Petang tadi, minum petang dengan keropok lekor...buat sendiri, guna ikan tamban.. import tepung sagu dari Terengganu.. hahaha, baru puas hati, keropok dah menjadi... Berbeza dengan entry saya sebelum ini, kali ini saya cuma gunakan sedikit sahaja tepung sagu iaitu cuma lebihkurang 500gm sahaja dengan kuantiti ikan sebanyak 1kg.. itupun sebab isi ikan tu saya kisar guna blender, kena tambah air.. kalau guna isi ikan yang ditumbuk, kuantiti tepung mungkin kurang dan kualiti keropok makin sedap.. Keropok yang telah siap, boleh direbus dulu sebelum digoreng atau terus goreng dan dimakan panas2 dengan air lada (sos cili buatan sendiri, khas untuk keropok lekor).. Lihat entry saya sebelum ini untuk mendapatkan resipinya..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment