KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts

12 May 2012

TERESEK JANTUNG PISANG CAMPUR RANGKA AYAM

Assalamualaikum wbt..
Kalau sebut teresek jantung pisang, mulalah teringat bulan puasa atau musim kenduri.. lauk ni memang tak miss..memang membuka selera, sama seperti acar atau kerabu.. Teresek adalah sejenis hidangan berempah seperti gulai dan menggunakan organ dalaman seperti hati,mempedal ayam, babat dan dicampur jantung pisang atau kacang panjang. Ada yang suka teresek berkuah, ada yang suka kering2 sedikit. Hari ni, saya masak teresek darat jantung pisang campur rangka ayam. Iyelah...cuma rangka ayam je yang ada.. hati pedal, jantung semua dah jadi sate.. Cuma kisarkan bawang putih, bawang merah, serai, halia, kunyit dan lengkuas. Gaulkan dengan rangka ayam dan tambah serbuk kari. Ungkep sampai kering. Kemudian tambah santan, garam, asam keping dan sedikit gula melaka (mesti). Bila dan mendidih dan rangka ayam dan empuk, campurkan jantung pisang, bawang dan cili hidup (saya guna cili api dibelah dua). Masak sampai jantung pisang empuk. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba.

09 May 2012

MASAK-MASAK SEMALAM

sayur pedas labu air campur peteney
ikan parang goreng
Assalamualaikum wbt... Lauk pauk ni saya masak untuk makan tengahari semalam. Saja je nak tunjuk gambar... resipi dah pernah post dalam entri sebelum ni... Dalam sibuk2 pun kena masak juga..Yang sempat dua jenis je..sayur pedas, ikan goreng dan sambal belacan...ulam raja pun belum sempat petik lagi ni... takpe, nanti kalau dah nak makan, petik je kat depan tu...bukan saja ulam raja, tapi daun kemangi, serai kayu, jantung pisang dan lain2 lah.. Macam ni la duduk kat kampung..masak ringkas2 aje..sayur2 pemberian jiran..cili padi, ulam-ulam ada tanam kat tepi rumah.. Cuma beli ikan je.. tapi kalau nak mancing pun boleh gak.. belakang rumah ada parit tali air.. boleh makan ikan darat... hehehe.. Walaubagaimanapun, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah.. ada je rezeki yang diberi. Amin..

14 December 2011

TAUGEH KAMPUNG TUMIS AIR CAMPUR UDANG


Saya panggil tauge kampung, sebab dia kurus.. tapi sebenarnya ni tauge diperbuat menggunakan kacang hijau. Selain dimasak sebagai sayur, tauge ni juga sedap dibuat ulam cecah budu atau ulam2 laksa, laksam dan nasi kerabu..

Saya bukan nak kongsi resipi masak sayur tauge ni, sebab semua dah tahu nak masak sayur goreng kan.. (gambar kat atas tu sekadar hiasan) tapi cara membuat tauge menggunakan kacang hijau. Mula2 kena pilih kacang hijau jenis yang mahal.. biji dia besar2 sket.. Pastu dicampur air sampai tenggelam. Rendam selama 4 jam.. Toskan. Masukkan ke dalam bakul jarang yang dialas daun pisang. Tutup atasnya dengan kain. Siram setiap satu jam. Selepas 2 hari, tauge dah boleh digunakan.


Selamat mencuba...

13 December 2011

SAYUR LEMAK KELADI CAMPUR UDANG SUNGAI


Kebetulan ada udang sungai yang Ummi beli kat pasar malam. Ummi kata sedap kalau campurkan dalam sayur keladi masak lemak. Kebetulan keladi dah ada ditanam kat tepi rumah. Jadi saya masakkan untuk hidangan tengah hati Jumaat lepas. Untuk bumbu2nya, saya cuma kisarkan cili padi, kunyit, serai, biji ketumbar dan bawang putih juga bawang merah. Agak2 jer lah nak guna banyak mana. Campurkan santan dan didihkan. Kemudian campurkan keladi yang dah siap dicelur, isi ikan selayang (isi ikan mentah2, hiris2). Tambah garam dan gula secukup rasa. Dah siap masak, boleh lah dihidangkan..

Selamat mencuba.

KACANG BUNCIS GORENG



Saya memang gemar makan sayur ni...tapi tak boleh selalu.. Sekali sekala boleh lah.. Sebab kesian kat abah.. kalau dimasak, nanti dia menjamah juga... melaratla sakit nya nanti..

Saya masak kacang buncis ni ikut cara mak mentua...Mula2 kisarkan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan sedikit cili padi. Panaskan minyak dan tumiskan sampai garing. Kemudian masukkan kacang buncis yang telah siap dipotong2, sedikit pati santan dan garam secukup rasa. kalau ada tauhu atau tempe goreng, boleh juga dicampurkan. Masak sampai kacang buncis layu. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

LEMAK LABU CAMPUR UDANG



Menu tengah hari, Khamis lepas. Cuma kisarkan cili padi, bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan serai. Campurkan santan dan didihkan. Kemudian masukkan labu, masak sampai labu empuk, baru dicampurkan udang. Tambah garam sesedap rasa.. Dah pun siap.. Hidangan dilengkapkan dengan ayam goreng tepung dan kacang buncis goreng.. Makan dengan nasi putih semasa masih panas..

Selamat mencuba..

23 November 2011

SAYUR KELADI


Sayur pedas keladi dimasak dalam kawah (sepupu kawin)

Sekarang dah jadi trend di tempat saya ni.. kalau wat kerja kawin, lauk utama selain gulai kawah ialah sayur keladi.. Pastu pulak ada ayam goreng berempah, kerabu atau teresek, ikan masin dan sambal belacan.. Kadang2 ada disediakan budu dan ulam petai jering (ikut musim)..Siap disediakan ikan bakar tawar lagi.. Kiranya dah jadi macam makan kat rumah sendiri..

Sebenarnya masak sayur keladi ni ada macam2 versi.. Paling saya suka masak sayur pedas campur lada hitam. Kalau Ummi saya suka sayur keladi masak lemak campur udang sungai atau ikan bakar tawar. Tapi saya pernah makan, kawan saya orang Thai, masak singgang sayur keladi campur udang besar. Semuanya sedaplah...

Disini saya kongsikan resipi sayur keladi yang saya suka

SAYUR PEDAS KELADI

Isi keladi beserta batangnya yang lembut, dipotong2, celur sebentar dan tos
garam gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Isi ikan bakar atau udang halus

bahan2 tumbuk
lada hitam, bawang putih dan bawang merah

Cara2
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya, isi ikan atau udang dan masak sampai mendidih. Campurkan keladi dan garam secukup rasa. Masak sampai keladi lembut. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

SINGGANG KELADI
Isi keladi beserta batangnya yang lembut, dicelur dan toskan
Udang hidup yang besar, kupas kulitnya
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Asam gelugur

bahan2 tumbuk
sedikit ketumbar, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan lengkuas.

Cara2
Didihkan air, campurkan bahan2 tumbuk, udang dan asam keping. Masukkan keladi dan perasakan dengan garam secukupnya. Bila telah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

nota :
Kalau nak buat masak lemak keladi cara Mak Usu saya, gunakan bahan yang sama untuk masak singgang keladi, cuma tambahkan santan secukup kegunaan, sedikit lada hitam dan ketepikan asam gelugur. Sama ada nak guna ikan bilis, isi ikan atau udang, terpulang kepada selera masing2.

Selamat mencuba.

07 November 2011

KACANG PANJANG GORENG KUNYIT



Orang lain mungkin tak masak macam ni. Tapi biasa bagi keluarga saya. Dari kecil sampai sekarang, Ummi selalu masak macam ni kalau ada kacang panjang.

Mula2 potong kacang panjang dan gaulkan dengan garam kunyit. Kemudian panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris, ikan bilis dan kacau sampai garing. (Dalam resipi ni, ikan bilis saya gantikan dengan hirisan isi ayam). Kemudian masukkan kacang panjang dan tutupkan kuali. Agak2 kacang panjang dah layu sedikit, pecahkan telur dan kacau. Akhir sekali tambahkan hirisan bawang besar dan cili hidup (Saya gantikan dengan lada benggala kuning) Tambah juga sedikit serbuk perasa. Kacau sebentar dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

24 October 2011

SAYUR LEMAK BUAH GAJUS CAMPUR SOTONG


Satu lagi hidangan tradisi orang Terengganu. Sayur lemak buah gajus campur sotong. Saya mula makan hidangan ni masa menetap di Dungun, Terengganu. Memang sedap.

Bahan-bahan
Buah gajus, hiris2 dan celur sebentar, perah airnya
Sotong, dipotong2
Santan secukup kegunaan
Bawang besar dan lada hidup yang dihiris2
Garam gula secukup rasa

Cara:
Campur semua bahan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah minyak. Hidangkan dengan nasi dan lauk kegemaran yang lain.

Selamat mencuba

SAYUR LEMAK KANGKUNG CAMPUR KELEDEK



Sayur lemak kangkung ni lawannya ikan goreng dan sambal belacan. Barulah syok, makan tak ingat dunia....

11 March 2011

BROCOLI SOS TIRAM



Brocoli sos tiram ni, saya masak untuk hidangan makan malam tadi.. Lauk ikan tongkol masak singgang style boyan, telur goreng ikan pekasam dan juga ulam terung kecik dan kacang panjang.. Lengkaplah menu malam tadi..

Bahan-bahan

Sayur brocoli
Udang hidup, buang kulit, belah belakang dan buang uratnya
sedikit hirisan bawang putih dan halia
minyak untuk menumis
sedikit sos tiram, garam dan gula secukup rasa
lada sulah
setitis dua minyak bijan

Cara-cara membuatnya

Udang digaulkan dengan sos tiram, garam, gula dan lada sulah. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia. Bila telah kekuningan, masukkan masukkan udang. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan brocoli dan lada merah. Kacau agak2 brocoli dah lembut sket, bolehlah diangkat dan disajikan.

Selamat mencuba..

07 March 2011

SAWI JEPUN SOS TIRAM



Sawi jepun ni biasa dimasak sepokok-sepohon. tak perlu potong2, baru sedap.. Tapi was2 juga lah sebab takut ada "ORANG" kat celah2 batangnya. Jadi untuk mengelakkan berlakunya perkara2 yang tidak diingini, daunnya saya siat satu persatu..

18 February 2011

KIMCHI KOBIS A.K.A ACAR KOREA


kimchi yang dah siap diperap.. sedia untuk dimakan.. rasanya.. erm... macam acar kobis jer.. boleh la...


adunan tepung beras... campurkan satu sudu tepung beras dengan secawan air dan masak sampai mendidih dan pekat. Sejukkan.


ramuan untuk kimchi. halia, bawang putih, daun bawang, daun kucai (saya tak taruk) bawang besar, semua diracik halus. Campurkan ke dalam adunan tepung beras. Tambahkan juga sedikit garam, udang kering yang ditumbuk halus, gula dan serbuk cili.


kubis panjang, dibelah 2, dicuci dan dibubuh garam ke dalam daun selapis demi selapis, masukkan ke dalam bekas dan bubuh sedikit air. kemudian diperap satu malam. kemudian cuci sekali lagi untuk membuang garam dan toskan. Bubuhkan ramuan kimchi ke dalam setiap helaian kubis dan peram lagi selama 8 jam dalam suhu bilik, selepas itu barulah disimpan di dalam peti sejuk.

Percubaan pertama buat kimchi.. Resipi goggle kat internet.. banyak sangat versi, tapi saya dah olah sendiri, ikut citarasa....

12 February 2011

SAYUR ASEM, IKAN GORENG DAN SAMBAL JAWA


sambal belacan jawa style atau dipanggil sambal toktok/sambal olek. gorengkan belacan, cili padi, lada merah, bawang putih, bawang merah, buah tomato dan ikan bilis secara berasingan. Campurkan semua bahan ke dalam blender, tambahkan garam secukup rasa. Blend hingga lumat. Sedia untuk dihidangkan. Ketika menghidang, perahkan limau kasturi. Lebih sedap sekiranya ditumbuk di dalam lesung.


tauhu tempe goreng ni, saya goreng begitu saja.. cuma masukkan sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan tauhu melekat di kuali semasa menggoreng.


Ikan kaci goreng ni saya cuma tumbukkan garam, kunyit, bawang putih, halia dan tambahkan cili kisar. Gaulkan pada ikan dan perap sebentar sebelum digoreng garing.


sayur asem, resipi popular orang2 jawa. percaya atau tidak..bila ditambah jagung, rasanya lebih sedap.

Sesekali kita kena mencuba kelainan dalam hidangan harian. Jadi takdelah rasa jemu dan buntu nak masak apa. Hari ini, saya buat sambal jawa atau setengah orang panggil sambal toktok. Ada ikan kaci goreng (saya buat versi Terengganu), tauhu tempe goreng dan sayur asem. Sayur asem ni, masakan jawa. Biasanya bendir, kacang panjang, labu siam dan pucuk belinjau digunakan dalam masakan ini. Tapi saya terjumpa resipi dalam internet (dah lupa siapa punya blog), ada menambahkan jagung dalam resipi masakan sayur asem.. Dan kebetulan saya ada membeli dua tongkol jagung, maka saya terus mencuba untuk memasak masakan ini. Tapi saya cuma menggunakan jagung dan sayur bayam merah..Haa.. jangan terperanjat.. Memang sedap!!!

Bahan2 untuk sayur asem

2 tongkol jagung, dipotong2
1 ikat bayam merah @ sayur2 lain spt kacang panjang, bendir, labu siam dan pucuk belinjau
air asam jawa atau asam keping'
air secukupnya untuk kuah
garam dan serbuk perasa

bahan2 kisar
2 biji buah keras
5 biji cili padi (boleh gantikan dengan cili kering)
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit belacan
sehiris dua lengkuas dan halia
sedikit ikan bilis atau udang kering

Cara2 membuatnya
Campurkan bahan2 kisar ke dalam periuk bersama2 air secukupnya untuk kuah. Tambahkan air asam jawa atau asam keping. Didihkan. Masukkan jagung, bila jagung dan empuk, baru dimasukkan bayam. Tambahkan garam secukup rasa. Bila mendidih, sekali lagi, sesuaikan rasa, bolehlah diangkat.

Selamat mencuba.

15 January 2011

SAYUR PEDAS PETENEH DENGAN UDANG BARING



Dalam loghat Kelantan atau Terengganu, sayur peteneh ialah petola juring, makala udang baring ialah udang geragau atau lebih dikenali sebagai udang belacan. Sebabnya belacan diperbuat menggunakan udang ini. Hari ini, 15/01/2011, saya masak sayur pedas peteneh dengan udang baring untuk hidangan makan malam. Lauk pula, cuma ikan kembung goreng. Tapi yang tak syoknya, sayur peteneh yang saya beli dah tua sedikit, jadi bila dimasak, nampak bersabut dah tak boleh dimakan...Cuma dapat hirup kuahnya aje...

Resipi sayur pedas mudah saja, cuma tumbukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam dan didihkan dengan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan udang geragau. Udang geragau ni guna yang kering (kalau dapat yang basah pun ok kot). Cuci bersih2 dan tak perlu ditumbuk. Leburkan sekali ke dalam kuah. Apabila mendidih, masukkan sayur peteneh yang telah dipotong2 dan garam secukup rasa. Bila dah masak, bolehlah dihidangkan.

nota :

Untuk menyediakan sayur pedas ni, udang geragau boleh digantikan dengan ikan bilis atau isi ikan panggang. Terpulang nak letak banyak mana. Ada juga suka menambahkan sedikit budu ke dalam masakan sayur ini.

Selamat mencuba.

01 January 2011

MASAK LEMAK LABU CAMPUR SAWI + ULAM PUCUK KELEDEK REBUS


pucuk keledek rebus, cecah sambal belacan.. pelengkap hidangan hari ini..

sayur lemak labu kuning + sawi hijau

Selamat Tahun Baru 2011. Moga tahun baru ini lebih bermakna dalam hidup. Dan semoga tahun baru ini juga memberi keceriaan kepada kita semua. Moga dikurniakan kesihatan yang baik diperluaskan rezeki oleh Allah swt.

Hari ini, 1/1/2011.. Saya mulakan episod masakan tengah hari ini dengan masakan sayur lemak.. Masak sayur lemak labu kuning + sawi. Pelengkap hidangan, pucuk keledek rebus dan sambal belacan. Lauk pula, biasalah..ikan goreng aje..

SAYUR LEMAK LABU KUNING CAMPUR SAWI

bahan-bahan
1/4 biji labu, dikupas kulit dan potong dadu
1/2 biji bawang besar, dihiris
1 biji lada hijau dan lada merah, dihiris
2 pokok sawi hijau, dipotong2
garam secukup rasa
santan secukup kegunaan (asingkan santan pekat dan santan cair)
10 ekor udang hidup, buang kulit

bahan-bahan tumbuk
segenggam udang kering
2 biji bawang merah
sedikit kunyit hidup

Cara-cara membuatnya
Masukkan labu, santan cair dan bahan2 tumbuk ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan labu empuk. Sambil itu, hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan santan pekat,udang hidup,sawi, bawang besar dan lada hidup. Biar mendidih sekali lagi, barulah boleh diangkat dan dihidangkan.

Nota : selain sawi, boleh campurkan sayur-sayur lain ke dalam sayur lemak labu umpamanya kacang panjang, pucuk manis, putik jagung dan lain-lain sayur yang sesuai dimasak lemak.

Selamat mencuba.

06 December 2010

TUMIS KUBIS BUNGA DAN LIMPA GORENG KUNYIT






Malam ni, lauk ringkas saja, sawi + kubis bunga tumis air, limpa + jantung lembu goreng kunyit dan juga ayam goreng yang suami beli kat stall depan jalan besar menghala ke rumah kami. Pelengkap hidangan ialah ulam daun ceylom cecah budu (dah lama tak makan budu....) Lauk limpa dan sedikit jantung lembu korban adalah pemberian kawan ofis petang tadi. Alhamdulillah, walaupun tidak balik kampung masak raya korban hari tu, dapat juga merasanya..

Resipinya mudah aje, resipi ekspress.. hehehe

KUBIS BUNGA + SAWI TUMIS AIR

Bahan-bahan
sedikit kubis bunga
sedikit sayur sawi
cili merah, dihiris2
bawang besar, dihiris
garam, gula secukup rasa
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah

bahan-bahan untuk menumis
bawang putih, bawang merah dan sedikit ikan bilis

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 untuk menumis hingga kekuningan, masukkan air, biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, lada sulah dan akhir sekali sayur-sayuran. Bila setengah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

LIMPA DAN JANTUNG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan
Limpa dan jantung lembu, dibersihkan dan dipotong kecil
sedikit garam dan kunyit serbuk (lebih sedap guna kunyit hidup yang ditumbuk)
bawang putih, bawang dan halia dimayang
sedikit jus limau nipis

Bawang besar, lada hidup, dipotong2
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya
Gaulkan limpa dan jantung dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga kuning. Masukkan limpa an jantung tadi. Kacau sebentar dan tutup. Kemudian dibuka, masukkan jus limau. Akhir sekali bawang besar dan lada hidup. Bila bawang besar dan lada setengah layu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

nota : masakan ini tak perlu dimasak lama, nanti liat.

Selamat mencuba.

02 November 2010

BENDI GORENG & SEPAT MASIN GORENG BAWANG LADA


Hari ini... balik kerja, singgah pasar, sampai rumah dah magrib... Penyudahnya, semua lauk pauk yang dibeli, simpan kt freezer... Untuk hidangan makan malam ni semua goreng-gorengan... dan cepat dimasak.. Telur dadar, ikan sepat masin goreng dan bendi goreng.. yang penting, tidak terlewat waktu makan malam...

Resipinya tak payahlah saya kongsikan sebab semuanya pakai hiris2 dan gorengkan aje.. Makan panas2 dengan nasi putih.. Kenyang juga.. hehehe..

31 October 2010

SUP CENDAWAN

Dah lama tak makan cendawan, iaitu sejak pregnant anak ketiga.. Langsung tak suka cendawan.. Sekarang anak saya dah hampir setahun, alhamdulillah saya dah boleh makan cendawan semula.. Cendawan tiram ni lebih sedap jika dicampur ke dalam sup gear box atau sup ayam, tapi memandangkan lauk untuk makan malam ni dan cukup, saya campurkan sayur-sayuran lain dan dimasak sup.

SUP CENDAWAN

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil cendawan tiram (saya pilih yang kecil2)
1 paket jagung muda, dibelah2
1 batang karot kecil, hiris nipis
1/2 batang celeri, hiris nipis
1 biji lada hijau
1 biji telur ayam

2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 biji bawang merah besar, dimayang
minyak untuk menumis
maggi cukup rasa dan lada sulah
air secukupnya untuk kuah

Cara-cara
Panaskan minyak, tumiskan bawang2 yang dimayang, masukkan telur, kacau hingga telur hancur. Kemudian tambahkan air secukupnya untuk kuah diikuti dengan maggi cukup rasa serta lada sulah. Apabila mendidih, masukkan semua-sayuran diakhiri cendawan. Sesuaikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..