Assalamualaikum wbt..
Satu lagi kuih tradisional negeri Terengganu.. Kuih hasidah diberi nama.. Rasanya lemak2 manis dengan haruman minyak sapi dan daun pandan..Diperbuat dari campuran tepung gandum yang telah disangai terlebih dulu, santan, telur, gula, daun pandan dan minyak sapi.. Dikacau atas api kecil sehingga pekat dan keluar minyak.. Boleh ditekan2 atas loyang dan dipotong ataupun dibentukkan bulat dan disepit2. Boleh juga dicetak menggunakan acuan2 kecil yang comel.. Ditabur bawang goreng dan dihidangkan..
nota: resipi kuih hasidah dah pernah saya postkan sebelum ni..
Selamat mencuba..
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label KUIH TRADISI. Show all posts
Showing posts with label KUIH TRADISI. Show all posts
10 July 2012
22 May 2012
PUTERI MANDI @ TTERI MANDI @ KEPEK IDUNG
Assalamualaikum wbt..
Dalam Bahasa Malaysia, disebut puteri mandi.. manakala tteri mandi atau kepek idung ialah sebutan dalam loghat Kelantan.. Tak pasti daripada mana kuih ni dapat nama, yang pastinya sebab kuih ni dibuat bentuk bulat dan dipenyek jadi kemek.. jadi macam hidung pesek atau kepek dalam loghat Kelantan...hoho.. susah betul nak huraikan...Walau apapun nama dan sebutannya.. kuih ni ternyata sedap....diperbuat menggunakan tepung pulut campur sedikit saja tepung beras, air kapur dan air daun pandan..dibuat doh yang sebati dan dibentukkan bulat2, kemudian dileperkan... dimasak dalam air mendidih hingga timbul, kemudian ditoskan.. Gaulkan ke dalam inti kelapa yang telah disiapkan terlebih dulu.. Cara membuat inti kuih ini adalah sama seperti inti kuih ketayap atau kuih koci atau kuih bom.. tak kiralah sama ada menggunakan gula melaka atau gula pasir..
Alkisahnya... kuih ni Ummi buat untuk berbuka puasa.. hari ni 1hb Rejab..Alhamdulillah, sempat disiapkan kuih walaupun beberapa minit lagi akan kedengaran azan maghrib yang menandakan telah masuk waktu untuk berbuka puasa.. Alhamdulillah...
18 May 2012
ABUK-ABUK SAGU
dua versi abuk2.. bentuk kon (tak berapa jadi) dan bentuk apa ye..
siap sedia utk dimakan.. yummy..yummy..
abuk-abuk versi kukus dalam loyang.. x cukup daun pisang..
Kuih abuk-abuk sagu.. memang sedap dimakan ketika masih panas... Saya mula kenal dan suka makan kuih ni sejak kahwin dengan suami saya.. sebabnya, mak mentua saya suka buat kuih ni dan saya pun belajar buat kuih abuk2 ni daripada beliau.. memang cukup mudah cara membuatnya..
Bahan-bahan yang diperlukan cuma sagu biji mata ikan, kelapa parut putih, secubit garam dan gula melaka.. Jika suka boleh titiskan sedikit pewarna.. Cara menyediakannya pun mudah.. Masukkan sagu mata ikan ke dalam tapis dan siram dibawah air paip hingga rata.. toskan. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah dicampur sedikit garam. Kalau sagu dua cawan, kelapa parut satu cawan atau satu cawan setengah.. atau ikut kehendak sendiri.. nak lebih rasa sagu atau rasa kelapa.. kalau guna kelapa parut muda lagi sedap, lemak dan manis....kemudian titiskan sedikit pewarna jika suka.. Kemudian bolehlah dibungkus dalam daun pisang.. Taruk sedikit gula melaka ditengah2 adunan. Dah siap semua, kukuslah sampai masak... Tapi bagi mereka diluar sana yang teringin nak makan abuk2 tapi susah dapat daun pisang, bolehlah dikukus dalam loyang.. Mula2 ratakan setengah bahagian sagu, taburkan gula melaka dan tutup kembali dengan sagu.. Ratakan permukaannya dan kukus hingga masak..
Selamat mencuba..
27 March 2012
KUIH BANTAL BURUK
Satu lagi kuih tradisional Terengganu/Kelantan.. kuih bantal buruk..
Kuih kegemaran Ummi.. tapi tak ramai generasi sekarang yang pandai buat kuih ni termasuklah saya.. Di sini saya sediakan resipi dan cara2 menyediakan kuih ni. Tapi bahan2nya kena agak2 sendiri, sebab saya tengok Ummi buat, tak ada sukatan..pakai agak2 je..
KUIH BANTAL BURUK
Bahan kulit (dadar)
Tepung beras
Santan
secubit garam
Telur
Cara :
Campurkan semua bahan dan jadikan dadar.
Intinya
Labu air, diparut halus dan perah buang airnya (boleh ganti dengan betik mengkal yang diparut halus)
Santan secukup kegunaan
Isi ikan bakar tawar
Bawang merah, bawang putih dan halia
garam gula secukup rasa
sedikit lada hitam - jika suka
sedikit laksa cina @suhun
Cara :
Masak santan campur bawang putih, bawang merah dan halia sampai pekat. Campurkan isi ikan, lada hitam dan garam dan gula secukup rasa. Campurkan dengan labu air dan akhir sekali suhun. Kacau sampai kering. Sejukkan.
Bahan-bahan kuah
Santan secukup kegunaan
sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
secubit garam
gula ikut citarasa
hirisan halia dan bawang merah
sedikit halba
Cara :
Campur semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. Hendaklah dikacau selalu supaya tidak berkerak atau mendak.
Cara menyediakan kuih:
Ambil sekeping dadar, isikan sedikit inti dan gulung. Boleh juga digulung seperti kuih ketayap atau popia. Hidangkan dengan kuah yang telah disediakan.
13 December 2011
KUIH BAKAR BIJAN & KUIH LENGA @ KUIH BOM
Ada orang panggil kuih bakar bijan, ada yang panggil penganan.. di Kelantan, disebut "Nganae".. Sejenis kuih tradisional yang masih digemari ramai orang.. Diperbuat menggunakan tepung gandum, santan kelapa, telur, gula dan daun pandan dan dibakar menggunakan dapur kayu atau dapur arang dan sabut kelapa digunakan sebagai bahan bakar.. Tetapi sekarang, kebanyakan kuih ni dibakar di dalam oven.. Yang bulat2 tu kuih bom atau kuih bijan.. Boleh ditaruk inti kelapa atau kacang hijau.. Dipanggil kuih bom sebab, bila digoreng.. kuih ni boleh meletup di dalam kuali.. Yang sebenarnya ada petua untuk mengelakkan kuih ni meletup semasa menggoreng iaitu adunan tepung mesti diperap sebentar sebelum digoreng, atau dibancuh menggunakan air suam dan ketika menggoreng, minyak jangan terlalu panas.. Pastikan kuih diisi penuh ke dalam kuali.. Insya Allah.. kuih tak akan jadi bom.. hehe
KUIH BAKAR BIJAN @ PENGANAN Bahan-bahan 500gm tepung gandum 2 biji telur - nak guna lebih pun boleh 1/2 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan) 2 cawan gula 4 cawan santan dari satu biji kelapa Secubit garam satu sudu kecil air kapur (untuk menghilangkan hanyir telur) sedikit minyak untuk lenser pada acuan Bijan secukupnya.. Cara-cara membuatnya Campurkan tepung gandum, santan, telur, air daun pandan, gula dan secubit garam. Kacau rata2 dan tapiskan supaya tidak bergentel. Untuk lebih senang, campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar. Adunan yang terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan acuan dan sapukan minyak. Tuangkan adunan dan bakar setengah masak. Taburkan bijan di atasnya. Bakar lagi hingga masak.
KUIH BOM @ KUIH BIJAN Bahan-bahan doh 1 paket tepung pulut (500gm) 1 senduk nasi putih (dikisar dengan 1 cawan air suam hingga halus) sedikit air kapur Bijan secukupnya Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan inti (dimasak hingga kental) 1/2 biji kelapa secubit garam gula pasir atau gula melaka secukup manis 1 helai daun pandan disimpulkan Cara-cara membuatnya Campurkan bahan2 doh dan peram sebentar. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. Kemudian leperkan dan isikan inti. Gentelkan bulat2 dan golekkan ke dalam bijan. Panaskan minyak dan gorengkan hingga kekuningan. Nota : Selain nasi, boleh digantikan dengan keledek atau labu yang telah direbus dan dikisar ke dalam doh. Selamat mencuba..
TEPUNG PASUNG @ TEPUNG SERUNAI
Saya panggil kuih ni tepung pasung. Ada orang kata yang ini tepung serunai. Mana satu yang betul nya saya tak pasti, sebab saya selalu beli dan makan je. Rasanya sedap macam kuih talam gula melaka atau kat Kelantan dipanggil tepung boko beras. Bezanya tepung boko atau dikenali juga dengan tepung talam dikukus di dalam talam boko), manakala kuih ni dikukus dalam kelongsong (kon) daun pisang.
Selamat mencuba..
04 December 2011
KUIH PUTU AYU @ TRIFUL AYU
Macam2 nama diberikan untuk kuih ni. Ada yang panggil putu ayu, ada yang panggil triful ayu, apam seri ayu, ketiwul ayu.. Yang mana satu betul, saya pun tak pasti.. Yang pasti, kuih adik beradik apam ni, saya suka sebab rasanya yang lembut, gebu, lemak dan tidak terlalu manis...
Ada yang buat guna santan, ada yang guna susu cair.. Ada juga yang tak letak susu atau santan langsung. Ada pulak, guna daun pandan atau esen pandan, ada juga guna gula melaka.. Dari segi rupa bentuk tetap sama, cuma rasa dan warna yang memberi perbezaan, bak kata orang ... Air tangan masing-masing..
25 November 2011
CEK MEK MOLEK
Kuih orang lama, dulu dipanggil cek mek je.. Ubi keledek rebus dilenyek dan dicampur sedikit tepung gandum. Jangan terlalu banyak guna tepung, nanti kuih jadi liat..Dibentukkan bulat2 dan leperkan. Diisi gula, kemudian dibentukkan bujur panjang. Digoreng sehingga kekuningan.
Tapi awas, kalau nak makan kena tunggu sejuk sedikit.. Kalau tidak, air gula panas dalam kuih ni akan melecurkan lidah.. huhu
Selamat mencuba..
22 November 2011
KUIH KAYU KERAMAT
Memang pelik kan?? Tapi pelik cuma pada nama, dari segi rasa.. memang tak pelik, malah sedap sangat...Sebenarnya, orang Terengganu panggil kuih ni kayu keramat, orang Kelantan pula panggil roti kkabu atau roti manis goreng. Ada setengah pulak panggil kuih ni Cakoi... tapi sebenarnya ada perbezaan antara Cakoi dengan kuih ni.. Kuih ni lebih padat teksturnya dan rasanya lebih manis dan sedap dimakan begitu saja, berbanding Cakoi yang agak berongga perlu ada sos cecahan untuk dimakan.
Kuih kayu keramat juga dipanggil kayu kamat atau roti kamat disesetengah tempat di Terengganu ini merupakan salah satu produk frozen yang terlaris yang Ummi saya jual selain karipap ikan (temosa), roti canai segera dan lain-lain. Ini adalah kerana kuih ni tidak mudah basi dan sesuai untuk perjalanan jauh. Di sini saya kongsikan resipi dan cara2 membuatnya.
KAYU KERAMAT
Bahan-bahannya
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur ayam gred B
1 cawan gula - lebihkan jika suka lebih manis
1 paket yis (Mauripan)
1 1/4 cawan air suam - bergantung pada jenis tepung gandum yang digunakan
secubit garam
Cara-cara membuatnya
Campurkan semua bahan ke dalam mixer dan uli sampai jadi doh yang sebati. Peram sampai naik. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan gelekkan menjadi panjang, macam bentuk sosej. Taburkan tepung gandum ke dalam dulang dan aturkan kuih tadi. Biar mengembang sekali lagi sebelum digoreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan dan garing. Sedap dimakan semasa masih panas.
Selamat mencuba.
PUTERI MANDI PANDAN
Kuih ni Ummi buat atas permintaan Angah, anak kedua saya. Kebetulan Tok Umminya tengah sibuk membuat kuih kat bengkel, dia datang bawak majalah Saji keluaran November dan tunjukkan gambar kuih buah melaka pada Tok Ummi.. dan suruh buat masa tu juga...katanya dah lama Tok Ummi tak buat kuih.. siap amikkan daun pandan lagi..
Cucu punya pasal, Tok Ummi pun buatlah kuih...dan kebetulan ada sedikit inti kelapa yang dah siap, maka menjadilah kuih puteri mandi ni..sekali tengok sama dalam gambar, kira OK lah.. Berbaloi juga, sebab siap masak je... Angah makan habis sepiring..
CUCUR BADAK
Kebetulan ada ubi keledek dan lebihan serunding yang dimakan dengan pulut hari tu. Jadi saya buatkan kuih cucur badak. Sedap juga dimakan panas2.
16 November 2011
LEMPENG
siap dicecah dengan susu pekat manis....
Permintaan anak2, nak makan lempeng.. siap mintak dibuatkan kaler pink.. Mudah aje, cuma bancuh 2 cawan tepung dengan 2 biji telur, 4 sudu susu tepung, secubit garam dan air secukupnya. Tambah setitis dua esen vanila dan berikan warna pink.. Gunakan whisk, kacau sampai sebati dan rata. Panaskan kuali leper, dan sendukkan adunan ke dalam kuali, ratakan supaya nipis. Dah nampak menggelembung, terbalikkan dan biar masak kedua2 belah.. Dah jadi pun lempeng saya... Sedap dicecah dengan kari... Tapi anak2 saya cuma suka cecah dengan susu pekat.
Selamat mencuba..
07 November 2011
TEPUNG BUNGKUS
Kebetulan pergi ke pasar tani dan ada sorang makcik tu jual kuih ni. Dibungkus dalam daun pinang. Apalagi, saya belilah.. Resipinya nanti saya share kemudian. Line tenet tengah laju, so, download gambar dulu.. Hehe
19 October 2011
APAM BERKUAH DAN APAM BAKAR
Kuih yang kaler putih tu apam berkuah (kuahnya kt dalam mangkuk), yang bulat kaler coklat tu apam bakar, dimakan dengan kelapa parut)
Dua jenis kuih apam yang juga merupakan kuih tradisional orang-orang Pantai Timur. Kedua-duanya merupakan kuih kegemaran saya. Kalau jumpa kat mana2 ada orang jual, pasti saya akan beli. Bukan saya tak tahu buat, tapi nak menyediakannya makan masa juga.. Jadi lebih baik beli aje.
KUIH APAM
4 cawan tepung beras
2 senduk nasi, dikisar lumat
1 cawan tapai ubi, dikisar lumat bersama nasi (resipi asal guna tapai nasi)
1 senduk tepung gandum
1 paket Mauripan
1 - 1 1/4 cawan gula
Air secukupnya untuk membancuh adunan
Cara :
Campurkan semua bahan dan kacau rata2. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Perap adunan hingga naik, selepas itu boleh dibakar atau dikukus hingga masak.
Tips untuk menyediakan apam bakar
Panaskan kuali. Gunakan api sederhana. Titiskan sedikit minyak masak, sapu rata2 kat kuali panas. Tuangkan sedikit adunan dan tutupkan kuali. Agak2 dah masak (nampak naik dan berlubang2 kecil dipermukaan kuih) letakkan sekeping kecil daun pisang, kemudian terbalikkan. Bakar lagi sampai masak dikedua2 belah. Boleh diangkat dan hidangkan panas2 dengan kelapa parut. Daun pisang tu boleh recycle balik. Gunakan untuk buat kuih sampai habis adunan. Tapi kalau dah layu sangat, gantikan yang lain.
Tips untuk apam berkuah : Pastikan air betul2 mendidih semasa mengukus kuih.
APAM BERKUAH
Apam beras atau apam gandum (apam pisang yang tidak terlalu manis pun boleh digunakan)
Kuah apam
Santan satu biji kelapa
4 ekor ikan selayang (dibakar tawar dan ambil isinya, tumbuk lumat)
1 sudu udang kering, rendam dan tumbuk lumat
gula melaka atau gula pasir secukup manis
garam secukup rasa
Bahan-bahan bumbu (ditumbuk lumat)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia, kunyit dan lengkuas
sedikit lada hitam
sedikit ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Cara-cara membuatnya
Didihkan santan sampai naik minyak. Masukkan semua bahan bumbu,isi ikan, udang kering, garam dan gula secukup rasa. Masak sampai pekat. Hidangkan dengan apam.
Selamat mencuba
14 October 2011
PUTERI MANDI (TTERI MANDI)
Lebihan adunan bubur butir nako, saya buatkan puteri mandi atau dalam loghat kelantan disebut Tteri Mandi. Bezanya bubur butir nako berkuah, manakala tteri mandi digaulkan ke dalam inti kelapa. Di sini saya kongsikan cara-cara membuat kuih tteri mandi.
Bahan-bahan
tepung pulut
air daun pandan
sedikit air kapur
pewarna ikut kegemaran (jika mahu)
Bahan-bahan inti
Kelapa parut putih (kalau boleh gunakan kelapa kulit hidup (hijau) dan lembut isinya
secubit garam
gula secukup manis (boleh guna gula pasir, gula merah atau gula melaka, apa2 jenis gula asalkan manis)
Lain-lain
Satu periuk air mendidih
Cara membuatnya
Mula-mula sediakan inti kelapa : Kelapa parut putih dicampurkan dengan gula, garam dan daun pandan. Kacau atas api sederhana hingga kering. Sesuaikan rasa dan ketepikan.
nota : sekiranya menggunakan kelapa yang dah tua, tambahkan air secukupnya dan masak hingga kelapa lembut, baru dimasukkan gula.
Sedikan adunan tepung. Campurkan semua bahan dan adun jadikan doh yang lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Gentelkan bulat2, kemudian leperkan. Masukkan ke dalam air mendidih. Apabila telah terapung, bolehlah ditoskan dan dimasukkan ke dalam inti kelapa yang telah siap. Kacau sebentar atas api sederhana supaya tidak mudah basi. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
LOMPAT TIKAM
Satu lagi juadah tradisional orang Kelantan. Juga juadah wajib pada bulan puasa.. Ummi lebih suka buat sendiri daripada membelinya di kedai, lebih berbaloi katanya. Lagipun nak membuatnya tak susah mana, bahan2 pun boleh beli kat kedai. Cuma nak kena rajin lah..
Bahan-bahan A (adunan tepung hijau)
1 mangkuk tepung beras (Ummi guna tepung beras cap Teratai)
2 - 2/2 mangkuk air daun pandan (guna air biasa + pes pandan dan pewarna hijau pun boleh)
1 sudu besar air kapur
Cara : campurkan semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga naik wap. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama satu jam. Sejukkan dan dipotong2.
Bahan-bahan B (kepala santan)
Santan satu biji kelapa (anggaran 2 mangkuk)
secubit garam
1 senduk tepung beras
Cara : campurkan semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan
Bahan-bahan C (Pulut merah)
2 cawan pulut, cuci dan rendam selama 2 jam
2 cawan santan
sedikit pewarna merah
secubit garam
Cara : campur semua bahan dan kukus dalam loyang hingga masak. atau lebih senang, masukkan ke dalam "rice cooker" dan masak sepertimana memasak nasi.
Bahan-bahan D (Air gula atau air nissae) - dimasak hingga larut dan disejukkan
4 keping Gula melaka atau 'Nissae' kerek besar
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
daun pandan disimpulkan
Cara-cara menghidang kuih lompat tikam.
Adunan A yang telah siap dipotong dimasukkan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit pulut merah dan siramkan adunan B. Tuangkan sedikit air gula dan siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan sejuk atau panas.
Selamat mencuba.
BUTIR NAKO (BIJI NANGKA)
Hidangan kegemaran dikala minum petang. Dipanggil butir nako sebab bentuknya seperti biji nangka. Kalau orang dulu2 biasanya menggunakan daun pandan sebagai pewarna, tapi saya sengaja buat berwarni warni bagi menarik minat anakanda2 saya untuk mencuba makanan tradisi ibunda saya. Cara membuatnya pun sangat mudah.
Bahan-bahan
2 paket tepung pulut (500gm/paket)
10 helai daun pandan, kisar ambil air secukupnya
sedikit air kapur
pewarna biru, hijau dan merah
Untuk kuahnya
Santan satu biji kelapa
sedikit halba
secubit garam
daun pandan disimpulkan
gula secukup manis
Cara-cara membuatnya
Sediakan satu periuk air dan didihkan di atas dapur. Gaulkan tepung pulut dengan air daun pandan dan sedikit air kapur. Uli hingga menjadi doh. Bahagi tiga adunan dan warnakan. Gentelkan bulat-bulat kecil kemudian bentukkan bujur sedikit. Masukkan ke dalam air mendidih, apabila terapung, bolehlah diangkat dan toskan.
Cara-cara membuat kuahnya
Campurkan santan, halba, daun pandan, gula dan secubit garam. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kacau sebentar. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
14 March 2011
ROTI PISANG a.k.a MURTABAK PISANG
sedia untuk dihidangkan.. sedap dimakan begitu saja.. jangan tak percaya, sedapppp sangat..
bakar sampai masak kedua-dua belah
dah selesai taruk pisang dan telur, lipat2kan ia..seperti murtabak..
mula2 taruk pisang hiris, saya guna pisang berangan jer..tuangkan telur yang telah dipukul, kalau suka bawang, letak hirisan bawang.. nak tambah cheese pun boleh.. ikut selera sendiri la yer.. pastu taruk kat kuali leper yang telah dipanaskan...
Ni sarapan pagi tadi, sebelum ke tempat kerja.. Buatnya mudah saja, saya guna roti canai segera Ummi saya...ada dua jenis, satu yang bulat (prata) dan satu lagi berbentuk empat segi...kosong jer dalamnya..tapi kita boleh isikan dengan macam2 bahan yang kita suka iaitu telur, sardin, cheese, dibuat seperti murtabak dan sebagainya.. kali ni saya isikan pisang dan telur.. Kemudian dibakar hingga masak. Sedap dimakan semasa masih panas.
Selamat mencuba..
11 March 2011
ROTI JALA DWIWARNA
makan dengan sambal tumis jer..
siap dimasak, boleh dilipat atau digulung..
masih kat kuali..
Pagi ni, makan roti jala dengan sambal tumis jer.. Saje je buat dua kaler untuk tarik selera anak2...
ROTI JALA DWI WARNA
Bahan-bahan
3 cawan tepung
1 cawan susu cair
1 biji telur (gred AA)
secubit garam
sedikit air kapur (utk hilangkan bau telur)
air secukupnya
Pewarna hijau dan kuning (nak gula lain warna pun boleh)
Cara-cara
Campurkan semua bahan dan kacau sampai sebati. Masukkan ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Boleh juga ditapis untuk mengelakkan adunan berbiji-biji. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan kuali leper dan jalakan secara bertindih. Tak kisah la nak mulakan dengan adunan hijau atau kuning dulu.. Yang penting menjadi roti jala yang berwarna warni.. Dah masak, bolehlah dilipat atau digulung. Buat sehingga habis. Bolehlah disajikan dengan sambal tumis atau kari ayam atau lauk2 kegemaran yang lain.
Selamat mencuba..
10 March 2011
JEMPUT-JEMPUT PISANG a.k.a CEKODOK PISANG
Pisang yang mak bagi dah masak ranum. Mula2 ingat nak goreng je, tapi dah lembik sangat.. terus saya lenyek2 dan buatkan jemput2 pisang untuk sarapan pagi.. Angah siap bawak bekal lagi..
Cara nak membuatnya mudah saja, cuma lenyek2kan pisang dan campurkan tepung gandum secukupnya. Jika suka campur secubit garam untuk menambah lemak. Ada orang campurkan dengan sedikit kelapa parut. Adunan jangan terlalu lembek atau terlalu kental. Dah ok, boleh disudukan, goreng la dalam minyak panas hingga masak. Masa menggoreng, api jangan terlalu besar, nanti cekodok cepat hangus.. Dah siap, boleh le dimakan.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)