KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label TAUHU DAN TEMPE. Show all posts
Showing posts with label TAUHU DAN TEMPE. Show all posts

26 October 2010

TEMPE SAMBAL @ SIRA PEDAS..


Walaupun saya bukan orang Johor/Jawa..tapi saya cukup gemar makan tempe.. terutamanya tempe goreng atau tempe sira pedas.. Boleh dikatakan, setiap hari saya makan tempe... Sebenarnya saya baru saja siapkan tempe sira pedas ni.. terlanjur beli tempe lebih tadi, terlintas pulak nak buat tempe pedas ni..

Resipi dan cara membuatnya sama juga dengan kerepek ubi pedas, sama ada nak guna udang kering atau ikan bilis, ikut selera sendirilah.. Saya guna udang kering sebab dah malam2 ni, malas nak kopek ikan bilis..

Kalau nak tambahkan kacang tanah goreng juga lagi sedap agaknya.. Next time, saya akan cuba tambah ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng ataupun sedikit jintan..

TEMPE SIRA PEDAS

Bahan-bahan
12 keping tempe, hiris nipis dan goreng garing2..toskan
3 sudu minyak untuk menumis
4 sudu serbuk cili kasar
2 sudu air asam jawa (boleh ganti sedikit cuka)
3 sudu gula pasir atau secukup manis
1/2 sudu teh garam
2 sudu air

Bahan-bahan tumbuk
5 biji bawang putih
Segenggam udang kering

Cara :
Panaskan minyak dan gorengkan bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan serbuk cili dan air asam jawa.. Kacau lagi hingga garing dan naik minyak, baru dimasukkan gula dan garam. Masukkan 2 sudu air untuk hancurkan gula..Kacau rata2.. Bila nampak air gula telah likat, barulah dimasukkan tempe goreng dan kacau rata2 hingga semua bersalut. Padamkan api dan sejukkkan..

Selamat mencuba..

22 October 2010

SAMBAL TAUHU TEMPE & KENTANG

Satu lagi makanan orang jawa, sambal tauhu, tempe dan kentang.. Menu dinner mlm tadi, balik kerja dah penat.. jadi masak ringkas2 je lah.. kebetulan tengah upload gambar, ada tetamu datang, so saya hold dulu, hari ni baru dapat sambung balik..

SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KENTANG

Bahan-bahan
2 keping tempe, potong dadu dan goreng
2 keping tauhu, potong dadu dan goreng
4 biji kentang, potong wedges dan goreng
1 biji lada hijau, dihiris

Bahan-bahan sambal
1 sudu cili kisar
1 sudu air asam jawa
4 biji bawang merah, kisar
2 biji bawang putih, kisar
garam, gula secukup rasa
sedikit kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan2 sambal hingga garing, masukkan tauhu, tempe dan kentang yang siap digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan lada hijau yang dihiris. Sedia untuk dihidangkan..

IKAN GORENG : semua dah tahu kan.. x payahlah saya tulis resipinya.. hehehe

19 October 2010

TAUHU TEMPE TUMIS KICAP


TAUHU TEMPE TUMIS KICAP

Saya namakan tauhu tempe tumis kicap sebab tak cukup bahan nak wat sambal goreng jawa... tp licin juga sepiring malam ni.....hehehe, orang jawa jangan marah deh.....

Bahan-bahan
2 keping tempe, hiris nipis dan goreng
2 keping tauhu, potong kecil dan goreng
4 biji kentang, potong dadu kecil dan goreng
segenggam ikan bilis
minyak untuk menumis
kicap secukup keperluan

bahan-bahan dimayang halus
2 labu bawang besar
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas muda
10 biji cili padi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan ikan hingga garing. Masukkan semua bahan dan juga kicap. Kacau rata2, sesuaikan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Nanti saya uploadkan gambar dan resipi sambal goreng jawa yg sedap banget..

Selamat mencuba...

09 October 2010

TEMPE GORENG BEREMPAH & SAMBAL KICAP


Bahan-bahan Untuk Sambal Kicap (boleh dirujuk dalam resipi soto sebelum ini)

20 biji cili padi
1 labu bawang putih
1/2 botol kicap pekat manis
1 senduk kicap pekat
1 cawan gula - ikut citarasa
Garam - jika perlu

Cara Membuatnya :
Campur semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai lumat.

nota : Sambal kicap ni bukan sahaja sesuai untuk cicahan tempe goreng, tetapi juga gorengan lain seperti pisang, keledek dan ubi kayu.. Selain itu, boleh digunakan untuk dimakan dengan sup dan juga soto. Selamat mencuba



TEMPE GORENG

Bahan-bahan
6 keping tempe daun (dibelah 2 dan dipotong 2)
3 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung ubi
secubit garam
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh ketumbar
sedikit jintan putih dan jintan manis
1 sudu teh air kapur
Air secukupnya

minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Tumbuk bawang putih, ketumbar dan jintan sampai lumat. Campurkan semua jenis tepung dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Tambah air secukupnya dan dikacau rata. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng. Celupkan tempe ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga garing. Hidangkan panas2 dengan sambal kicap.