Aha... rojak mee special, disediakan oleh Masterchef.. Ummi saya... tengok dia buat, senang je.. cuma goreng2.. goreng telur rebus, kentang rebus dan tauhu. Pastu buatkan kuah kacang atau keledek.. Yang dalam gambar ni, guna keledek rebus yang dilenyek..keledek kuning. Nak bagi yang detail tu rasanya semua orang dah pandai masak kan?? Yang ini pun, Ummi pakai campak2 je.. Keledek kisar campur sedikit air asam jawa, gula melaka, garam secukup rasa. Untuk bumbunya pulak, Ummi tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, udang kering dan belacan yang telah dikisar. Campur semua sekali dan masaklah mengikut pekat dan citarasa yang diinginkan..Kalau nak lebih manis atau pedas, tambah yang mana patut... Kalau nak campurkan kacang pun, boleh campur sekali. Bila nak makan, sediakan mee, goreng2an tadi, hiriskan sedikit timun, salad dan lada hijau atau merah.. Tuangkan kuah.. siap untuk disajikan.. Selamat mencuba..
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
27 April 2012
ROJAK MEE
Aha... rojak mee special, disediakan oleh Masterchef.. Ummi saya... tengok dia buat, senang je.. cuma goreng2.. goreng telur rebus, kentang rebus dan tauhu. Pastu buatkan kuah kacang atau keledek.. Yang dalam gambar ni, guna keledek rebus yang dilenyek..keledek kuning. Nak bagi yang detail tu rasanya semua orang dah pandai masak kan?? Yang ini pun, Ummi pakai campak2 je.. Keledek kisar campur sedikit air asam jawa, gula melaka, garam secukup rasa. Untuk bumbunya pulak, Ummi tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, udang kering dan belacan yang telah dikisar. Campur semua sekali dan masaklah mengikut pekat dan citarasa yang diinginkan..Kalau nak lebih manis atau pedas, tambah yang mana patut... Kalau nak campurkan kacang pun, boleh campur sekali. Bila nak makan, sediakan mee, goreng2an tadi, hiriskan sedikit timun, salad dan lada hijau atau merah.. Tuangkan kuah.. siap untuk disajikan.. Selamat mencuba..
08 November 2011
LAKSA PENANG
10 October 2011
LAKSAM
nilah dia rupa laksam yang belum dipotong
kuah laksam (juga digunakan untuk laksa putih Kelantan)
hidangan pelengkap laksam iaitu ulam-ulaman (petik keliling rumah) dan sambal belacan
Salah satu hidangan yang cukup tersohor di negeri Pantai Timur ialah laksam. Adunan tepung beras yang dikukus dan digulung sebelum dipotong, dimakan dengan kuah ikan bersantan, dilengkapi dengan ulam-ulaman dan juga sambal belacan. Kuah ikan ini juga digunakan dalam penyediaan laksa kelantan atau lebih dikenali dengan laksa kuah putih atau kuah lemak.
28 March 2011
MAKAN SOTO PAK ABU
dah tak sabar nak makan..
Banyak urusan hari ni.. mula dengan urusan tukar sekolah anak.. urusan bank, tukar kad.. pergi Tesco.. beli susu dan pampers anak.. Sedar tak sedar dah 12.30 tengahari.. patut la perut semacam je.. hehehe..Dalam perjalanan balik, singgah kat kedai makan Pak Abu di Kampung Pasir Puteh.. makan mihun soto.. Soto kat situ memang tersohor la... Selain tu ada rojak tauhu.. mee rebus.. tapi segan la nak snap gambar banyak2... pelanggan penuh kat kedai tu..
25 March 2011
MEE SIAM SINGAPORE - RESIPI KAWAN
600 gm mee siam (mihun) yang telah siap direndam hingga lembut, toskan
300 gm taugeh
300 gm udang basah
sedikit udang kering
20 tangkai lada kering
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit belacan
minyak untuk menumis
bahan-bahan untuk kuah
25 tangkai lada kering
1 biji bawang besar
100 gm kacang tanah goreng, ditumbuk
1 cawan santan pekat
1/2 cawan taucu
garam, gula dan air asam jawa
6 cawan air
minyak untuk menumis
Bahan-bahan taburan atas mee
Daun kucai, dihiris halus
Telur rebus
Limau kasturi, dibelah2
Cara-cara membuatnya
Mee
Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, udang kering dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai garing. masukkan udang basah dan garam secukup rasa. Kacau rata2, masukkan mee diakhiri dengan taugeh. Masak seperti memasak mee goreng biasa.
Kuahnya :
Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, udang kering dan belacan. Ketepikan. Santan pekat dimasak sampai menjadi tahi minyak. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sampai garing. Masukkan taucu, garam, gula dan air asam. Masukkan juga kacang tanah goreng. Masak lagi sampai naik minyak. Tambahkan air dan masak lagi sampai mendidih. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk disajikan bersama mihun goreng dan bahan-bahan lain.
Ini satu lagi resipi Mee Siam yang saya jumpa kat Internet. Thanks to Amelia Mustaffa...saya dah translatekan resipi ni ke dalam Bahasa Malaysia..
Bahan-bahan untuk Mihun
400 gm mihun (direndam hingga lembut)
1/4 cawan air
garam secukup rasa
Bahan-bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering
segenggam cili kering
Untuk kuah (dikisar)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cawan udang kering
2 genggam cili kering
1 sudu makan belacan
1 batang serai (dimayang halus)
450gm taucu (diramas2)
1 cawan kacang tanah goreng
2 sudu makan asam jawa (campur sedikit air)
2-3 ketul gula batu
gula secukup rasa
2 liter air untuk kuah
Untuk hiasan/hidangan
3 biji telur rebus
4 keping tauhu goreng, potong kiub kecil
8 ekor udang saiz sedang, dibuang kulit dan rebus sebentar
3 biji limau kasturi, dibelah 2
daun kucai dan daun ketumbar, dihiris halus
Sambal tumis (jika suka)
Cara-cara membuatnya
Mula-mula, sediakan kuah dahulu. Panaskan minyak dan tumiskan serai sampai wangi. Masukkan bahan2 yang dikisar dan kacau sampai garing dan wangi. Masukkan air dan masak sampai mendidih. masukkan taucu, kacang kisar, gula batu dan air asam jawa. Tambahkan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa dan angkat.
Cara menyediakan mihun
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai wangi. Masukkan air, kemudian masukkan mihun. Goreng sampai mihun betul2 masak.
Untuk menghidang
Masukkan mihun goreng ke dalam mangkuk. Taburkan bahan-bahan hiasan dan tuangkan kuah. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
03 March 2011
MEE GORENG BASAH PETRONAS
Petronas juga yang dapat nama.. Ini sebenarnya mee goreng masa lunch tadi.. Order kat Kebayan Petronas, Jalan Gangsa, sebelah ILP Pasir Gudang.. Sebab tu mee goreng ni dapat nama Petronas. Hehehe
MAKAN MEE KAT TESCO
mihun sup special, hubby punya..
Order mee goreng basah special.. yang datang mee ini.. berkuah macam mee hailam...
minum air limau ais.. manis giler...
OK lah.. janji perut tak berbunyi lagi.. perut kenyang, hati pun senang.. hati senang.. wat kerja pun senang.. Lalalala.... Tak cakap camtu, nak cakap camner lagi yek..
12 January 2011
MEE SUP
Teringin nak makan mee sup.. tapi kalau soto pun sedap juga.. Pikir punya pikir, jadi lah kedua-duanya.. Kuah soto, tapi bahan-bahan untuk mee sup.. Amacam? boleh tak?? Kalau ada yang berminat nak mencuba resipi saya, silakan...
MEE SUP SOTO
Untuk satu kg mee kuning atau satu bungkus mihun
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
250gm daging, biar seketul, direbus empuk
4 keping fishcake
Taugeh dan sawi yang dicelur
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang yang dihiris
Lada hijau jeruk (lada hijau dihiris2 dan dicampur cuka serta secubit garam)
Sambal kicap (cili padi, bawang putih dan kicap diblend halus)
Limau nipis atau limau kasturi, untuk airnya
Perencah untuk menumis (dikisar halus)
3 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit kunyit hidup
1 sudu lada hitam
1 sudu ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
Cara-cara
Mula2 panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis sampai garing. Kemudian masukkan ayam dan daging. Kacau rata dan tutup biar bumbu meresap. Kemudian baru ditambah air secukupnya untuk dibuat kuah. Masak hingga mendidih dan ayam empuk. Keluarkan ayam, siat2kan isinya dan masukkan kembali ke dalam kuah. Masukkan juga fishcake yang telah dipotong2. Tambahkan garam secukup rasa. Renehkan kira2 setengah jam sebelum dihidang. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba..
28 December 2010
MEE MAGGI
Dah lama saya tak masak mee segera. Bukan apa, untuk menggalakkan anak2 makan nasi, jadi stok mee segera tak ada dalam almari dapur.. Sekali sekala bolehlaa.. Sebenarnya, mee segera ni jadi pembuka selera nombor satu.. Boleh dimakan bila2 masa saja dan menjadi penyelamat pada waktu2 tenat.. Bukan saja cepat dimasak, tetapi sedap dimakan.
22 December 2010
KUE TIAW GORENG & LADA JERUK
plan nak masak char kuetiaw, tapi banyak bahan takde, so jadilah kuetiaw goreng..
lada jeruk ni, buat pembuka selera, takde lada jeruk, tak kick rasanya...
Preparation last minute, alkisahnya, kuetiaw ni beli semalam.. dah plan nak masak char kue tiaw, tp suami pulak nak makan nasi... tu sebab postpone hari ni.. Kuetiaw goreng yang simple sangat.. dah terlupa plan asal, lepas makan baru teringat...
Bahan-bahan
500gm kuetiaw, basuh dan toskan
sedikit isi udang, fishcake, fishball dan lain2 ikut kegemaran
5 biji bawang putih, diketuk
1 sudu cili kisar
kicap manis, sos tiram dan sos cili
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
2 keping tauhu, digoreng dan dipotong2
2 biji telur
1 mangkuk kecil taugeh
4 pokok kucai, dipotong satu inci
4 helai sawi
2 helai kubis
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, masukkan garam (utk mengelakkan percikan minyak) Kemudian masukkan bawang putih dan tumiskan bawang putih hingga kuning. Kemudian masukkan cili kisar. Bila cili dah garing, masukkan udang, fishcake, fishball, kacau rata hingga udang berubah warna, masukkan sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sawi dan kobis. Kemudian pecahkan telur, kacau sebentar, baru dimasukkan kuetiaw dan kacau rata2. Akhir sekali kucai dan taugeh. Kacau sebentar dan angkat. Hidangkan panas2 dengan lada jeruk.
cara membuat lada jeruk
5 biji lada hijau dipotong2 tapi jangan terlalu tebal atau nipis. boleh dicampurkan dengan cili padi jika suka lebih pedas. Masukkan lada ke dalam mangkuk atau botol kaca. Tuangkan cuka hingga lada tenggelam. Masukkan secubit garam. Seelok2nya lada jeruk disediakan dua jam lebih awal supaya lebih sedap dimakan.
Selamat mencuba.
03 November 2010
MEE GORENG
Mee kuning boleh dimasak pelbagai cara sama ada dijadikan mee sup, mee goreng atau berkuah pekat seperti mee hailam atau mee kungfu.. Malam ni saya nak bercerita pasal mee goreng....
Sebenarnya ada banyak jenis menu mee goreng dengan pelbagai bahan dan perasa.. Ada mee goreng basah, mee goreng kicap, mee goreng seafood, mee goreng tomyam... Banyak lagilah.. Paling popular ialah mee goreng Mamak..
Malam ni pun saya masak mee goreng untuk makan malam.. Husband dan anak2 request mee goreng basah, tp banyak bahan yang takde, so jadilah mee goreng yang simple ini..
MEE GORENG SIMPLE
Bahan-bahan
500 gm mee kuning, dibasuh dibawah aliran air paip utk membuang minyaknya, kemudian toskan.
2 pokok sawi, dipotong2
2 helai kubis, dipotong2
keping tauhu goreng, dipotong2
20 biji fishball
10 ekor udang, buang kulit
2 ekor sotong, dipotong
2 biji telur
2 genggam taugeh
bahan-bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 sudu udang kering
1 sudu lada kisar (boleh ditambah jika ingin lebih pedas)
minyak untuk menumis
sos cili dan sos tomato
kicap
sedikit maggi cukup rasa
untuk hiasan : timun, tomato dan cili merah yang dihiris
Cara Membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing, Masukkan fishball, udang dan juga sotong. Kacau sebentar hingga sotong dan udang masak. Tambah sos cili, sos tomato dan kicap. Pecahkan telur, kacau dan masukkan mee. Akhir sekali campurkan sayur-sayuran dan tauhu goreng. Kacau rata2 hingga masak. Sesuaikan rasa dan angkat. Hiaskan dengan bahan2 hiasan dan sajikan panas2.
nota : dalam resipi mee goreng ini, saya tidak masukkan garam dan serbuk perasa sebab sos, kicap dan maggi cukup rasa mengandungi garam dan serbuk perasa.
Selamat mencuba..
30 September 2010
MEE REBUS JOHOR
Kalau berkunjung ke Johor, tidak lengkap sekiranya tidak menjamah mee rebus johor dan mee jawa. Kedua-dua hidangan mee ini berlainan nama tetapi ramuan yang digunakan tidak banyak perbezaan. Boleh dimakan dikala sarapan, dijadikan hidangan tengahari, petang dan juga malam.. Salah satu yang istimewa ialah mee rebus tulang.. (di dalam gambar ialah mee rebus tulang gearbox kambing, tetapi tidak menggunakan keropok rangup)
Di sini saya sertakan resipi mee rebus yang diolah sendiri, mengikut citarasa sendiri.. setelah mencuba beberapa kali maka terhasillah resipi mee rebus ini..
MEE REBUS TULANG
Bahan-bahan
1kg mee kuning, direndam di dalam air mendidih hingga lembut dan toskan (lalukan di bawah air paip untuk mengelakkan mee melekat)
4 - 5 biji telur rebus atau telur pindang
5 keping tauhu, digoreng dan potong nipis
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah 2 (pilihan)
daun sup dan daun bawang, dihiris halus
5 biji cili hijau, dipotong nipis
5 biji limau kasturi, dibelah 2
RM1.00 bawang goreng
RM1.00 taugeh, buang ekor dan celur dalam air panas
keropok rangup (adunan keropok sepertimana membuat rempeyek atau tumpi, tetapi tidak menggunakan kacang dan digoreng menjadi keropok. Hancurkan ke dalam mee apabila hendak dimakan)
Bahan-bahan untuk kuah
500gm - 1kg tulang gearbox kambing (dicuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air + serai dan halia yang diketuk dan rempah sup bunjut selama 2 jam atau hingga empuk)
500 gm tetel/daging, direbus bersama tulang gearbox kambing
500 gm keledek oren, dikupas, potong dadu dan direbus sampai lembut, kemudian dikisar lumat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
4 sudu besar rempah kari (pilihan sendiri) + air panas
3 sudu besar asam jawa, perah ambil air
1 cawan minyak untuk menumis
bahan-bahan kisar (anggaran, boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut citarasa sendiri)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 senduk taucu (dicuci dan toskan airnya)
1 cm halia
1 cm lengkuas
10 biji cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas
Cara menyediakan kuahnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan pecah minyak. Masukkan rempah kari, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati, masukkan keledek yang dikisar, tetelan atau hirisan daging yang telah direbus dan juga tulang kambing yang direbus beserta air rebusannya.. Masak sampai mendidih dan renehkan setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sesuaikan rasa masam manis dan pedas mengikut citarasa sendiri. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Selamat mencuba.
nota :
Kuah mee rebus ini juga sedap jika menggunakan udang kering atau udang geragau kering dengan cara mengisar udang kering atau udang geragau kering dan dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan tumisan telah garing.
Selamat mencuba
26 September 2010
MEE BANDUNG
Saya belajar memasak mee bandung dengan Kak Ana, iaitu kakak ipar adik saya, orang Muar, Johor.. Resipi yang ringkas dan cukup mudah disediakan, sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.. Nama aje resipi ringkas, tapi sebenarnya banyak persediaan perlu dibuat... tak mengapa, asalkan berbaloi.. Resipi ini boleh diubah suai ikut selera sendiri..
Perencah Mee Bandung (Untuk 1kg Mee Kuning)
20 - 25 tangkai cili kering
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah besar
250gm udang kering (boleh ganti udang geragau untuk save budget, maklumlah udang kering, mahal harganya...)
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis atau secukupnya
bahan2 untuk dikisar berasingan
1 cawan kacang tanah goreng, dikisar jangan terlalu halus
5 keping biskut marie/cream crackers, dikisar halus
cara menyediakan perencah
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar hingga garing, masukkan kacang tanah dan serbuk biskut marie, tambahkan sedikit air, garam secukup rasa dan masak sampai pekat. Gunakan secukup kegunaan.
AIR REBUSAN UNTUK MEE BANDUNG (boleh juga diguna untuk memasak masakan lain)
1kg tulang / gearbox lembu atau kambing
1 kg daging tanpa lemak
Air secukup kegunaan
2 batang serai, dititik
3 inci halia, dititik
1 labu bawang putih
1 sudu lada sulah
Campurkan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga empuk. Daging yang telah empuk dipotong nipis2.
nota : boleh juga gunakan rangka ayam
MEE BANDUNG
Bahan2
Mee kuning secukup kegunaan
Sayur sawi/kobis/bunga kobis dan lain2 dipotong (apa2 sayur yang sesuai)
Buah tomato dan cili merah, dipotong2
air rebusan daging secukup kegunaan
sedikit hirisan daging rebus, kerang, udang hidup, hirisan sotong segar, fish cake, fish ball, ayam dan lain-lain (ikut pilihan sendiri)
bawang putih, diketuk dan minyak untuk menumis
perencah mee bandung secukupnya
Telur secukupnya
garam secukup rasa
Bahan-bahan hiasan
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Daun sup, daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Hirisan cili merah/hijau atau cili jeruk, jika suka
Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan perencah mee bandung, hirisan daging, udang, kerang, sotong, fishball dan fishcake. Kacau hingga udang dan sotong setengah masak, tambahkan air rebusan daging/tulang. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Tambahkan garam secukup rasa dan perencah jika perlu. Sesuaikan rasa, baru dimasukkan mee dan juga sayur-sayuran, pecahkan telur sebiji-sebiji tapi jangan dikacau. Bila telur setengah masak, sendukkan ke dalam mangkuk untuk menghidang. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
Selamat mencuba.. Gambar akan diupload kemudian..
MEE ATAU MIHUN BAKSO
Bebola atau Bakso dalam bahasa Indonesia.. satu lagi juadah yang sangat simple dan sedap.. Sesuai dihidangkan bila-bila masa sahaja.. Boleh dihidangkan dengan mee, mihun atau dimakan dengan nasi.. Juadah ini saya pelajari dari jiran, orang Boyan yang berasal dari Indonesia.. Terima kasih Kak Siah..
MEE /MIHUN BAKSO
1 bungkus bakso sapi (600gm bebola daging)
1 ekor ayam, potong kecil
garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
Bahan-bahan bumbu (dihaluskan)
20 biji bawang merah
2 labu bawang putih
3 inci halia
1 senduk merica bubuk
4-5 biji kemiri
Bahan-bahan hidangan bakso
2 kg mee kuning atau 2 paket mihun
Kubis dihiris halus
Taugeh - jika suka
Daun sup, daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah 2
Sambal cili (cili padi + kacang tanah goreng, ditumbuk halus)
Bahan2 pelengkap bakso (import khas dari Indonesia, kalau susah nak dapat, gunakan aje kicap dan sos kegemaran)
Kicap manis ABC
Sambal cili ABC
Sambal tomat ABC
Cara Menyediakannya
Panaskan minyak dan tumiskan bumbu yang telah dihaluskan sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul rata.. Tunggu hingga ayam kecut dan separuh masak, baru dimasukkan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan garam dan serbuk perasa.. Apabila mendidih, masukkan bebola daging.. Masak hingga bebola timbul, teruskan mereneh selama setengah jam. Sesuaikan rasa dan boleh disajikan dengan mee, mihun atau nasi putih.
nota : kalau nak lagi sedap rasa bakso ni, boleh gunakan air rebusan tulang lembu atau kambing, tambahkan juga udang kering.. terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing..
Selamat mencuba.
11 January 2009
ROJAK MEE
BAHAN-BAHAN
Mee kuning/mihun
Cucur Udang
Cucur tepung
Tauhu Goreng
Tempe Goreng
Telur rebus Goreng
Kentang rebus goreng
Ayam Rebus Goreng
Fishball dan fishcake goreng
Daun salad
Hirisan Timun dan cili hijau
Kuahnya
1kg keledek kuning, direbus dan lenyek hingga halus
250gm kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
Air asam jawa secukup kegunaan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar
1 labu bawang putih
1o biji bawang merah
2o biji cili kering atau ikut citarasa
udang kering secukup kegunaan
Cara Menyediakannya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan air asam jawa, kacang yang telah dikisar dan keledek. Tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Apabila mendidih, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kepekatannya sesuai dengan citarasa. Hidangkan dengan mee dan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan hirisan salad, timun dan cili hijau.
Cara Membuat Cucur Udang
2 cawan Tepung gandum
1 biji telur ayam
Garam, serbuk perasa dan kunyit serbuk
Hirisan halus daun kucai
Taugeh, buang ekor
Tepung dibancuh air secukupnya, jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Campurkan dengan sebiji telur, garam, serbuk perasa dan sedikit kunyit serbuk. Panaskan minyak goreng terendam. Rendamkan 1 senduk hingga betul2 panas. Letakkan sedikit daun kucai dan taugeh ke dalam senduk panas tadi dan masukkan adunan tepung tapi jangan terlalu penuh. Letakkan seekor udang basah dan celupkan kembali ke dalam minyak panas hingga adunan lekang dari senduk. Goreng hingga masak. Ulangi proses hingga habis.
Cara Membuat Cucur Tepung
Bancuh 2 1/2 cawan tepung dengan air secukupnya hingga pekat. Tambahkan sedikit ibu roti, garam dan serbuk perasa. Campurkan juga hirisan bawang besar, cili merah, taugeh dan daun bawang. Peram sebentar hingga adunan naik. Kemudian bolehlah digoreng sesenduk demi sesenduk hingga habis. Hidangkan dengan kuah dan bahan-bahan lain.
Selamat mencuba
05 January 2009
LAKSA PENANG
Dah lama tak makan laksa penang.. Masa sekolah dulu tak pandai masak laksa ni..selalunya beli aje.. Bila dah tamat sekolah, aku ikut abah berhijrah ke Penang.. Dua tahun aku di sana, setiap hari mesti nak pekena laksa... paling tidak bihun sup. Tengahari pula nasi ayam dan malam pula laksa.. atau char kue tiau.. Sesekali ada juga makan nasi campur.. tapi tengok lauk le..Sebab, tekak ni masih tak boleh terima makanan berempah lain.. almaklum sajalah, aku orang Pantai Timur..
Tempat makan yang selalu kami kunjungi selain pasar malam ialah ke gerai Mak Jah kat jalan Akuarium.. Selain nasi campur, nasi ayamnya best, kena lah dengan selera aku.. Ada satu lauk tu, ayam masak sos tomato campur daun pudina, sedap juga.. (Apa nama masakannya aku tak tanyalah pula..) Selang beberapa gerai dari gerai Mak Jah, ada satu kedai jual laksa, pasembur dan cucur udang.. Boleh dikatakan setiap hari kami makan kat warung diorang ni.. Pernah suatu hari pakcik jual laksa tu bagi sepinggan pasemboq dan cucur udang percuma.. sbb kesian tengok aku, asyik makan laksa kalau pergi kat gerai dia.. Boleh tahanlah rasa cucur udang & pasemboq dia.. tapi aku lagi suka makan laksa saja..
Walaubagaimanapun, terima kasih pakcik.. (dah lupa lah namanya) dalam pada tu sempat juga kami belajar masak kuah laksa dari pakcik tu.. tapi tukar resipi laa.. kami ajar dia cara2 masak kuah laksa putih kelantan.. Tapi katanya, dia tak berapa gemar kuah laksa kelantan sebab rasanya muak sedikit...bagi aku, laksa pakcik tu sangat special.. kuahnya pekat dan sesedap rasa.. ulam-ulamanya cukup..tak macam kat tempat-tempat lain, kuahnya pucat dan cair.. Bila dah campur laksa, tawar je.. Itu cerita 20 tahun dulu.. Sekarang dah pandai masak kuah laksa sendiri.. sedap atau tidak, telan aje lah..
LAKSA PENANG
Bahan-bahan untuk kuah
1kg ikan selayang (orang utara panggil ikan sadin) - ikan kembung pun boleh juga.
Ikan direbus dengan asam gelugur dan garam. Toskan airnya dan ketepikan. Kemudian asingkan isi dan tulangnya. Tulang ikan dikisar dan tapis. Isinya dihancurkan. Asam gelugur dikisar separuh hancur.
daun kesum, bunga kantan dibelah 2
2 sudu asam jawa, ambil airnya
garam dan serbuk perasa
air secukupnya untuk kuah
Bahan-bahan kisar
10 biji cili padi + 10 biji cili kering (jika suka lebih pedas, boleh tambah cili)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 batang serai
belacan, sedikit kunyit hidup dan halia
Cara Membuatnya :
Didihkan air rebusan ikan, bahan-bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan air asam jawa. Masukkan juga asam keping yang telah dikisar separuh hancur tadi. Apabila telah mendidih, masukkan isi ikan dan air secukup kegunaan. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Renehkan selama sejam sebelum dihidang. Boleh ditambah petis ke dalam kuah atau dihidang secara berasingan. Hidangkan dengan laksa yang telah direbus dan ramuan pelengkap yang lain.
Nota : Ada setengah orang mencampurkan isi ikan sardin atau tuna (dalam tin) untuk menambah keenakan rasa kuah. Terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing.
Bahan-bahan pelengkap hidangan laksa
Laksa : Lihat peraturan pada paket sebelum memasaknya.
Dihiris halus : Bawang besar, timun, daun salad, bunga kantan, daun selom, pucuk gajus. Daun pudina dipetik sehelai-sehelai. Jika suka, boleh tambah hirisan nenas masak. Bagi yang suka lebih pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi.
Telur rebus, dibelah 2
Petis dicampur sedikit air panas
Limau nipis, dibelah, buang bijinya
Selamat mencuba..