KAWAN-KAWAN SAYA

10 October 2010

ROTI JALA

Roti jala ni sesuai dihidangkan bila-bila masa sahaja.. boleh dimakan dengan kari ayam, sambal tumis, kari dhal, kuah serawa telur, serawa durian dan macam-macam.. Resipi roti jala yang selalu saya buat macam ni:

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
2 biji telur ayam
secubit garam
1/2 tin susu cair
1 sudu teh air kapur (untuk hilangkan bau telur)
sedikit pewarna kuning - jika suka perasa pandan, boleh gunakan pandan paste/air daun pandan
air secukupnya

Cara :
Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak2 senang keluar dari acuan kira oklah. Panaskan kuali leper, sapu sedikit minyak. Ceduk adunan dengan acuan roti jala dan kirai ke dalam kuali leper tadi. Agak2 dah masak, boleh dilipat atau digulung. Hidangkan dengan kari, serawa atau lauk-lauk kesukaan sendiri.

Saya biasanya masak kari ayam tanpa santan untuk dihidangkan dengan roti jala.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong kecil
5 biji kentang, dipotong 4 atau 6
2 batang karot, dipotong satu inci dan dibelah 2 atau 4
5 biji tomato, dibelah 4
5 biji lada merah, dipotong 2 atau 3
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1/2 tin susu cair
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan badam, dibakar dan dikisar lumat
garam, gula secukup rasa

bahan-bahan kisar
15 biji cili kering
10 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
2 inci halia

bahan-bahan untuk menumis
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
4-5 sudu besar rempah kari, dibancuh dengan air panas
2 biji bawang putih dimayang halus
3 biji bawang merah, dimayang halus
1/2 inci halia, dimayang halus
1 cawan minyak untuk menumis

Cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan rempah sekawan hingga wangi. Masukkan bawang2 hiris dan halia, terus mengacau hingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau lagi sampai garing dan pecah minyak, baru dimasukkan rempah kari. Agak2 rempah dah garing, masukkan ayam, kentang dan karot. Tutup periuk dan kecutkan ayam. Tambahkan garam dan gula secukupnya, tambahkan sedikit air dan terus memasak sampai ayam empuk. Bila ayam telah empuk, masukkan susu cair, badam kisar dan tomato puree. Tambah air secukupnya untuk dibuat kuah tapi jangan terlalu cair. Akhir sekali masukkan hirisan buah tomato, bawang besar dan lada merah yang dipotong-potong. Sesuaikan rasa dan angkat. Hidangkan dengan roti jala.

Selamat mencuba..

1 comment:

  1. SALAM KAK NONIE....AMBO IRWAN , NOK COPY PASTE RESIPI TUK RUJUKAN BULEH KO?

    ReplyDelete