Assalamualaikum wbt..
Inilah hidangan ringkas yang sempat saya sediakan untuk family saya.. Masak rebus-rebus dan goreng je.. Almaklumkan.. masa saya amat terhad.. Tak ada yang istimewanya.. cuma nak mengimbau kenangan masa kecik2 dulu... sayur kulit tembikai.. masak sayur pedas campur ikan bakar dan lada hitam, ikan goreng, ulam temu pauh dan putik jagung yang direbus.. buat lawan dengan budu... Teringat masa kecik2 dulu.. selalu ikut nenek pergi bendang, bawak bekal nasi dengan sayur kulit tembikai, ikan kering goreng dan sambal belacan.. Memang menyelerakan..
Putik jagung ni saya rebus gitu aje.. sampai lembut.. sepinggan ni kejap je licin.. sebab anak2 pun suka... Mamanya cuma dapat makan kulit aja.. huhu...
Ulam temu pauh ni rupanya macam kunyit, cuma rasa seakan2 pauh atau mangga muda... Bezanya isi kunyit lebih gelap berbanding isi temu pauh ni.. Kata orang tua2.. temu pauh ni banyak khasiatnya untuk orang perempuan.. tapi saya tak pastilah pulak apa khasiatnya.. saya cuma tau makan aja...sebab rasanya yang lemak2 masam tu.. dan memang sedap dibuat ulam cecah budu atau sambal belacan...
Inilah rupa sayur pedas kulit tembikai.. dibuang kulit luar dan dipotong2.. ambil yang kulit bahagian putih aje...Caranya mudah aje.. Tumbuk lada hitam, isi kelapa bakar (boleh ganti dengan kerisik), isi ikan rebus atau ikan bakar, bawang putih dan bawang merah.. Campur dengan air secukupnya dan didihkan. Baru dimasukkan kulit tembikai yang telah dipotong tadi... Masak hingga lembut. Jangan lupa tambah garam secukup rasa..
Maaf, takde lauk lain.... cuma ikan selar dan ikan tongkol goreng saja.....tapi ikan ni ikan segar, baru turun dari bot nelayan yang baru balik ke jeti... Alhamdulillah, rezeki kami hari ini...
Selamat menjamu selera...
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label LAUK-PAUK. Show all posts

24 June 2013
20 May 2013
RINGKAS TAPI MENYELERAKAN
Assalamualaikum wbt
Hidangan tengahari semalam.. Timun masak air campur udang geragau, sambal sotong, ikan bakar dan budu...
Timun masak air. Lagi syok kalau ada lada hitam.. tapi lada hitam kehabisan stok, jadi saya hiriskan bawang putih, bawang merah dan lada hijau aje lah.. Tambahkan air secukupnya dan didihkan..taruk garam dan pak aji sket.. Udang geragau pun campak sekali.. Dah mendidih, masukkan timun.. Masak la sampai timun empuk..
Macam biasalah, goreng sotong dan ketepikan.. Kemudian tumis bahan2 kisar iaitu bawang putih, bawang merah, lada kering sampai garing.. tambah garam dan gula secukup rasa.. tambah air asam sket.. Akhir sekali masukkan sotong yang telah digoreng, hirisan bawang besar dan lada hidup..
Ikan selayang, bakar tawar je.. Cuma siapkan cili dan bawang hiris, tuangkan kicap..
Yang ni... budu cmpur hirisan cili, limau dan bawang... nak sedap lagi, hiriskan serai muda....buat lawan ikan bakar dan ulam2..
Oleh kerana yang ada timun kecik je.. itulah ulam saya hari ni..
Alhamdulillah... rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga...

MASAK-MASAK TENGAH HARI SEMALAM
Assalamualaikum wbt
Hidangan tengahari yang simple, peria katak masak lemak cili api.. Cuma tumbuk kunyit hidup dengan cili padi, campurkan santan pekat dan masak sampai mendidih, masukkan peria yang telah dibuang biji dan udang hidup. Oleh kerana abah ada gout, saya gantikan udang dengan ikan kembung dan campakkan beberapa biji belimbing buluh...
Kacang panjang ni saya rebus gitu aje.. siap untuk disajikan dengan sambal belacan atau budu..
Siap sudah.. saja menjamu mata kawan2.. biarpun ringkas, itulah rezeki saya sekeluarga.. Alhamdulillah...
Hidangan tengahari yang simple, peria katak masak lemak cili api.. Cuma tumbuk kunyit hidup dengan cili padi, campurkan santan pekat dan masak sampai mendidih, masukkan peria yang telah dibuang biji dan udang hidup. Oleh kerana abah ada gout, saya gantikan udang dengan ikan kembung dan campakkan beberapa biji belimbing buluh...
Kacang panjang ni saya rebus gitu aje.. siap untuk disajikan dengan sambal belacan atau budu..
Ada sedikit sotong, cuma goreng kunyit dan tambahkan kacang panjang, hirisan lada hidup dan bawang besar.
Pelengkap hidangan, ikan kembung goreng.. almaklum.. takde ikan goreng.. anak2 tak mau makan nasi...Siap sudah.. saja menjamu mata kawan2.. biarpun ringkas, itulah rezeki saya sekeluarga.. Alhamdulillah...
SOLOK LADA
Assalamualaikum wbt
Selalunya solok lada sinonim dengan nasi kerabu.. tapi tak semestinya dimakan dengan nasi kerabu.. Sebenarnya, solok lada ni boleh dimakan bila2 masa je.. dengan nasi putih atau nasi kerabu.. atau dimakan begitu saja... tak kiralah apa jenis lauk sekalipun.. gulai ayam ke.. gulai daging ke.. gulai ikan.. dan sebagainya.. yang pastinya solok lada dikategorikan sebagai makanan pembuka selera.....dan selalu menjadi hidangan dimajlis2 kenduri kendara..
Sebenarnya saya dah post gambar ni kat facebook... jd saya nak share resipi dan cara membuatnya.. Orang lain, mungkin lain caranya.. cara saya, cukup mudah...
Bahan2
20 - 25 biji lada solok, dibelah jangan putus..keluarkan bijinya.. kemudian rendam dalam air kelapa 10 minit dan toskan.. (Kalau takde lada solok macam dalam gambar tu, boleh guna cili merah, cili hijau atau capsikum...)
1/2 cawan pati santan
kacang panjang atau pucuk ubi untuk mengalas periuk
Bahan2 isian
1 mangkuk isi ikan mentah (ikan kembung, selayang, selar, tenggiri... ikut suka lah ye) yg pasti saya guna isi ikan selayang jer..
2 mangkuk kelapa parut, pilih kelapa yang masih hijau kulitnya...
1 sudu kecil garam secukup rasa
3 sudu gula - boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
5 biji bawang merah, sehiris dua halia dan sedikit lada hitam
sesudu kecik air asam jawa
Cara:
Mula2 tumbuk bawang, halia dan lada hitam sampai lumat. masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan dengan kelapa dan tumbuk sampai lumat dan bergaul sebati. Kemudian sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lada yang telah siap dibelah. Di dasar periuk, susunkan kacang panjang.. kemudian letakkan lada yang telah siap tadi dan siramkan santan pekat. Tutup periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Kemudian, kecilkan api dan masak sampai kering kuahnya.. Siap untuk disajikan
note : boleh juga digunakan isi ikan rebus atau ikan bakar, tapi kena tambah sebiji telur untuk melekatkannya.. kalau tidak, isi solok akan berderai..
Selamat mencuba.

30 October 2012
MASAK-MASAK RESIPI ORANG LAMA
Assalamualaikum wbt..
Selamat bertemu kembali... dipetang yang sejuk dingin.. Musim tengkujuh dan mendekat... Angin sepoi2 bahasa.. time2 gini kalau ambik bantal terus Zzzzzzzz je.. lagipun dah kenyang.. mudah aje lah nak terlelap....
Satu lagi entri yang terbengkalai... dek kerajinan tuan punya blog..heheh
Saja nak menonjolkan bunga kunyit... kalau petai, semua dah kenal....macam2 boleh dibuat dengan petai tu... wat masak sambal udang, sambal bilis.. buat jeruk.. buat ulam gitu aje ataupun rebus cicah budu..
Sebenarnya ulam bunga kunyit ni sedap rasanya.. Nak huraikan tentang khasiat, saya tak berapa tau.. yg saya tau rasanya sedap bagi penggemar ulam-ulaman eksotik macam saya... Memang dah jadi kegemaran saya sejak dulu...heheh
Banyak pulak lauk hari ni.. Ermmm... ada ikan yu...masak gulai kunyit lengkuas.. ada kerabu pucuk paku, ikan bakar tawar pun ada.. budu lagi.. dannnnn.. ulam bunga kunyit dan petai..
bendi rebus pun ada.. Bagi yang nak berdiet, harap maaf ye... tak berapa sesuai, sebab kalau makan hidangan ni, sure nasi akan bertambah dua pinggan...
Kerabu pucuk paku dengan isi ikan yu yang dibakar tawar... Sedap juga.. Kata Ummi, kerabu ni, arwah nenek abah yang selalu buat... kiranya resipi turun temurun la ni.. Kena wat pedas2.. Cuma tumbuk cili api, udang kering dan belacan. Isi ikan yu tu dibakar dan dipotong kecil2.. Lepas tu gaulkan dengan pucuk paku yang dah direbus.. Campur juga daun kesum, bawang merah mayang dan halia yang dimayang. Kemudian perahkan limau nipis.. Siap untuk disajikan.
Gulai ni Ummi yang masak.. Apa yang saya tengok, dia cuma tumbukkan kunyit, lengkuas, halia, ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah...Campurkan ke dalam santan dan tambahkan asam keping juga garam.. Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan.. Bila ikan dah masak, dicampakkan lada merah... Biar mendidih seketika, baru diangkat.
Selamat Mencuba..
Selamat bertemu kembali... dipetang yang sejuk dingin.. Musim tengkujuh dan mendekat... Angin sepoi2 bahasa.. time2 gini kalau ambik bantal terus Zzzzzzzz je.. lagipun dah kenyang.. mudah aje lah nak terlelap....
Satu lagi entri yang terbengkalai... dek kerajinan tuan punya blog..heheh
Saja nak menonjolkan bunga kunyit... kalau petai, semua dah kenal....macam2 boleh dibuat dengan petai tu... wat masak sambal udang, sambal bilis.. buat jeruk.. buat ulam gitu aje ataupun rebus cicah budu..
Sebenarnya ulam bunga kunyit ni sedap rasanya.. Nak huraikan tentang khasiat, saya tak berapa tau.. yg saya tau rasanya sedap bagi penggemar ulam-ulaman eksotik macam saya... Memang dah jadi kegemaran saya sejak dulu...heheh
bendi rebus pun ada.. Bagi yang nak berdiet, harap maaf ye... tak berapa sesuai, sebab kalau makan hidangan ni, sure nasi akan bertambah dua pinggan...
Kerabu pucuk paku dengan isi ikan yu yang dibakar tawar... Sedap juga.. Kata Ummi, kerabu ni, arwah nenek abah yang selalu buat... kiranya resipi turun temurun la ni.. Kena wat pedas2.. Cuma tumbuk cili api, udang kering dan belacan. Isi ikan yu tu dibakar dan dipotong kecil2.. Lepas tu gaulkan dengan pucuk paku yang dah direbus.. Campur juga daun kesum, bawang merah mayang dan halia yang dimayang. Kemudian perahkan limau nipis.. Siap untuk disajikan.
Gulai ni Ummi yang masak.. Apa yang saya tengok, dia cuma tumbukkan kunyit, lengkuas, halia, ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah...Campurkan ke dalam santan dan tambahkan asam keping juga garam.. Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan.. Bila ikan dah masak, dicampakkan lada merah... Biar mendidih seketika, baru diangkat.
Selamat Mencuba..
MASAK-MASAK HARI SEMALAM
Assalamualaikum wbt
Macam ni la kalau tinggal di kampung.. masakan hari2 pun lauk kampung je.. Jarang sekali nak beli sayur sawi, kobis, kailan dan lain2 tu.. kalau nak masak mee atau mihun, baru la dibeli... bukan apa... sayur sekarang ni tak tahan lama.. kalau beli, kena terus masak.. nak simpan 2 atau 3 hari kat esbok tu.. mmg lps tu jadi habuan cik tong la.. kalau setakat layu2 aje, ok gak.. tp dah busuk dah... jadi lebih baik makan sayur kampung je... Pucuk ubi, tak payah beli.. memang pohon ubi ditanam untuk diambil pucuk aje.. pantang nampak ada pucuk baru, mula la gatal tangan nak memetiknya.... Cuma putik jagung aje yang saya beli, sebab tak ada ladang jagung... dan cendawan sisir pun dah mahal dah... nampaknya lepas ni boleh angkut kayu getah letak kat laman rumah.. buat ternak cendawan sisir.. hehehe
Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan... tapi baru hari ni berpeluang menayang kat sini.. sian eh.. Saya sibuk...
Tapi tu la kan, sayur jeriat jagung @ jagung muda, kulat sisir (cendawan kukur, setengah orang panggil cendawan nasi) pun dah mahal harganya... Kebanyakan sayur kampung macam ni yang jadi pilihan saya kalau ke pasar atau pasar tani..
Jeriat jagung ni saya beli yang masih fresh... belum dibuang kulitnya...baru dipetik, terus dijual.... satu ikat RM1.00.. Saya beli sampai 5 ikat.. Lagipun, sayur ni, bila dah dibuang kulit, tinggal ciput aje... Saya buat masak lemak putih.. Biasalah, campurkan dengan segenggam bilis, santan satu biji kelapa, satu biji bawang besar dan 2 biji lada hidup.. Saya guna lada solok.. Sbb lada solok kat sini, lebih tahan berbanding lada merah... Masak lah macam biasa. Sebenarnya, kalau campur dengan kacang panjang dan terung, lagi sedap sayur lemak putih ni...
Ini pulak, cendawan sisir.. Satu cawan harganya RM5.00.. mmg mahal giler..... minggu lepas, harganya cuma RM3.00... saya tak beli, sebab terasa mahal... rupa2nya kali ni lebih mahal... tapi sebab saya tengok cendawan ni masih baru dan elok, saya pun beli juga la....Tak apa la kan... sian juga orang yang mencari cendawan ni... bukan senang...musim2 hujan, berperang dengan pacat.. pastu mungkin ada kawan2 yang menjalar tu.. hihi.. seram eh...
Untuk satu cawan cendawan ni, saya campurkan 5 biji telur, 1 biji bawang besar dan 1 biji lada solok yang dimayang.. Lepas tu campurkan dengan satu sudu kicap sotong.. Kacau rata2, gorengkan sepertimana menggoreng telur dadar biasa. Sebelum tu, cendawan ni kena cuci betul2.. campurkan garam dan ramas2kan.. masukkan ke dalam penapis, bilas di bawah aliran paip air sampai hilang lekitnya.. baru sedia untuk digunakan...
Biasalah, kalau takde sambal belacan, tak lengkap hidangan saya.. Untuk satu lesung cili padi, saya bubuh satu sudu belacan, setengah sudu kecil garam, 3 sudu gula pasir.. Tumbuk sampai lumat.. Perahkan sebiji limau nipis dan campurkan 2 biji pelam muda yang disagat halus. Gaul rata2.. Siap..
Hmmm... ikan goreng cuma ikan kembung... goreng garam kunyit je...
Inilah pucuk ubi yang telah saya rebuskan... Masih kekal hijau kan? Ada petua nak bagi kekal warna hijau tu.. Pucuk ubi kena basuh dulu.. Mula2 jerang air sampai mendidih, bubuh sedikit garam. Masukkan pucuk ubi dan masak sampai lembut.. Lepas tu, air panasnya dibuang.. Ganti dengan air sejuk.. Bilas lagi dibawah aliran paip air.. Baru ditoskan. Kalau nak makan dengan kuah pecal, perahkan kering2.. Yang ni, saya cuma nak hidang dengan sambal belacan aje.. So, begitu aje lah..
Selamat mencuba...

29 October 2012
PERUT @ BABAT AIR ASAM
Assalamualaikum wbt
Biasanya babat @ perut lembu boleh dipelbagaikan masakan, masak lemak cili api, dicampur ke dalam gulai kawah, dibuat sup campur dengan daging dan tulang...digoreng campur lada hitam.. dibuat kerabu dan lain2.. Lain tempat lain cara masaknya... Yang paling syiok... perut @ babat dengan air asam.. Ada banyak jenis babat @ perut ni.... yang selalu kita jumpa kat pasar ialah perut tuala dan perut kitab...tapi yang paling best (tp banyak kolesterol), perut masam dan perut muda (usus)...
Ada bermacam2 cara dan petua nak bersihkan babat biar jadi putih... Ada orang rendamkan ke dalam air panas, kemudian lumur kapur sirih.. Kikis dengan pisau sampai bersih.. Gaulkan tepung gandum yang dicampur air asam jawa.. Perap beberapa ketika sebelum dicuci lagi sampai betul2 bersih. Satu lagi petua, ambik daun pisang dan ramas2kan sampai hancur.. Kemudian gaul dengan babat dan uli2 seperti mencuci kain... Lepas tu bilas bersih2.. Mudah kan...
Dalam satu mangkuk... macam2 jenis babat@ perut ada.. ada perut tuala, perut kitab, perut muda dan perut asam... Dah siap digaul air asam... Sedia untuk dimakan... yeay....

Saya buat air asam mudah je.. Tumbuk cili padi, belacan dan garam.. Perahkan limau nipis banyak2... jangan guna limau kasturi, sebab kurang masam.. Tambah cuka pun boleh.. Pastu tambah tomato dan bawang hiris. Gaulkan dengan babat...
Boleh juga guna air asam jawa yang dicampur cili padi dan hirisan bawang.. Tapi jangan lupa belacan. Ada orang suka tambahkan gula.. tapi saya suka yang masam2 pedas aje..

SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK
Assalamualaikum wbt..
Masih dalam mood raya... dan masih ada sedikit lagi lebihan daging korban.. ada juga tulang rusuk dan babat.... Hmmm... pagi2 lagi dah mula masak lauk singgang ni... untuk hidangan tengah hari.. Ye la kan, lauk singgang ni, kalau masak lebih awal.. baru mesra rasanya.. Lagipun kalau masak lauk bersantan dan berempah, dah lalu nak telan dah... Asyik dok makan daging je.. sana sini, semua daging...heheh...
Kali ni masak singgang pedas... Masak macam masak singgang biasa, tapi taruk cili kering.. Yang ni saya masak guna cili serbuk je.. Cili kering pun guna gak.. tapi cuma dipotong2 dan dicampurkan ke dalam singgang...

Jom layan resipi singgang ni.. Lain orang, mesti lain caranya kan.. Ini cara saya.. Masak singgang pedas tulang rusuk...
SINGGANG PEDAS TULANG RUSUK
Bahan2 ikut kuantiti tulang yang nak dimasak
Tulang rusuk + daging
Asam keping
Air secukupnya untuk merebus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan2 ditumbuk kasar-kasar atau dihiris2
Lengkuas, kena lebihkan
Halia
Kunyit hidup
Bawang putih, kena lebihkan
Bawang merah
Cili kering, separuh dikisar, separuh lagi digunting halus2
Ketumbar biji
Cara2
Masukkan daging, tulang dan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan dagingnya empuk. Dah empuk, masukkan bumbu yang ditumbuk kasar tadi, asam keping dan garam secukup rasa. Renehkan atas api kecil hingga bumbu meresap ke dalam daging. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih.
nota : Kalau nak masak singgang putih yang biasa, tak perlu masukkan cili kering. Cuma tambahkan cili padi atau lada hidup sebiji2...
Selamat mencuba

28 October 2012
SUP KATEH LEMBU
Assalamualaikum wbt...
Hari ni saja nak menunjuk sup kateh lembu atau kaki lembu... Selalu wat rojok kateh je.. tp tekak ni teringin nak makan sup... Wat sup pedas, ala2 Siam gitu.. heheh
Gambar ni pun dah tertunggak.. Tak apa la kan.. tapi dah nunjuk2 dah kat facebook.. ruangan D'cooking Room... Jadi, share resipi je la yek...
Bahan2
1 batang kaki lembu, dibakar, dikikis kulitnya.. cuci bersih2
3 inci halia, diketuk (saya suka halia lebih)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang putih, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk
garam dan serbuk perasa secukup rasa
bahan penumis, dimayang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 hiris halia
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih)
sedikit minyak untuk menumis
Cadangan hidangan
daun sup, daun bawang yang dimayang
bawang goreng,
cili api dititik atau dihiris halus
Limau nipis, untuk airnya
Lobak asin jeruk (yang halus2)
Cara membuatnya
Dalam periuk, masukkan kaki lembu yang dah dicuci, tambah air secukupnya dan rebus sampai empuk.. Dah empuk, hiris2 dan masukkan kembali ke dalam periuk.. Campakkan rempah sup bunjut, bawang putih ketuk, halia ketuk dan serai ketuk.. Renehkan sampai mesra bumbunya.. Tambah juga lada hitam, garam secukup rasa. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.. tumiskan sedikit halia mayang, bawang merah mayang, bawang putih mayang dan rempah tumis 4 sekawan. Dah garing kekuningan, tuangkan ke dalam periuk sup tadi. Siap untuk disajikan. Masa menghidang, titikan cili api, perahkan limau nipis, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang dan lobak asin.. Slurppp... Sedap.. boleh dimakan dengan nasi atau disajikan bersama mihun atau mee kuning..

IKAN JEBON @ IKAN AYAM-AYAM MASAK ASAM PEDAS, KERABU PUCUK PAKU
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya menu ni dah lama tertunggak... Kalau bil api air, dah lama dah kena potong.. Nasib baik la, cuma gambar je.. kalau betul2.... sekarang baru nak hidang...... mesti dah basi kan.. Bukan apa, masa tak mengizinkan untuk saya bersiaran di blog kesayangan ni...
Selalunya kalau beli ikan ayam2, Ummi akan masak kari atau percik.. Tapi oleh kerana kesuntukan masa, saya masak asam pedas je lah.. Pastu ada ikan selayang sket...masak singgang untuk sikecik...Lagipun saya ada beli lauk siap kat Pasar Sehari Alor Lintah... Jadi, takde la nak kelam kabut sangat.... Takde daun kesum, cuma taruk bunga kantan... Sedap juga. Cara masak asam pedas, saya guna resipi makcik saya... Cuma blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih, sedikit kunyit hidup dan halia. Kemudian ditumis hingga garing, campurkan air asam jawa secukupnya untuk kuah. Baru dimasukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kemudian direneh guna api kecil selama sekurang2nya setengah jam supaya bumbunya mesra dengan ikan.. Akhir sekali, campur bunga kantan. Dah siap lauk hidangan tengahari, tinggal sediakan kerabu pucuk paku dan tunggu nasi masak...
Ikan selayang masak singgang, untuk sikecik ku yang dah besar...
Untuk kerabu pucuk paku, saya cuma tumbukkan bawang merah, belacan, udang kering, sedikit halia dan kerisik. Tambah garam gula secukup rasa, kemudian masukkan pucuk paku yang dicelur. Tambahkan hirisan bawang besar dan lada hidup. Akhir sekali, perahkan limau nipis. Gaul rata2, siap untuk disajikan.
Kerabu terung campur kulat gelam.. Beli kat Kedai Sari atau Pasar Sehari Alor Lintah..
Yang ini pulak, kerabu sarer @ rumpai laut... pun beli kat Kedai Sari gak.. Jemput tengok ye..
Selamat mencuba.
26 October 2012
JUADAH PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA
Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat. Juadah pagi raya saya tahun ini, juadah tradisional.... ada pulut lepa, ketupat dakap pulut hitam dan lontong daun pisang, rendang ayam, sate ayam dan sambal kacang aje...... al maklum, nanti tengahari nak masak gulai daging pulak..lagipun, boleh dimakan dengan lontong dan pulut dakap juga.. kalau masih ada lebih..
lontong daun pisang, ketupat dakap dan pulut lepa.
rendang ayam untuk dimakan dengan lontong daun pisang
satay ayam, resipi turun temurun keluarga
kuah kacang..
ini la rupa lontong saya yang dah siap dipotong... lembut sangat..(bukan senang tau,masuk bakul angkat sendiri.. hihiiii...) saya buat lontong ni menggunakan daun pisang kepok yang dijemur di panas matahari supaya jd layu (senang nak gulung)... kemudian gulungkan daun pisang dan dimasukkan beras yang telah dicuci.. anggaran satu bahagian beras dan dua bahagian air... dengan menggunakan tali rafia, kedua2 bahagian diikat kiri dan kanan.. jadi macam gula2.. lepas tu rebus selama dua jam.... kena balik2kan selalu semasa merebus, supaya masak sekata.... dah masak, sejukkan... baru boleh dipotong2...
dipanggil ketupat dakap.... pulut yang dah siap dikukus, dicampur pati santan, garam dan gula... diarun hingga sebati.. dibungkus dalam daun pisang.... dua biji ketupat yang dibungkus diikat menjadi satu.. ikat ketat2 menggunakan tali rafia.. kemudian dikukus atau direbus sampai masak..
pulut lepa atau pulut panggang.. setengah tempat sebut lemper.. bezanya pulut lepa menggunakan inti ikan, manakala lemper intinya menggunakan serunding kelapa pedas.. Bukan selalu dapat makan pulut lepa yang Ummi buat...
PULUT LEPA
Selamat mencuba..

KETUPAT DAKAP PULUT HITAM
bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam
gula secukup manis
daun pisang untuk membungkus
tali rafia untuk mengikat
cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku
masak. campurkan dengan pulut hitam,
pati santan, garam dn gula. Arun2 hingga
keluar minyak. Kukus sekali lagi selama
30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai
sejuk.. Kemudian boleh la dibngkus dlm daun pisang spt lepat. Setelah siap, amik biji pulut dan ikat
jadikan satu. Ikat kemas2.. Selepas itu,
boleh la dikukus selama 45 minit.. Kalau
guna kaedah rebus, masukkan ketupat dlm periuk, dan tuangkan air.. tp jgn
sampai ketupat tenggelam. Rebus guna api perlahan sehingga kering airnya.
Selamat mencuba..
PULUT LEPA
bahan2
1 kg beras pulut, direndam sekurang2nya 4 jam
1/4 cwn beras pulut hitam, direndam dan dimasak smpai lembut
1 1/2 cwn pati santan
secubit garam
daun pisang untuk membungkus
lidi yang ditajamkan, potong sepanjang 1 1/2 inci
cara:
pulut yang direndam dikukus selama 45 minit atau tiga suku
masak. campurkan dengan pulut hitam,
pati santan, garam dn gula. Arun2 hingga
keluar minyak. Kukus sekali lagi selama
30 minit atau dah naik wap.. Keluarkan dari pengukus dan arun lagi sampai
sejuk..
bahan2 untuk intinya
1kg ikan selayang, dibakar dan ambik isinya sahaja
1 biji kelapa, ambil santan
2 inci halia
10 biji bawang merah
garam gula secukup rasa
cara : campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga masak dan kering seperti serunding.
cara membuat pulut lepa.
pulut yang dah sejuk diletak atas daun pisang dan letak inti serunding ikan. Bungkus kemas dan semat dengan lidi. Setelah semuanya siap, bakar menggunakan bara api hingga masak.
17 May 2012
MASAK TENGAHARI, MAKANNYA MALAM...
ada ikan aya singgang, sayur kangkung goreng campur kekapis, budu + jagung muda & bunga kantan rebus dan... kekapis sweet sour...
kekapis sweet sour... kekapis ni, saya beli kat Komplek Perikanan Kuala Besut.. kebetulan ada bot masuk hari ni.. jadi saja tinjau.. nampak kekapis ni.. terus beli..
kangkung goreng campur kekapis, terlebih lecur.. tapi takpe...sendiri yang mau makan.. hihi
saya lebih suka beli jagung muda yang masih ada kulit daripada yang dah togel tu.. sebab rasanya lebih manis dan dijamin tidak ada kekotoran melekat kat isi dia..
lauk wajib kalau beli ikan aya @ tongkol... kalau tak masak gulai, singgang je lah..
Macam ni lah hari2... masak...masak...tapi yang ringkas2 aje... banyak pulak menu hari ni.. macam2 ada.. Alhamdulillah, habis juga... walaupun siap masak tengahari.. dah nak malam baru terhegeh2 nak makan...
Subscribe to:
Posts (Atom)