Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
16 October 2010
NASI LEMAK
Anak2 saya memang suka makan nasi lemak, terutama anak yang sulung. Setiap hari, sepulangnya dari sekolah agama, mesti makan nasi lemak.. Jadi setiap hari jugalah, sebelum pergi kerja, saya akan belikan sebungkus nasi lemak untuknya..
Pagi ini, tiada sarapan nasi lemak.. Saya cuma sediakan roti canai dan karipap untuk sarapan pagi. Tengah hari pula, kami keluar shopping barangan dapur dan terus makan tengah hari kat luar. Malam pula, anak sulung saya mintak nasi lemak.. Jadi sebelum mereka tertidur sebelum sempat makan, saya pun bergegas ke dapur, prepare apa yang patut untuk memasak nasi lemak..
Saya sebenarnya suka makan nasi lemak berlaukkan ikan aye tumis (ikan tongkol) tetapi kali ini, saya masak nasi lemak yang simple bangat, cuma telur rebus dengan sambal tumis ikan bilis sahaja.. tak ada timun, saya gantikan dengan kacang panjang.. Di sini saya kongsikan resipi nasi lemak yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya..
Nasi Lemak
Bahan-bahan
3 pot beras siam
1/2 biji kelapa, ambil santan 3 1/2 pot
secubit garam
2 helai daun pandan
2 biji bawang merah, dimayang
1 cm halia, dimayang,
1 sudu kecil halba, jika suka
5 biji telur direbus, dan dibelah 2
Bahan-bahan untuk sambal tumis (dikisar lumat)
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah besar
20 biji cili kering
2 biji buah keras
1 sudu kecil belacan
2 biji bawang besar dimayang
5 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 cawan pati santan
1 mangkuk kecil ikan bilis yang siap dibelah
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
3 sudu air asam jawa
Cara Memasak Nasi
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, garam dan daun pandan. Masaklah hingga mendidih dan kering airnya. Tutup periuk dan kecilkan api. Selepas 15 minit, atau setelah nasi masak, barulah dikarih2 dan dipadamkan api. Tutup kembali periuk, selepas 5 minit baru dibuka untuk mengelakkan nasi melekat kat periuk.
nota : saya tidak menggunakan bawang, halia dan halba atas permintaan anak2..
Cara Memasak Sambal Tumis
Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang dimayang sampai kuning, masukkan ikan bilis. Bila ikan bilis dah garing, baru dimasukkan bahan-bahan kisar dan terus dikacau sampai garing. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau hingga naik minyak. Akhir sekali, masukkan pati santan. Bila sambal mendidih dan pekat, sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan. Hidangkan nasi lemak dengan sambal tumis, telur rebus, timun atau kacang panjang. Selamat mencuba.
Labels :
NASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment