KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label ULAM-ULAMAN. Show all posts
Showing posts with label ULAM-ULAMAN. Show all posts

14 December 2011

BUNGA KANTAN


Kepada mereka yang masih belum kenal bunga kantan, beginilah rupanya....dalam gambar ni dah kembang mekar setaman, tapi masih boleh digunakan.

Bunga kantan ni ramuan utama dalam menyediakan kuah laksa penang selain daun cenohom (kesum). Boleh juga dicampur kedalam masakan asam pedas, dibuat ulam untuk hidangan laksa putih kelantan, laksa kuah masak terengganu, laksa johor, laksa kedah, laksam atau nasi kerabu. Boleh juga dibuat ulam cecah budu atau sambal belacan. Pendek kata, semua hidangan laksa atau nasi kerabu akan jadi sedap kalau ada bunga kantan!!

Opsss...bukan setakat bunga yg boleh dimakan, tapi buahnya juga... nanti saya postkan gambar buah kantan.. Ada kat dalam kebun belakang rumah, tapi belum boleh dipetik, sebab belum matang lagi..

Selamat mencuba...

24 October 2011

JERING, TERUNG MANGGO, PUCUK UBI DAN BUDU



Kalau ada ulam-ulaman begini ni, makan nasi gerenti bertambah.. Tapi tak boleh diamalkan selalu, nanti "OBES".. lepas tu ramai le kawan2 datang ketuk pintu bagi salam..Oh tidak!!

Kata orang tua2, makan ulam-ulaman dan sayur kampung ni bagus untuk kesihatan dan awet muda.. Lagipun ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung ni banyak khasiat..Huhu, bagus banget nih!! Jadi kepada anda yang tak gemarkan ulam-ulam dan sayur-sayur kampung, tunggu apa lagi..

Sebenarnya ulam-ulaman ni, tak bermodal pun.. Buah jering tu, Mak Cik Mashitoh (kawan Umi yang sama2 berniaga kat pasar malam) yang bagi.. Terung manggo (terung pipit) dan pucuk ubi, saya petik je kat keliling rumah ni. Biasalah, kat kampung, banyak tumbuh pokok2 ni..

Selamat Mencuba!!

JANTUNG PISANG REBUS



Jantung pisang fresh, baru dicantas dari pokok..terus direbus buat cecah sambal belacan. Makan dengan nasi panas2 bersama lauk asam pedas ikan campur terung. Ada pulak ikan goreng panas2.. Kalau makan macam ni hari2... ermmm... tak tau nak kata..

PUCUK BEKO, DAUN KEMANGI



Ini ulam-ulam kegemaran saya. Pucuk beko dan daun kemangi.. Makan dengan nasi panas, ikan rebus goreng dan sambal belacan dah cukup.. Tak payah ada lauk lain...Huhu

18 March 2011

CELUR SAYUR KAILAN DAN TERUNG KECIK


terung telunjuk campur terung siam... direbus sampai lembut..

sambal belacan...mmg sentiasa ada kt dalam peti ais..

sayur kailan, direbus juga.. dimakan dengan nasi, cecah sambal belacan

Kalau tiap2 hari makan macam ni kan bagus.. takdelah penternak kolestrol.. tapi masalahnya ialah..... makan nasi mesti bertambah... macamana nak diet... huhu..

07 February 2011

BUDU, BUNGA TELANG & PUCUK SERAI KAYU


budu


serai kayu a.k.a samak


bunga telang

Kombinasi lengkap untuk menyediakan juadah nasi kerabu. Bunga telang sebagai pewarna nasi dan pucuk serai kayu atau samak merupakan bahan utama yang membangkitkan aroma sebenar nasi kerabu disamping ulam-ulaman lain dan juga budu..

30 December 2010

BENDI REBUS + SAMBAL BELACAN


bendi rebus... sedap dimakan dengan sambal belacan, lawannya pulak ikan masak singgang dan nasi panas2.. wallaweh.... x sedar nasi dah bertambah!!



sambal belacan simple dari dapur saya, cuma campurkan 10 biji cili padi merah, 5-6 biji lada merah, 1/2 sudu kecil garam, 2 sudu gula, 2 sudu besar belacan dan 4 sudu cuka. Kisar sampai lumat. Tuangkan ke dalam mangkuk dan perahkan dua biji limau nipis. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

26 December 2010

POHON KADUK

Inilah rupa pokok kaduk.. Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau nak tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik menjalar.. tapi pokok kaduk tumbuh melata dan mudah membiak.. Daun kaduk selain dibuat ulam dan kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai siput sedut (siput sawah). Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan singgang asam pedas (bagi orang-orang Kelantan/Terengganu). Mieng Kham juga satu hidangan istimewa pembuka selera, cukup popular di kalangan orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk.


Pokok kaduk yang ditanam dalam pasu, oleh bonda mentuaku... aku cuma petik je..


hidangan mieng kham, saya bawa ke office untuk berkongsi rasa dengan kawan-kawan. supplier daun kaduk ialah Kak Zie, kakak senior kat ofis.. thanks Kak Zie

11 December 2010

ULAM RAJA a.k.a BINTANG BERAYUN



Kepada sesiapa yang masih belum kenal daun ulam raja, inilah dia.. Orang kampung saya panggil pucuk bintang berayun. Mungkin sebab bunganya yang seakan-akan bentuk bintang dan tumbuh tinggi daripada pokok, dan terbuai-buai bila ditiup angin, itu sebablah dipanggil bintang berayun. Wallahuaklam!!