KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label IKAN DARAT. Show all posts
Showing posts with label IKAN DARAT. Show all posts

24 June 2013

GULAI LEMAK IKAN HARUAN DENGAN BUNGA KANTAN DAN PUCUK GELUGUR

Assalamualaikum wbt



Lauk tengah hari semalam.... gulai lemak ikan haruan dengan bunga kantan dan pucuk gelugur... Ummi yang masak.. Memang dah jadi kegemaran Ummi kalau masak gulai ikan darat, mesti nak kena campur pucuk daun gelugur dan bunga kantan.. Kadang2 daun kesum... Okey la kan.. untuk wangikan masakan...

Lagipun bunga kantan dan pucuk gelugur dah memang sentiasa ada kat keliling rumah ni... rumah kampung  la katakan...


Berbalik pada bahan2nya.. Ummi cuma tumbuk lengkuas, sedikit halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.. tak lupa juga sedikit biji ketumbar...itu saja... Dah siap semua, campurkan ke dalam santan dan didihkan....Kemudian masukkan ikan, bunga kantan dan pucuk gelugur.. jangan lupa tambah garam...bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan..  Jangan lupa sediakan sambal belacan, sebab gulai ni tak pedas....

Selamat mencuba...

PECHEL LELE

Assalamualaikum wbt

Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resipi kegemaran keluarga saya... pechel lele.. iaitu pechel ikan keli..... Masakan orang jawa.. tapi orang Terengganu pun suka makan tau... jangan marah!!

Masaknya pun mudah.. ikan keli yang dibersihkan dan dikelar2.. Kemudian digaul garam kunyit dan dibakar sampai masak... (nak goreng pun boleh).

Untuk menyediakan kuahnya, isi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk lumat dan dicampur ke dalam santan pekat.. Tambah asam keping dan garam secukup rasa.  masak sampai mendidih..  Campurkan hirisan daun cekur ke dalam kuah. Siramkan ke atas ikan keli yang telah dibakar tadi... Siap!!

nota : selain ikan keli, ikan pari atau ayam pun boleh dimasak dengan cara begini.. tapi jgn panggil pechel lele tau.. lele tu untuk ikan keli aja.. 

Selamat mencuba...

28 October 2012

SINGGANG PEDAS IKAN DARAT

Assalamualaikum wbt.

Ikan puyu ni adalah hasil pancing sibujang sulung... Beliau memang suka mancing.. kalau dapat ikan, lagi la dia suka... Jenuh gak nak menyiang, ikannya dah le kecik2.. banyak sisik pulak.. tapi untuk tidak menghampakan, masak la jugak... Ye la, sesekali kena layan juga minat anak2... Selepas aktiviti menyiang, ikan puyu ni nak kena gaulkan dengan abu dapur dan daun senduduk yang diramas2.. tujuannya adalah untuk membuang lendir dan hanyir ikan.  Lepas tu, dicuci bersih dan digaul dengan perahan asam limau sebelum dicuci sekali lagi...

Di sini, saya kongsikan resipi singgang pedas ikan darat... kalau orang luar sebut asam rebus.. tapi ada sedikit perbezaan dari segi bahan2nya...

Bahan2
ikan darat (puyu, haruan dan terbo)
daun kesum
Asam keping buah kandis (rasanya manis2 sedikit)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

bahan2 tumbuk
sedikit lengkuas, halia, kunyit hidup dan ketumbar biji
bawang putih dan bawang merah
cili kering

Cara
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya.  Campurkan asam keping kandis dan didihkan.  Dah didih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.  Akhir sekali masukkan daun kesum.  Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba..