Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label PULUT. Show all posts
Showing posts with label PULUT. Show all posts
22 May 2012
PULUT TANAK IKAN REBUS GORENG
Assalamualaikum wbt.
pulut tanak, gaul kelapa dengan ikan rebus goreng..
Inilah hidangan kami anak beranak pagi semalam. Pulut tanak, kelapa parut, ikan rebus goreng dan ikan masin goreng. Pulut tanak yang sedap dimakan ialah pulut tanak yang tidak terlalu keras atau terlalu lembik (benyek). Caranya, beras pulut dicuci macam biasa, pastu tambah air secukupnya..agak2 setengah inci melepasi beras pulut dalam periuk. Kemudian jerang atas api sederhana.. Agak2 dah kering, tutupkan periuk dan kecilkan api. Selepas 15 minit (dah masak), baru dikarih2kan. (kalau masak guna rice cooker, tekan suiz dan tunggu je ia masak..) Kemudian sediakan kelapa parut..seeloknya kelapa yang digunakan ialah kelapa yang masih hijau kulitnya.. isinya masih lembut. Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. Nak lagi syiok.. makan pulut ni, sediakan beras goreng iaitu segenggam beras pulut dicuci bersih dan masukkan dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga keperangan. Tabur ke atas pulut tanak semasa hendak dimakan. Krup krap krup krap.. sedap.. Tak lengkap lagi pulut ni, kena ada ikan masin goreng atau ikan goreng pun boleh.. Ikan rebus goreng pun boleh.. Untuk resipi dan cara-cara menyediakan ikan rebus goreng.... akan menyusul nanti..Selamat mencuba..
22 November 2011
PULUT SERUNDING
Pulut serunding ni sedap dimakan waktu sarapan pagi. Lepas tu minum kopi 'O' pekat, barulah segar biji mata. Maklumlah kata orang tua2, kalau makan pulut...nanti badan jadi lemau masuk angin.. Entah la ya, mungkin bagi sesetengah orang je kot. Saya OK je, sebab dah biasa makan pulut. Lagi pulak, makan pulut ni mengenyangkan... boleh skip waktu makan tengah hari..
Bahan-bahan
4 cawan pulut
4 cawan air
Cara : Bersihkan pulut dan tanak seperti memasak nasi biasa.
Bahan-bahan serunding (untuk 2kg pulut)
1 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering (boleh ganti ikan bilis)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
10 tangkai cili kering
4 batang serai
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit halia dan lengkuas
sedikit minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa
sedikit air asam jawa
Cara-cara menyediakan serunding
Kisar udang kering dan ketepikan. Ketumbar jintan dikisar kering. Kemudian kisarkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan wangi. Masukkan garam, gula, sedikit air asam secukup rasa dan akhir sekali masukkan kelapa parut. Kacau selalu atas api kecil hingga kering dan garing. Siap untuk dihidangkan dengan pulut yang telah ditanak.
Selamat mencuba.
07 November 2011
PULUT PISANG
Resipi ni, kawan saya berbangsa Kemboja yang ajar. Memang sangat mudah. Selalunya sebelum ni kalau nenek atau Ummi saya buat, kemain lagi leceh.. dari mencuci beras pulut, merendam dan kukus. Lepas tu bungkus dalam daun pisang dan ikat ketat2. Macam buat ketupat dakap. Lepas tu nak kena rebus lagi. Tak ke leceh namanya.
Kali ni, senang dan mudah. Makan pun, cepat je habis..hehe
Cara2 membuatnya
3 cawan pulut, cuci dan rendam sekurang2nya 2 jam (bergantung pada jenis pulut), kemudian ditoskan
3 cawan santan pekat
secubit garam
Daun pandan, siat2 (saya potong kecil2)
1 sisir pisang "kelat lego" - kat tempat lain dipanggil pisang awak/abu (tak pasti)
Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Bahan hiasan
Kelapa parut muda
secubit garam dan gula secukup manis
Cara2
Dalam periuk, campurkan santan, garam dan daun pandan. Didihkan, masukkan pulur yang telah ditoskan. Kacau2 sampai pekat dan sebati. Bila setengah masak, angkat dan sejukkan.
Pisang dibuang kulit dan dibelah dua. Ambil sehelai daun pisang, letak secamca pulut dan sekeping pisang. Timbuskan dengan secamca lagi pulut dan bungkus kemas2. Ulangi proses sampai habis. Kemudian dikukus sampai masak. Dah masak, bolehlah dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut bergaram yang dicampur sedikit gula.
Selamat mencuba..
26 March 2011
WAJIK DURIAN
Kalau kat tempat saya, dipanggil nasi manis.. tapi kat Johor ni diorang panggil wajik.. Beza cuma pada nama.. wajik atau nasi manis dibuat menggunakan bahan yang sama.. Pulut, santan dan gula melaka.. Wajik dipotong serong cantik2, manakala nasi manis dicedok guna sudu.. sebab sangat manis dan agak berair sedikit.. Tapi dua2 ni memang kegemaran saya..
Nak tahu kenapa saya buat wajik ni.. sebab semalam ada lebihan pulut.. Pengat pun ada sikit.. budak2 dah taknak makan.. jadi saya panaskan kuah pengat tu dan tambahkan gula melaka sampai pekat.. Saya masukkan pulut dan kacau sampai kering.. Kemudian taruk dalam dulang, alas daun pisang.. Dah jadi wajik saya.. Kejap je dah licin dikerjakan dek anak2..
Haa.. jangan ikut cara saya buat wajik ya..Nak makan sendiri ok, wat bisness..JANGAN CARI PASAL... kang tak laku, jangan dipersalahkan ya..
Sebenarnya kalau nak buat wajik, guna pulut yang dikukus.. baru sedap.. Kemudian, masak santan pekat dengan gula melaka (nisae) sampai naik minyak, baru dimasukkan pulut.. daun pandan sekali.. garam secubit jangan lupa.. supaya pulut rasa lebih lemak.. Kemudian terus dikacau sampai kering dan tak melekat kat kuali... Dah siap, bolehlah diratakan atas dulang dan potong cantik2 ketika menghidang..
19 March 2011
PULUT PAGI a.k.a PULUT MANIS
Pulut pagi, buat hidangan untuk family di pagi minggu yang mendung ni...
Pulut pagi a.k.a pulut manis.. dimakan dengan kelapa parut..
Memang best makan pulut ni.. Sukee sangat...tak kira lah, pulut manis ke.. pulut tanak, makan dengan ikan masin ataupun pulut kuning.. Apa2 je lah yang berasaskan pulut...Tapi kan, lepas tu mesti ngantuk giler.. Sebab tu orang tua2 dulu, kalau makan pulut mesti nak minum kopi 'O'... Nak try, cuba cari kat entry sebelum ni.. Mudah je kan...
Selamat mencuba..
Memang best makan pulut ni.. Sukee sangat...tak kira lah, pulut manis ke.. pulut tanak, makan dengan ikan masin ataupun pulut kuning.. Apa2 je lah yang berasaskan pulut...Tapi kan, lepas tu mesti ngantuk giler.. Sebab tu orang tua2 dulu, kalau makan pulut mesti nak minum kopi 'O'... Nak try, cuba cari kat entry sebelum ni.. Mudah je kan...
Selamat mencuba..
26 February 2011
PULUT PAGI A.K.A PULUT MANIS GAUL KELAPA
Sarapan pagi ini..pulut manis gaul kelapa.. ada orang panggil pulut pagi juga.. ada yang panggil pulut cawan.. dipanggil pulut cawan sebab diacu ke dalam cawan kecil.. Ada juga yang guna acuan kuih tu... macam2 lah.. Pulut ni, rasanya manis yang tak berapa manis, makan dengan kelapa parut yang lemak2 masin gitu.. Ermm... salah satu favret saya ni.. dan sekarang dah jadi fevret suami dan anak2 pula... sampai licin periuk dikerjakan.. hehehe
08 February 2011
PULUT IKAN MASIN
Pulut tanak gaul kelapa dan ikan masin goreng atau ikan goreng/ikan bilis goreng. Inilah juadah sarapan pagi bagi orang-orang di Pantai Timur. Selain pulut ikan masin, ada juga pulut pagi iaitu pulut yang ditanak dan dicampur dengan nissae (gula kabung/gula melaka), gula pasir pun boleh... lepas tu dimakan dengan kelapa parut.. Wallaweh...Teringat pulak kat kampung halaman... Masa balik kampung minggu lepas, tak sempat nak makan pulut ni. Pagi tadi ternampak kat gerai tepi jalan, terus beli dua kepal. Satu kepal cuma 50 sen. Satu untuk saya, satu lagi untuk suami..
11 November 2010
PULUT IKAN MASIN / PULUT AYAM
Pulut ayam pula, makanan orang2 Thai, dan juga orang2 yang tinggal bersempadan dgn Thailand.. Gabungan pulut, ayam goreng atau ayam panggang, bawang goreng dan sos yang special menambahkan lagi kelazatan pulut ayam.. Resepinya saya post kemudian, sebab nak kena belajar dulu..
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)