KAWAN-KAWAN SAYA

13 October 2010

IKAN BUDU GORENG CAMPUR TELUR

Terimbau kenangan semasa kecil dahulu... Pabila tiba musim tengkujuh/bah, ikan pekasam atau ikan budu atau ikan jeruk adalah menu harian dalam keluarga kami, selain ikan kurung atau telur masin. Nak dapat ikan segar memang susah kalau musim banjir, sebab semua jalan dipenuhi air.. Maklum, tinggal di kawasan yang agak jauh dari bandar (tempat jin bertendang orang kata) dalam kawasan sawah padi. Jarak rumah abah dengan sawah padi cuma dua depa.... Jadi kalau hujan lebat berterusan dua atau tiga hari, banjir le jawabnya..

Kalau dah banjir tu, apa lagi... mulalah aktiviti baru, ikut abah memukat atau menjala ikan.. Kalau tak pun, tahan taut (kata suami saya, tahan tajul)...Kalau banyak sangat dapat ikan, biasanya ummi akan buat ikan pekasam/jeruk ni.. Kalau nampak ada matahari , umi akan jemur ikan pekasam ni.... jadi lah namanya ikan mambar (ikan kering yang tak kering sangat... sbb cuaca panas sekejap2 aje, pastu mendung balik)

Ikan pekasam goreng ni selain dihidangkan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan ubi rebus...
Jom kita terjah resipi dan cara untuk menyediakan ikan pekasam goreng ni.

IKAN BUDU GORENG CAMPUR TELUR

Bahan-bahannya
Seekor ikan budu.. tak boleh banyak, sbb masin daa
2 biji telur ayam, dipukul guna garpu
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji lada merah, dihiris
cili padi jika suka pedas, dihiris
1/2 biji limau nipis, ambil airnya
sedikit minyak untuk menggoreng

Caranya :
Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam dengan api sederhana hingga masak kedua2 belahnya. Tuangkan telur ke atasnya dan tutup. Kecilkan api hingga telur masak. Angkat dan masukkan ke dalam piring hidang. Dalam minyak yang sama, gorengkan lada merah, bawang besar dan cili padi sampai garing. Taburkan ke atas ikan pekasam yang telah digoreng tadi dan perahkan limau. Hidangkan panas2 dengan nasi putih dan lauk2 kegemaran yang lain.

nota : ikan pekasam ni sebenarnya sedap digoreng begitu saja.. tapi kalau isinya dah nak hancur, taruk telur jadi penyelamatnya.. kalau tak, nanti tinggal tulang aje.. hehehe

1 comment:

  1. Sis, terima kasih atas resipi yg di kongsi!! senang nak refer..

    ReplyDelete