KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

01 November 2012

KARIPAP KEMBOJA

Assalamualaikum wbt..

Hari ni saya nak bercerita pasal karipap.. atau ada setengah orang panggil epok2..  Macam2 jenis karipap ada... ada karipap biasa, ada karipap pusing, ada karipap lapis.. Intinya pula berbagai2.. ada yang guna kentang, ada guna keledek.. ada inti sadin.. tak kurang juga inti telur...sekarang ni ada karipap daging nenas blackpepper..... Pendek kata, karipap tidak hanya berintikan kentang atau keledek sahaja, tapi dah berbagai2 jenis ikut citarasa masing2.
Sebut aje karipap, memang itulah kuih ni kegemaran saya sejak dulu.. almaklum la kan.. Ummi saya kerjanya buat karipap dari dulu sampai sekarang.. dari hantar ke kedai kopi, sekarang buat yang frozen pula.. bermula dari menggunakan kayu penggelek, lepas tu guna mesin mee yang kecik.. Masihku ingat. Jenama Ampia, buatan Perancis.. sekarang dah guna mesin yang lebih besar dan berkapasiti tinggi....dan hasil pengeluaran lebih banyak dalam tempoh yang singkat.
 Sebenarnya saya nak kongsi satu resipi istimewa.. Kawan saya berbangsa Kemboja yang menunjuk ajar cara2 membuat karipap ini... Memang sedap sangat.... tengok la gambar saya ni.. montok2 gitu.. heheha

ok, saya sharekan resipi karipap kemboja ni dgn rakan2 di luar sana ya,,,Harap berkenan la dengan hasilnya nanti..., Terima kasih kepada sahabat saya Napisah Ibrahim yang sudi mengajar saya buat karipap tradisi keluarga beliau.

KARIPAP KEMBOJA MEK SAH

Bahan2 kulit
750 gm tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur dipukul kembang
1 1/2  cwn santan, masak hingga mendidih
Secubit garam

Bahan2 inti
150 gm daging cincang
½ biji sengkuang, sagat halus (saya tambah)
1 biji kecil karot, sagat halus
2 biji kentang, disagat halus (saya tambah)
2 biji bawang besar, mayang halus
Rm1.00 suhun, direndam dan potong pendek
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kicap manis
4-5 sudu besar sos lada hitam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit daun sup dan daun bawang yang dimayang halus
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih dan ½ inci halia, dicincang halus

Minyak untuk menggoreng karipap

Cara: 
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia cincang sampai wangi, masukkan daging.  Kacau2 sampai daging berubah warna..kemudian masukkan bawang besar, lada hitam, kicap manis, sos lada hitam dan serbuk perasa.  Kacau rata2.. Selepas itu, masukkan kentang, sengkuang, karot dan akhir sekali suhun.  Kacau hingga semua sayur dan suhun masak dan kering.  Sejukkan.

Untuk menyediakan doh.
Gaulkan tepung dengan marjerin, garam dan telur  hingga peroi.  Kemudian  masukkan santan panas  sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut.  Bentukkan jadi bebola kecil dan gelek nipis.  Isikan inti dan kelim tepinya sepertimana membuat karipap biasa.  Setelah semua siap, bolehlah digoreng hingga masak.

Selamat mencuba.

25 October 2012

KASWI LAPIS

Assalamualaikum wbt..

Biasanya orang buat kaswi warna coklat atau warna hijau pandan.. dengan rasa gula melaka ataupun rasa wangi pandan.. Tapi oleh kerana stok gula melaka dah kehabisan, saya buat aje lah ikut rasa hati. Lagipun memang ada resipi kaswi lapis ni, cuma resipi je lain2. Saya guna resipi makcik saya.. kaswi gula melaka, tapi ditukar dan olah guna bahan yang ada kat dapor.. Mmmm... sedap juga rasanya..


ini la rupa kuih kaswi lapis saya..

kuih dah sejuk.. sedia untuk dipotong..
gaul dengan kelapa parut yg dah campur garam sket.. sedap, lemak2 manis rasanya..

Bahan2
4 cawan tepung gandum, saya guna cap lili je
2 cawan tepung ubi
4 cawan gula pasir + 4 cawan air suam, dikacau sampai larut
1 sudu teh kapur makan + 8 cawan air
1/2 cawan minyak masak..
 1 penutup esen ros
pewarna, saya guna hijau apple dan oren

kelapa parut + garam secubit
 
Cara2
Campurkan semua bahan, kecuali pewarna.  Bahagi dua adunan dan warnakan.  Mula2 kukus adunan oren dulu.. saya buat 3 lapis. untuk untuk warna oren.  setiap lapisan hendaklah dikukus selama 10 minit.  Dah siap adunan oren, kukus lapisan hijau lak. Diakhir lapisan, tambahkan sedikit lagi pewarna hijau supaya lebih gelap.  Kukus lagi selama satu jam atau hingga masak.. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih menandakan kuih dah masak.  Dah siap masak, sejukkan sebelum dipotong2. Gaulkan dengan kelapa parut ketika menghidang..

Selamat mencuba..

13 December 2011

KARIPAP PUSING



Karipap pusing, beli kat pasar tani Kuala Besut.. sedap..

Walaupun pandai buat sendiri, tapi kena lah rasa orang lain punya jugak.. Takkan nak syok sendiri, asyik kita kata kita punya je yang sedap.. Mana tahu orang lain buat lagi sedap kan.. Tak salah kan kalau kita nak mencuba.. betul tak?

Tapi yang tak sedapnya kalau ada yang sound " Hei, tokey karipap pun beli karipap jugak ke?".. Terkedu sekejap, tak tau nak kata apa.. Mungkin dia ingat kita nk lawan dia punya kot? Walau apapun, asal niat kita ikhlas, Insya Allah...

14 October 2010

KARIPAP PUSING


Karipap pusing... bukan senang nak dapatkan tekstur karipap yang cantik dan tidak mudah pecah.. Dah banyak kali saya cuba, selalunya banyak yang pecah2... mungkin sebab belajar tak ada guru kot.. almaklum, google kt internet, tengok step by step dengan pelbagai cara dan teknik.. akhirnya saya cuba cara Rinn Chan.., tapi resipi intinya saya olah sendiri, ikut cara ummi saya..Terima kasih kepada Rinn Chan kerana tak lokek ilmu memaparkan step by step cara buat karipap pusing.. Akhirnya menjadi karipap pusing saya..

31 January 2009

CREAM PUFF

CREAM PUFF (Resipi Kak Ros, Dungun)

4 oz marjerin
10 oz air sejuk
6 oz tepung gandum + 1 camca teh baking powder, diayak 3 kali
5 biji telur ayam

Intinya
Susu pekat
2 sudu tepung kastad
2 cawan air sejuk

Cara Menyediakannya
Campurkan marjerin dan air dan masak hingga marjerin cair. Angkat dari api, masukkan tepung. Kacau rata-rata hingga licin. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Masukkan ke dalam piping bag bentuk bintang dan terap terus ke dalam dulang pembakar. Bakar sehingga keperangan. Semasa proses membakar, jangan sesekali membuka penutup oven. Sejukkan dan isikan inti kastad, hidangkan.

Cara Membuat Intinya
Campur tepung kastad dengan air dan kacau atas api kecil hingga pekat dan berkilat. Masukkan susu manis secukup rasa dan kacau rata-rata. Ketika masih panas, isikan ke dalam puff yang telah masak tadi. Sejukkan sebelum dihidang.