Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label SOTONG. Show all posts
Showing posts with label SOTONG. Show all posts
24 June 2013
SOTONG GORENG TEPUNG
Assalamualaikum wbt..
Hari ni angin rajin tiba2 datang.. Selera makan pun bertambah2... Alahai.. macam mana nak diet ni... Ummi pulak dok beli sotong... Ye laa... sotong fresh.. sapa tak geram kan...
Biasanya kalau Ummi beli sotong, dia akan buat ketupat sotong.. tapi kali ni saya try buat sotong goreng tepung..
Cara saya mudah saja.. sotong dibersihkan dan dibelah.. Kalau yang besar, potong dua atau tiga.. Yang kecik2 biarkan sekor2...Kepala sotong asingkan...Kemudian ditoskan.
Sediakan tepung gorengan.. saya campur tepung gandum dan tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.. Tepung ni tak perlu bancuh air.. Biarkan kering gitu aje.. cuma pastikan semua bergaul rata. Baru dimasukkan sotong sepotong demi sepotong supaya tepung dapat bersalut rata. Panaskan minyak dan gorenglah sotong tadi sampai garing... tapi jangan lama sangat..nanti sotong jadi liat...
Selamat mencuba...
02 May 2012
SAMBAL SOTONG
Sambal sotong ni, Ummi yang masak..memang sedap air tangan Ummi, bondaku tercinta..masing-masing ada cara tersendiri bagaimana nak masak sambal sotong.. yang pasti, Ummi tak lupa gunakan serai yang dititik semasa menumis sambal sotong.. dan sentiasa pastikan bahan-bahan sambal iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih ditumis hingga betul-betul garing sebelum dicampurkan sedikit gula, biar sambalnya jadi cantik.. Kemudian, baru ditambah sotong, sedikit air asam jawa dan garam... Bila dah campur sotong tu, pastikan jangan dimasak terlalu lama supaya isi sotong tak jadi liat..
Selamat mencuba...
07 December 2011
KETUPAT SOTONG
Yeay.. dah lama tak makan ketupat sotong. Hari ni dapatlah merasa. Walaupun kecik, tapi sedap. Kali ini Ummi buat ketupat sotong versi Kelantan, iaitu lemak manis.
Bahan-bahan
20 ekor sotong segar, cabut kepala dan bersihkan (saiz sedang)
1 cawan beras pulut, cuci dan tos
1/4 cawan santan pekat
secubit garam
santan secukupnya untuk memasak
Gula melaka atau nisae secukupnya
Lidi tajam untuk menyemat sotong
Cara-cara
Beras pulut digaul dengan sedikit santan pekat serta garam. Sumbat ke dalam sotong tetapi jangan terlalu penuh. Anggaran setengah penuh. Masukkan kepala sotong dan semat dengan lidi tajam. Ulangi proses sampai habis. Masukkan ke dalam periuk dan tuang santan secukupnya untuk memasak. Masak sampai mendidih dan pekat. Agak2 pulut dah lembut, masukkan gula melaka secukup rasa. Masak lagi sampai kuahnya pekat. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
26 February 2011
SAMBAL SOTONG RINGKAS
Lauk makan malam tadi.. Sotong jer.. Mula2 nak makan kat luar jer.. tapi memandangkan medan selera kat Kip Mart baru tu, penuh sangat...Ada cabutan Mega rupanya... jadi, selesai shopping, balik ajer lah.. Kelentang kelentung kat dapur, cuma masak nasi, tumis sotong dan panaskan sup baki tengah hari.. Ermm... ok lah...
Resipi masak sotong pun, takde sukatan.. agak2 jer.. tu pun ketuk dah hiris jer.. Mula2 ketuk bawang putih, serai dan daun limau.. Kemudian tumis sampai kuning, tambah cili kisar sket. Pastu campur sotong yang dah dihiris2.. Tutup sekejap, biar sotong jadi putih. Pastu garam sket, jus limau dan kacau. Akhir sekali, campurkan bawang besar hiris.. kacau kejap.. Dah siap...
25 December 2010
SOTONG KANGKUNG
kuah sotong kangkung, campuran petis, cili, belacan, air asam, gula melaka, kicap dan kacang tumbuk
aksesori untuk sotong kangkung.. ada kangkung, taugeh, sotong kembang yang telah direbus dan timun..
Sebenarnya, ini menu makan malam dua hari lepas.. Tapi baru post hari ini sebab terlupa.. Resipi untuk sotong kangkung ni saya dah masukkan dalam entry yang lepas, jadi tengok gambar je lah ya..
04 December 2010
SOTONG MASAK ASAM
Selain rebus katok serai, sotong masak itam, goreng kunyit, goreng kari, goreng tepung, sotong juga sedap dimasak asam. Masakan yang ringkas tetapi menyelerakan jika dihidang dengan nasi panas2. Saya belajar masakan ini dari makcik saya. Resipi dan cara membuatnya pun senang.
Bahan-bahan
500gm sotong (apa jenis sotong lah)- jika sotong besar, boleh dipotong2, jika saiznya kecil2 biarkan sekor2 lagi sedap.
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5-6 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 biji lada merah/hijau
beberapa keping hirisan halia
air asam jawa
garam secukup rasa
1 batang serai - diketuk (jika suka, takde pun takpe)
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
Sotong dibersihkan dan toskan kering2. Hiris bawang putih, bawang merah, cili padi dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hiris dan juga serai. Bila garing, masukkan sotong. Kemudian tambahkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau hingga sotong masak. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada merah yang dihiris. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
nota : sotong dalam tin pun sedap dibuat masakan ini. Tetapi, hendaklah ditoskan airnya dan kurangkan penggunaan garam.
Selamat mencuba.
25 November 2010
KERABU SOTONG DENGAN SUHUN
Satu lagi hidangan ringkas kegemaran family saya ialah kerabu sotong. Tapi kali ini saya campurkan dengan suhun. Ringkas2 saja. Campak2 apa yang ada kat peti ais. Janji secukup rasa yang dikehendaki..

Bahan-bahan
4 ekor sotong saiz sedang
100 gm suhun, direndam
1 pokok daun ketumbar, dihiris-hiris
1 biji cili merah, dihiris halus
1/2 biji bawang besar,dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus
2 biji tomato, dihiris halus
1 senduk kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
1 senduk air limau nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sos nampla, jika suka
1 cawan air
Cara-cara Membuatnya
Sotong dibersihkan dan dipotong2. Boleh dipotong bulat atau memanjang. Saya buat bentuk bunga.. Didihkan satu cawan air, campurkan sedikit garam dan serbuk perasa. Masukkan sotong, tapi jangan terlalu lama. Cukup untuk masakkan isi sotong sahaja. Toskan. Dalam air rebusan yang sama, masukkan suhun. Masak hingga suhun kembang dan lembut. Toskan dan campur ke dalam sotong tadi. Campurkan juga bahan-bahan yang dihiris halus. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dengan bawang putih. Campurkan garam, gula dan serbuk perasa. Keluarkan dari lesung, campurkan air limau dan sos nampla. Kacau rata2. Campurkan ke dalam suhun dan sotong tadi. Sesuaikan rasa dan hidangkan. Ketika menghidang, taburkan daun ketumbar.

06 November 2010
SAMBAL SOTONG KEMBANG
Resipinya sila rujuk post saya sebelum ini, resipi sambal tumis ikan bilis, tapi gantikan dengan sotong kembang yang telah dihiris halus..
Selamat mencuba..
13 October 2010
SOTONG KANGKUNG

Resipi ni godak sendiri, pakai agak2 aje...Bahan-bahan
3 ekor sotong kembang, direbus dalam air mendidih hingga lembut, kemudian dipotong
4 keping tauhu, digoreng dan dipotong2
1 mangkuk kecil taugeh
1 atau 2 ikat kangkung
1 biji timun (saya tak taruk, sbb lupa nak beli)
Bahan-bahan untuk sos/kuah
segenggam cili kering, dikisar halus
5 ulas bwg putih, dikisar
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 senduk asam jawa (ambil air pekat)
2 senduk kicap pekat
1 sudu besar belacan
1 sudu petis (lebihkan jika suka)
sedikit garam dan ajinomoto
sedikit bijan goreng
kacang tanah goreng secukupnya, ditumbuk
cara :
campur semua bahan2 dan masak sampai pekat dan sesuaikan rasa. ketika menghidang, baru dicampur kacang tanah & bijan.
Cara Menyediakannya
Ambil secukupnya bahan-bahan yang dikehendaki, siramkan kuah ke atasnya. Taburkan kacang tumbuk di atasnya dan hidangkan. Sedap dimakan begitu saja...
Selamat mencuba
22 November 2008
SOTONG REBUS KATOK SERAI
Kalau orang Johor, sotong masak asam adalah hidangan yang simple dan paling mudah untuk disediakan. Tetapi bagi orang Pantai Timur, sotong rebus katok serai menjadi pilihan selain masak sambal, goreng kunyit, masak kari atau dibuat ketupat. Sengaja dipanggil rebus katok serai untuk mengekalkan nama tradisionalnya....Katok bererti ketuk atau titik dalam bahasa masakan.
SOTONG REBUS KATOK SERAI
Bahan-bahannya
1kg sotong segar (cabut kepala, buang tulang dan giginya)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 keping asam gelugur
2-3 batang serai
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
Beberapa biji lada hidup atau cili padi - jika mahu pedas
Cara membuatnya
Sotong dibersihkan dan tos. Bawang merah dan bawang putih dimayang halus, serai diketuk2. Didihkan air, campur bawang, serai dan asam keping. Masukkan sotong, garam dan sedikit gula melaka. Masaklah seperti biasa hingga sotong masak tapi jangan terlalu lama, kerana sotong akan liat. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan cili padi. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.
Nota : Setengah orang mencampurkan sedikit dakwat sotong di mana kuahnya berwarna hitam. Walaubagaimanapun, terpulang kepada citarasa masing-masing.
Selain sotong, ikan juga boleh dimasak cara begini, contohnya ikan kekek... tapi sekarang dah tak jumpa lagi ikan kekek ni... Kalau ada pun ikan kekek jawa (ikan kapak(kering)). Sesekali kalau teringin, ikan selar atau selar kuning atau ikan cermin pun sedap juga.. Nak cuba ikan lain, apa salahnya..
SOTONG MASAK ASAM
Bahan-bahan
1kg sotong, cuci dan toskan. Jika suka dipotong-potong.
5-6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5- 6 biji cili padi
1 inci halia
1 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air (buang bijinya dan tapis)
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Bawang besar dan cili merah, dihiris-hiris
Cara menyediakannya
Mayang bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Panaskan minyak, tumiskan hingga layu. Masukkan sotong diikuti dengan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sotong masak. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah yang telah dihiris-hiris. Sesuaikan rasa dan angkat. Hidangkan panas-panas.
20 November 2008
KETUPAT SOTONG
Bagi sesetengah orang, mungkin hidangan ini adalah pelik bagi mereka.. Tidak kurang yang juga yang mencemuh, sotongpun dibuat ketupat??? Apa rasanya ?? eeiii... taknaklah..... Tapi bagi orang-orang di Pantai Timur, hidangan ini adalah sangat istimewa dan "mahal".
Walaupun apa orang nak kata, pendirian saya tetap satu.. iaitu saya sangat menghargai masakan ibunda saya... ke mana saja saya pergi, saya tidak akan dapat melupakannya. Sebabnya ??? kerana saya dibesarkan dengan air tangan ibu dan saya mengenali masakan ibunda juga melalui ibu saya.. Sekiranya orang Kelantan makan nasi berlaukkan ikan singgang dengan ulam dan budu, sama juga orang-orang jawa yang makan nasi berlaukkan tempe atau lauk berkuah kicap.. Moral of the story, setiap negeri ada budaya masing-masing, jadi hormatilah budaya mereka...
Sebenarnya ada dua versi untuk menyediakan ketupat sotong ini. Ada yang rasanya lemak-lemak masin, banyak kuah dan ada juga yang lemak manis dan berkuah pekat. Apa juga perbezaan mungkin sesetengah tempatlah.. Walaubagaimanapun, saya suka kedua-duanya..
KETUPAT SOTONG (MANIS)
Bahan-bahan
20 ekor sotong saiz besar
1 cawan beras pulut, cuci dan rendam 1/2 jam
1 biji kelapa, ambil santan pekat secukup kegunaan
Secubit garam
Gula melaka secukup manis
Lidi untuk menyemat
Cara Menyediakannya
Kepala sotong dicabut dan dibuang tulang dan giginya. Cuci bersih dan toskan.
Campurkan sedikit santan dan garam ke dalam pulut dan gaul rata. Dengan menggunakan sudu, masukkan sedikit pulut bercampur santan ke dalam perut sotong. Anggarannya adalah 1/2 penuh. Masukkan kepada sotong dan sematkan dengan lidi. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan baki santan. Campur secubit garam (jika perlu) dan masak hingga mendidih dan agak-agak pulut dah masak, masukkan gula melaka. Masak lagi hingga kuahnya pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan angkat.
KETUPAT SOTONG LEMAK MANIS
Bahan-bahan
20 ekor sotong saiz besar
1 cawan beras pulut, dicuci bersih dan rendam 1/2 jam
secubit garam
1 biji kelapa, ambil santan pekat secukup kegunaan
2 batang serai, diketuk
1 sudu besar halba
5 biji bawang merah, dimayang halus
1 inci halia, dimayang halus
gula pasir atau gula melaka secukup rasa
Lidi untuk menyemat
Cara-cara
Cabut kepala sotong, buang tulang dan giginya. Cuci bersih dan toskan. Toskan pulut dan campurkan dengan sedikit santan pekat juga secubit garam. Dengan menggunakan sudu, masukkan pulut bersantan tadi ke dalam perut sotong anggaran 1/2 penuh. Masukkan kepala dan semat dengan lidi. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan baki santan dan bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih dan sotong serta pulut telah masak. Sambil itu hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak. Sesuaikan rasa dan angkat. Kuahnya jangan terlalu manis.

Subscribe to:
Posts (Atom)