KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label ACARA. Show all posts
Showing posts with label ACARA. Show all posts

26 October 2012

GULAI DAGING UNTUK AQIQAH ADIK

Assalamualaikum wbt..

Juadah tengahari ini, sempena majlis aqiqah adik Kemal.. masak daging gulai kawah.. dan diagih2kan gulai kepada jiran-jiran dan saudara mara dikampung..

 Gulai daging masak macam gulai kawah.. campur mumbang kelapa
 segala macam ada... daging, tulang, hati, paru dan limpa dicampur sekali...
 sambal belacan cili padi campur mangga muda... 3/4 penuh blender cili padi, 1 sudu besar garam, 3/4 cawan gula pasir, setengah cawan cuka, 1 inci persegi belacan..dikisar sampai lumat.  Keluarkan dari blender dan campurkan perahan limau nipis (4 biji), 2 biji hirisan kulit limau kasturi dengan jusnya, 4 biji mangga muda yang disagat halus2.. Gaul sebati.  Mula2 memang terasa kepedasannya, tapi selepas beberapa jam, pedasnya akan berkurangan..
acar kobis campur karot.. Moksu Linda yang buatkan.. memang sedap, secukup rasa masam dan manisnya... Timun dan karot yang disagat halus dicampurkan dengan kuah acar (hirisan halia, bawang putih, bawang besar, cili hidup, garam, gula dan cuka) sesuaikan rasa, dan gaulkan dengan kobis dan karot yang telah disagat..
daging + hati goreng kunyit... campurkan asam keping masa menggoreng, untuk kurangkan bau daging... Cuma gaulkan daging,  hati dengan serbuk kunyit dan garam.  Masukkan dalam kuali bersama2 hirisan halia, bawang putih dan asam keping.  Ungkep sampai kering airnya, baru dicampur dengan minyak masak... terus dikacau sampai nampak garing.  akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar dan cili hidup...

 hirisan timun susu.. untuk ulam...
 tembikai sebagai pencuci mulut
 nasi putih je....
Air  Fanta Hijau atau Jimi Asmara resipi Suriani Osman, rakan fb.. tapi ubahsuai sikit je..saya tak guna esen pisang sptmana resipi beliau.. tetapi menggunakan kordial perasa pisang dan oren sunquick..Air gula dimasak, campur daun pandan..

Selamat Mencuba..


29 March 2011

KEMBAR SEIRAS


Mana satu Fahim?? mana satu Fahmi?


yang pakai baju putih tu pengasuh sikembar, jiran depan rumah (Mas) juga ada sepasang anak kembar.. tapi kembar tak seiras..


bila dipanggil, kedua2nya toleh....erm.. nama pun kembar kan..

Sikembar dua beradik ni, anak cikgu sebelah rumah.. Rupanya seiras betul..susah nak bezakan.. Erm.. namapun kembar kan.. Sebenarnya kat pangkin ni, tempat diorang lepak2... sesekali saya pun join sama..

26 March 2011

KUNJUNGAN KE TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

Hari Sabtu 26/3/2011. Kami sekeluarga berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai...Sebenarnya inilah niat hati saya, yang telah saya suarakan kepada suami..sebelum berpindah balik ke kampung, saya ingin menjejakkan kaki ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia iaitu Tanjung Piai.. Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi.. tiba jam 11.30 pagi.. Almaklum, sebab tak biasa ke sana.. jadi jalan pelan2 je.. takut tersesat.. tapi beberapa kali juga kena patah balik sebab terlepas pandang signboard.. Alhamdulillah, setelah sampai... dah ada penyambut tetamu menanti kehadiran kami.. Siapa lagi.. sang monyet ler..





bermulanya di sini

Setelah beli tiket masuk, kami mula meneruskan perjalanan mencari lokasi mercutanda penghujung Selatan Tanah Besar Asia.. Tak ada pengawal yang menemani perjalanan kami.. Cuma kami berlima beranak saja... Perjalanan sejauh 529 meter, meredah hutan paya bakau yang sunyi sepi... Hanya dengar deruan ombak di pantai berdekatan.. Kami berjalan di atas jambatan kayu yang panjang.. Disepanjang perjalanan, bermacam2 perasaan timbul... takut, gayat, seram pun ada... Nasib baik air surut, kalau paya tu dipenuhi air, tak dapat kaki ni nak melangkah weiii.. sebab saya ni gayat!! tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan..






berenti rehat, setelah penat berjalan kaki sejauh 5.29 meter..




ini dia... globe yang menjadi mercutanda penghujung benua Tanah Besar Asia Tenggara di Tanjung Piai


dahpun sampai...wallaweh... aku dah mula terasa gayat.. masa ni baru teringat Tsunami kat Jepun.. Saya sekarang berada di atas Selat Johor..


dah dekat...


along dengan angah dah tak sabar....


hanya 87 meter saja lagi untuk sampai ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia atau dikenali juga Penghujung Benua Asia


penghuni setia kat sini... itulah sebabnya mengapa pelawat tak dibenarkan membawa makanan...


banyak siput sedut (siput belitung) kat dalam paya bakau.. takde air, sbb tu nampak siput sedut bertaburan.. siput besor2 ni buleh makan tak ek??


ada wakaf untuk berhenti rehat.. setiap wakaf diberi nama binatang yang ada di sini..



dalam perjalanan... merentas hutan paya bakau.. nasib baik takde air.. huhu





ni kat mercu tanda Tanjung Piai... lambang pokok piai... korang tau tak?? pucuk pokok piai sedap dimakan..



amik gambo le dulu.. sunyi sepi je tempatnya.. masih dlm proses naik taraf..


cuba tengok betul2.. apa yang tertulis kt signboard ni... betapa keistimewaan diberi pada penghuni rimba ni.. pengunjung tak boleh ya..


setibanya di Tanjung Piai.....

24 March 2011

HAPPY BIRTHDAY ALONG..


tiup sama2.. buat syarat... klu tak nanti, Angah pulak merajuk.. huhu


hanya satu lilin...


Birthday kek untuk Along...

Hari ni 24/3/2011, genap usia Along 10 tahun. Dah besar anak Mama... Saja buat Along suprise, belikan sebiji kek "Ben Ten".. Hoho.. happy banget dia.. Kami celebrate kat rumah aje, tak buat birthday party pun.. sebab masa tak begitu sesuai.. almaklum tengah kemas barang nak pindah..

Happy Birthday Along.. Ayah dan Mama doakan agar Along jadi anak yang solehah.. rajin belajar dan hormat orang tua.. Mudah2an jadi anak yang berguna dan berjasa kepada masyarakat.. Aminn..

22 March 2011

HARI TERAKHIRKU DI PEJABAT




kenangan dengan semua..


Kak Jamaliah, Idah, Aku, Kak Zie Abu, Lin & Kak Romazi..


bersama Idah & Kak Zie Abu


berakhirnya aku di sini...

Hari-hari terakhir di sini, memang dah tak buat kerja pun.. So, jalan2 ler turun naik tangga ofis.. jumpa semua kawan2 yang akan ditinggalkan.. Mana tau kan... kita cuma insan biasa.. tak lekang dari melakukan kesalahan dan kesilapan..Andai ada yang terguris dan tercalar dengan perbuatan atau kata-kata, mohon dimaafkan..

Kepada kawan-kawan yang tinggal, bekerjalah dengan tekun, jujur dan ikhlas..

Salam permisi untuk semua..

21 March 2011

FAREWELLL UNTUK AKU....




Penuh satu meja..




Ada tom yam, telur bistik, ayam goreng kunyit, ulam-ulaman dan tembikai.. Diorang ni memang tahu..... ini makanan fevretku.. huhu....




Kenangan dari kawan2..


Boss kami, Eddy, Suboh & Shafiq..


Eddy & Suboh


Kak Zie & Lin




Kak Tina & Kak Jamaliah


Kak Romazi & Kak Zie Abu

Farewell party.. bertempat di Restoran Sasa, Pasir Gudang.. Mungkin inilah kali terakhir dapat berkumpul dan makan bersama-sama. Mudah-mudahan, suatu masa nanti, kita akan berjumpa lagi..

Kalau ada sumur diladang...
Boleh kita menumpang mandi..
Kalau ada umur yang panjang..
Boleh kita berjumpa lagi..

Kepada semua, terima kasih banyak-banyak. Selamat Tinggal Antara Steel...