah susu pekat ataupun gula..
inilah dia rupa kuah Dhal orang Terengganu... takde rasa kari, hanya Dhal semata.. oppss... ada la juga rasa lemak santan dan rempah tumis2 tu.. nak membuatnya mudah aje..cuma rebuskan Dhal sampai empuk (kacang dhal tu kena cuci dan rendam dulu semalaman, baru cepat empuknya..) masa merebus Dhal tu, campurkan bawang putih, bawang besar dan halia yang dititik.. tambahkan juga serbuk kunyit supaya warnanya cantik kekuningan.. bila Dhal dah empuk, tambahkan santan dan garam secukup rasa.. Dalam kuali lain, tumiskan sedikit biji sawi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau... kemudian tambahkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.. kacau sampai bawang kekuningan. Tuangkan ke dalam rebusan Dhal tadi berserta dengan minyak tumisan tu.. Tutup periuk dan padamkan api.. Selepas 5 minit, baru dibuka..sedia untuk disajikan dengan roti canai.. Makan dengan roti putih biasa pun sedap juga... Bagi yang suka pedas, kena sediakan sambal tumis la ye.. bagi orang Terengganu... beginilah seadanya.. tambahkan gula secukup rasa.. yummy...yummy..
Selamat Mencuba...
22 October 2010
CHAPATI DENGAN KARI DHAL
Pagi ni saya sediakan chapati dengan kari dhal untuk bersarapan.. Minum teh panas.. Sebenarnya tepung atta ni dah beli sejak bulan lepas.. tapi nak buat chapati ni asyik tertangguh2.. Kali ni tak boleh lengah2.. kalau dibiarkan, nanti tepung tu expired pulak.. So, pagi2 lagi saya dah adunkan chapati ni.. dan masak kari dhal.. Kebetulan ada lagi 2 ketul gearbox kambing yang dah siap rebus dalam freezer, so saya campurkan dalam kari dhal saya..
Resipi chapati ni, asalnya dari kawan ummi, suaminya orang pakistan.. tak berapa tepat sukatannya..pakai2 agak2 jer.. sebab dia bercerita pasal chapati ni sambil borak2..
Bahan-bahannya
500gm tepung atta
1 gelas air suam + sedikit garam
2 sudu minyak sapi (saya guna marjerin lembut aje)
1 biji telur ayam
Cara :
Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang di tengah2, pecahkan telur, taruk marjerin dan tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sampai sebati. Bentukkan adunan jadi bebola, kemudian digelek tipis2.. Semasa menggelek adunan kena tabur tepung gandum supaya tidak melekat. Bakar atas kuali leper hingga masak. (Kalau nampak dah menggelembung, maknanya dah masaklah..)
KARI DHAL
Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kacang dhal - direbus sampai empuk
2 ketul gearbox kambing (dah siap rebus)
1 mangkuk air rebusan
1 cawan santan pekat
2 biji terung bulat, dipotong kecil
1 batang karot, dipotong kecil
4 biji kentang, dipotong kecil
2 biji lada hijau, dipotong2
2 biji tomato, dibelah2
5 biji bendir (saya tak taruk, sbb dah kehabisan stok)
4 batang kacang panjang, dipotong pendek
garam dan serbuk perasa
sedikit air asam jawa (boleh ganti tomato puree)
minyak untuk menumis
bahan-bahan untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 biji bawang merah, dimayang halus
2 biji bawang putih, dimayang halus
2 cm halia
2 sudu cili kisar (lebihkan jika suka lebih pedas)
sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, lawang dan cengkih)
4 sudu serbuk kari
Cara Membuatnya
Kacang dhal, gearbox kambing dan air rebusan dicampurkan ke dalam periuk dan rebus sampai sebati. Masukkan santan, garam, air asam jawa dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga garing. Tuangkan ke dalam periuk dhal tadi dan tutup. Selepas 5 minit, baru dibuka periuk dan sedia untuk dihidangkan.
nota : untuk lebih sedap lagi, boleh ditambah daging cincang atau daging tetel yang telah siap direbus ke dalam kuah dhal.
15 October 2010
ROTI CANAI & KUAH DHAL
Pagi ini, kami bersarapan dengan roti canai segera dan kuah dhal.. juga karipap ikan terengganu (temosa) Roti canai segera dan karipap yang ummi bawa dari kampung, kuahnya saya masak sendiri.. kuah dhal ni versi orang terengganu, sbb tak menggunakan kari.. Resepi dan cara-cara membuat roti canai tak dapatlah saya kongsikan, sebab menjaga rahsia perusahaan ummi saya..
Bahan-bahan untuk kuah dhal ialah
1 mangkuk kacang dhal, dicuci dan direndam semalaman
1 labu bawang besar, dibelah 4
4 biji bawang putih, diketuk2
1 inci halia, diketuk2
santan 1/2 biji kelapa
sedikit serbuk kunyit
Rempah tumis
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
1 sudu teh biji sawi
4 sudu besar minyak masak
Cara Membuatnya
Kacang dhal direbus bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur. Kira2 satu hingga satu setengah jam. Masukkan santan, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Dalam kuali berasingan, tumiskan bahan2 tumis hingga garing. Tuangkan tumisan tadi ke dalam periuk berisi kacang dhal dan tutupkan periuk. Padamkan api. Selepas 5 minit, baru boleh dibuka. Hidangkan dengan roti canai. Campurkan sedikit gula ke dalam kuah jika suka kuah lebih manis. Kuah dhal ini juga sedap dimakan dengan roti biasa.
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)