KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

10 November 2012

GULAI KUNING IKAN

Assalamualaikum wbt.

Satu lagi hidangan tradisional orang2 Kelantan dan Terengganu iaitu gulai kuning.  Gulai ini tidak pedas dan biasa disajikan dengan nasi putih atau dikenali dengan nama nasi berlauk.  Gulai kuning ini juga boleh dihidang dengan nasi dagang. 
Ikan yang menjadi pilihan biasanya ikan tongkol, tenggiri, selar, kembung, kerisi dan juga selar kuning.  Kali ni, saya gunakan ikan uji rashid atau ikan lolong.  Kebetulan pagi tadi, saya pergi ke komplek pendaratan ikan LKIM, Kuala Besut untuk membeli ikan bagi membuat inti karipap... Saya dapat ikan lolong yang masih segar, baru dibawa turun dari bot..

Kalau nasi berlauk untuk sarapan pagi, cuma perlu nasi putih, ulam timun dan sambal belacan.  Kalau untuk hidangan tengahari, tambahkan pelengkap hidangan yang lain seperti sayur goreng, ikan goreng, ulam2an rebus dan juga budu... Memang maveles, makan tak ingat dah.....

Untuk nasi dagang, gulai kuning dicampakkan ciliapi ke dalamnya.. dan untuk lebih sedap lagi... buat sambal kerisik.  

GULAI KUNING IKAN LOLONG

1.5 kg ikan lolong atau uji rashid
3 keping asam gelugur
3 biji lada merah dan hijau
garam secukup rasa
santan pekat dua biji kelapa

bahan2 kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 inci kunyit hidup
segenggam ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Memasak

Campurkan santan dengan bahan2 kisar dan juga asam gelugur dan didihkan.  Sementara mendidih, hendaklah dikacau selalu supaya tidak meruap.  Setelah mendidih, masukkan garam dan ikan.  Masak lagi sampai ikan masak.  Sekali sekala, hendaklah dikacau supaya kuah pekat sekata, tidak berasingan bumbu dan air... Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

01 November 2012

GULAI SINGGANG IKAN AJI-AJI

Assalamualaikum wbt...
 
Masih dalam mood raya haji.. banyak sangat makan daging... kepala pula dan rasa pening.. sakit tengkuk.. hmmm... kena tukar menu hari ni.. Nasib baik ada ikan aji2 kat dalam freezer... Boleh la masak singgang...
Ikan aji2 ni memang sedap dimasak gulai singgang atau singgang... Sebenarnya abah saya yang selalu dok sebut gulai singgang... sebab dia memang suka ikan singgang ni... Tapi abah tak suka kalau lauk ni dimakan terus sebaik saja dimasak.. dia lebih suka lauk singgang yang dimasak pagi, makannya tengahari... Lepas tu, ada pulak sambal belacan dan ulam-ulam... Selain masak singgang, ikan ni boleh juga digoreng, dimasak kari, masak sweet sour dan lain2..

Di sini sharekan resipi masak gulai singgang ni...macam biasa je.. macam masak singgang tongkol... Hiris2, campak2.. Mendidih, tutup api...

Okey, ini resipinya

1 ekor ikan aji2, berat lbh kurang 1kg
1 inci lengkuas, hiris
1 inci kunyit, hiris
1 labu bawang putih,diketuk
1 sudu ketumbar, ditumbuk
garam dan serbuk perasa (jika suka)
Cili padi atau lada merah, sebiji2
Air secukupnya
4 keping asam gelugur 

Cara :
Dalam periuk, masukkan air campakkan bahan2 hiris, ketumbar, asam keping dan garam.  Bila mendidih, masukkan ikan.  Bila ikan dah masak,  kecilkan api dan renehkan selama setengah jam.  Akhir sekali campakkan lada merah atau cili padi sebiji2.. Bila cili nampak dah layu, boleh lah diangkat dan dihidangkan. 

Untuk pelengkap hidangan, sediakan sayur goreng, ikan goreng, ulam2an dan sambal belacan atau budu... Insya allah, kalau makan tak toleh belakang..

Selamat mencuba..

10 July 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum wbt..
Request dari encik hubby, nak makan lauk asam pedas ikan pari.. yang ada cuma ikan pari berbintik-bintik.. Isinya warna kebiru-biruan.. Ingatkan isi ikan dah busuk, rupa2nya memang macam tu isinya.. Kata abah, ikan pari ni yang paling sedap isinya.. dipanggil ikan pari lang..harganya agak mahal berbanding pari biasa atau pari tuka.. Alhamdulillah, sedap juga asam pedas ikan pari digandingkan sambal kerang campur petai, ikan selayang bakar tawar dan juga budu yang dicecah ulam-ulaman. Lengkap lah sudah hidangan makan tengahari kami sekeluarga.. Alhamdulillah..
macam-macam jenis ulam.. ada petai, daun kemangi, daun salad, bunga kantan dan timun..
Hidangan tengahari kami yang simple..

24 May 2012

IKAN REBUS MASAK PEDAS

Assalamualaikum wbt..
Satu lagi menu kegemaran keluarga saya dari dulu sampai sekarang. Ikan aya rebus masak pedas..(untuk resipi ikan rebus, sila lihat entry sebelum ni..Ikan tongkol (ikan lain pun boleh..) yang siap direbus..digoreng dan dimasak sambal..tidak terlalu pedas..tapi kami panggil ikan masak pedas..Sama seperti masak sambal lain, cuma tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering sampai garing.. Kemudian tambah gula sedikit biar naik minyak. Masukkan air secukupnya dan masak sampai mendidih.. Baru dimasukkan ikan rebus yang telah siap digoreng.. Tak perlu tambah air asam sebab ikan rebus dan cukup rasa masam masinnya.. Masak sampai pekat..Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar.. Selamat mencuba..

22 May 2012

IKAN REBUS GORENG

Tak susah mana pun nak buat ikan rebus ni.. Sebelum ni pun saya dah pernah ceritakan perihal ikan rebus ni atau dalam loghat Kelantan dipanggil Kkering Gare.. atau lebih dikenali dengan nama ikan kukus..Nama je ikan kukus, tapi sebenarnya dimasak dengan teknik merebus atau pindang kering. Tak semua jenis ikan yang sesuai untuk direbus. Ikan aya atau tongkol, selayang, selar, lolong dan biji nangka sesuailah.. Caranya cukup mudah...ikan yang telah siap disiang dan dibersihkan disusun ke dalam periuk. Taburkan garam dan asam keping selapis demi selapis.. Agak2 la jangan sampai terlebih masin. Jika suka, boleh ditambahkan hirisan bawang putih dan halia. Ada orang suka tambahkan gula atau gula melaka.. Terpulanglah ya.. ikut selera masing-masing. Akhir sekali, tambahkan sedikit air..tapi jangan sampai tenggelam.....Jika menggunakan ikan tongkol,tambahkan sesudu makan cuka..untuk memejalkan isi ikan...Kemudian masak atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, buka sedikit tutup periuk dan kecilkan api dapur.. masak lagi sampai kering... Ikan yang telah direbus boleh dibuat serunding, digoreng, dibuat gulai, dimasak sambal dan dicampur ke dalam masak sayur lemak, sayur pedas, dan lain-lain... Dan boleh juga dimakan begitu saja dengan nasi dan sambal belacan.. Untuk menyediakan ikan rebus goreng yang sedap... gorengkan juga bawang besar dan lada hidup atau cili padi yang dihiris hingga garing.. Taburkan ke atas ikan rebus yang telah digoreng.. Selamat mencuba..

08 May 2012

IKAN KAKAP MASAK BERASA-RASA

Assalamulaikum wbt..
Ikan kakap ni pun pemberian Mak Uteh juga.. Walaupun saiznya kecik tapi masih segar... Saya gunakan bahan yang sedia ada kat dalam peti ais. Nak kata masak masam manis, tak juga sebab macam2 rasa ada kat dalam kuah tu.. Nak bagi nama masak tiga rasa, nanti orang kat kedai tom yam tu marah pulak.. sebab cara masak tak sama.. agaknya lah.. hehe... Itu sebab saya bagi nama masak berasa-rasa. Janji anak2 dan suami suka makan... Mula-mula saya gorengkan ikan kakap yang telah siap digaul garam kunyit hingga garing, letak kat dalam pinggan hidang. Keluarkan minyak yang berlebihan dan tinggalkan sedikit saja untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia yang dimayang hingga kekuningan, masukkan cili serbuk. Kacau2 supaya agak garing, kemudian tambahkan sedikit air, sos nampla, sos cili dan sos tomato, sedikit jus limau dan gula. Akhir sekali, tambahkan potongan bawang besar, cili merah dan hirisan daun limau purut. Kemudian, bolehlah rasa sedikit untuk pastikan kena dengan selera. Kalau dah ok, siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

IKAN PULUTAN MASAK TEMPOYAK

Assalamualaikum wbt
Malam ni makan malam berlaukkan ikan masak tempoyak. Bukan ikan patin ye, tapi ikan pulutan iaitu spesis ikan mayong, duri dan juga baung...pemberian Mak Uteh, sepupu Ummi merangkap Mak Sepupu saya....ketika kami berkunjung ke rumah beliau petamg semalam. Bukan ikan ni aje, tapi juga ikan kakap (siakap) dan ikan pulutan mambar (belum cukup kering).
Ada bermacam2 versi masak tempoyak, tapi saya rasa resipi ni yang paling mudah dan sedap. Lagi pula cepat disediakan sebab masakan ni tak menggunakan bawang. Cuma tumbukkan cili padi dengan kunyit hidup hingga lumat dan campakkan ke dalam periuk. Campurkan tempoyak dan tambahkan air secukupnya. Tambahkan juga asam keping jika tempoyak tidak cukup masam. Kemudian didihkan, baru dimasukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong2 juga garam secukup rasa. Agak2 ikan dah hampir masak, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila ikan dah masak, sesuaikan rasanya dan bolehlah dipadamkan api sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

01 May 2012

ASAM PEDAS IKAN PARANG, KANGKUNG GORENG

Assalamualaikum wbt... Selamat menyambut hari pekerja kepada mereka yang bekerja.. Dah lama saya tak masak.. asyik makan kat luar jer.. Hari ni, cuti hari pekerja.. Ingat nak rehat2 je.. tiba-tiba pagi tadi dapat mesej dari sepupu...bapa saudara masuk hospital HUSM.. sakit darah tinggi.. Nak pegi melawat, takkan nak bawak anak2 kan.. buat kecoh je.. jadi kena la masak dulu.. Kebetulan ada ikan parang, jadi saya masak asam pedas, pastu ada sekeping dada ayam, saya buat masak halia campur kicap dan kacang panjang.. kemudian goreng sayur kangkung.. Dah ready semua, nasi, lauk pauk siap hidang.. buat kordial mangga.. boleh la tinggalkan anak-anak dengan nenek.. Asam pedas ni resipi kawan tempat kerja dulu.. first time cuba masak cara gini..
Bahan-bahannya Ikan parang, siap potong 1 biji terung, dibelah 4 2 biji tomato, dibelah 4 2 biji bendi, dipotong2 - saya tak letak minyak untuk menumis air asam jawa secukupnya garam secukup rasa daun kesum (saya tak letak sbb hubby tak suka) daun limau purut Bahan-bahan kisar 2 labu bawang bombay sedikit halia dan kunyit hidup 2 biji buah keras 1 batang serai 3 biji cili merah 3 sudu cili serbuk (saya guna cili serbuk sebab nak cepat - lagi sedap kalau guna cili kering) Cara : Mula2 tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan air asam jawa + air secukupnya untuk kuah. Bila mendidih, masukkan ikan. Bila ikan dah masak, campurkan terung dan tomato. Tambah garam secukup rasa. Bila terung dan tomato dah layu, bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan. Biasanya hidangaan asam pedas ni lebih sedap kalau dimasak lebih awal.. Perangatkan dulu, sebelum makan.. Untuk resipi kangkung goreng ni pulak, cuma hiriskan bawang putih, bawang merah, cili merah dan tumiskan bersama sedikit ikan bilis. Bila dah garing, campurkan garam dan masukkan sayur kangkung.. Tutup kuali sebentar, biar sayur layu. Buka penutupnya dan kacau rata.. Siap untuk disajikan..
Sayur kangkung ni sedap kalau dimasak kangkung belacan atau ikan masin. Tambah le udang atau sotong.. baru ada Umpph.... Selamat mencuba..

27 April 2012

IKAN BAKAR BERSAMBAL

Saya sebenarnya tak gemar sangat makan ikan bakar yang dah campur dengan sambal ni. Selalu dok makan ikan bakar tawar ataupun ikan bakar garam kunyit jer..dicecah air asam atau sambal belacan cair.. Memang sedap giler dah.. Makan nasi pun boleh bertambah2.. Itu selera zaman bujang2 dulu.. Hanya air tangan Ummi yang saya suka... Tapi bila berhijrah ke negeri orang, macam2 style ikan bakar yang saya jumpa.. nak tak nak kenalah cuba juga... Ada juga belajar buat perencah sendiri dengan kawan-kawan atau sedara mara belah suami.. Bila dah tau, ubahsuai la sedikit ikut selera sendiri... Dalam gambar ni, saya bakar ikan kat kuali leper je.. Perencah ikan bakar ni ikut resipi kawan facebook.. Fara Rafi.. thank you Fara... akak nak kongsi resipi Fara kat sini ye.. bahan-bahannya mudah.. cuma diperlukan bunga kantan, daun kesum (kisar dan ketepikan) Kemudian kisar cili kering, cili padi, bawang2, serai, lengkuas, kunyit dan halia. Tumiskan guna minyak yang agak banyak..Campurkan dengan bunga kantan dan daun kesum, air asam jawa, garam dan gula melaka.. Kena masak lama atas api kecil. 3-4 jam supaya dapat tahan lama.. Lepas tu boleh gunakan untuk memasak ikan bakar.. Lebihnya simpan kat peti ais.. Cara menyediakan ikan bakar, gaulkan ikan dengan perencah secukup kegunaan dan bungkus dalam daun pisang atau aluminium foil.. kemudian boleh dibakar guna kuali, oven atau microwave.. Nak lagi sedap, gunakan dapur arang.. Baru real bau ikan bakar.. Selamat mencuba..

21 March 2012

SINGGANG ASAM PEDAS IKAN BULAN



Tak tau kat negeri lain dipanggil ikan apa ye.. Ikan ni jenis banyak tulang, bersisik dan rasanya lemak..Saiznya pun besar2 la juga... tp tak sebesar ikan merah atau tenggiri.. yang saya beli ni cuma satu kg seekor dan harganya pun amat murah..

04 December 2011

GULAI IKAN TONGKOL CAMPUR TIMUN



Ni saje je tepek gambar, resipi dah ada dalam entry sebelum ni. Cuma ada ditambah potongan timun diakhir masakan. Bila timun dah setengah masak, bolehle padamkan api.. (Taruk kacang panjang dan buah tomato atau belimbing buluh pun sedap juga...)

Gulai ni sedap dan sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi dagang atau pulut kuning. Nak buat cecah roti atau roti canai pun boleh.. Pandai2 lah nak tambah apa yang patut masa menghidang.

Kalau nak cerita pasal gulai ikan tongkol ni, satu hari tak cukup.... sebab macam2 cara orang nak menikmati gulai ikan ni...Bagi saya yang sentiasa sibuk ni, kalau ada gulai ni dihidang dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam2 timun, kobis atau kacang panjang, dah cukup dah.. Kalau ada sambal belacan lada kering, lagiiii sedap!! Dah jadi nasi berlauk..

Kalau nak hidang dengan nasi dagang, mesti ada acar dan juga sambal nyior.. Nasi dagang tu lebih sedap kalau gunakan beras dagang (beras khas utk nasi dagang, berwarna perang. Kalau dihidang dengan pulut kuning, ada acar dah cukup..

Tapi, jangan nak ikut selera saya ye.. ikut selera sendiri lah ye.. lain orang, lain citarasanya..

Selamat mencuba..

25 November 2011

GULAI IKAN MASIN CAMPUR PUCUK UBI



Ini lauk fevret abah dan seisi keluarga. Gulai pucuk ubi kayu campur ikan masin. Kalau ada lauk ni, abah makan tak ingat penyakit dah.. sebab tu Ummi tak nak masak lauk ni, kesian kat abah.. Tapi hari ni, atas permintaan anakandanya ni, Ummi masakkan lah juga...

Resipi lauk ni dah pernah saya postkan sebelum ni. Tapi takpe, saya tuliskan sekali lagi.. mungkin yang sebelum ni, lain kot..

GULAI PUCUK UBI IKAN MASIN

Bahan2
8 ekor ikan masin gelama (rendam air garam, untuk membuang masinnya)
Pucuk ubi, petik daunnya sahaja dan simpul2kan - ikut sukalah nak banyak mana
2-3 keping asam gelugur
santan satu biji kelapa - asingkan santan pekat dan cair secukup kegunaan
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam dan serbuk perasa jika perlu

Bahan-bahan kisar
10 tangkai cili kering - kalau tak suka pedas, boleh ditiadakan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit kunyit, lengkuas dan halia
1 genggam ketumbar

Cara2
Campur bahan2 kisar dengan santan cair, serbuk kari dan asam gelugur dan masak sampai mendidih dan pecah minyak. Masukkan ikan masin, tunggu hingga ikan masak, baru dicampurkan pucuk ubi dan santan pekat. Masak lagi sampai pucuk ubi lembut. Jika suka, tambahkan sedikit serbuk perasa. Sesuaikan rasa, baru boleh diangkat dan dihidangkan.

nota : sebelum tambah garam, rasa dulu kuahnya.. sebab ikan masin tu dah masin..

Selamat mencuba.

23 November 2011

SINGGANG ASAM PEDAS IKAN PULUTAN



Ikan pulutan ni spesis ikan duri atau mayong. Rupanya pun sama je.. tapi kata Ummi ada bezanya, tengok pada warna dan juga siripnya.. Kata Ummi, ikan ni sedap dimasak gulai lemak cili api campur pucuk daun gelugur. Oleh kerana stok santan dah kehabisan, saya cuma masak singgang asam pedas campur daun kesum. Di tempat saya, dipanggil singgang asam pedas, tempat lain mungkin dipanggil asam rebus walaupun ada sedikit perbezaan bahan2 yang digunakan.

Sedap juga.. takde beza rasanya antara ikan duri atau ikan mayong..

Bahan2
1 ekor ikan pulutan (anggaran sekilo)
secekak daun kesum
3 -4 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Bahan2 kisar
10 tangkai lada kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai

Cara2

Campur bahan2 kisar dengan air secukupnya dan didihkan. Masukkan asam keping dan juga ikan. Bila ikan dah masak, tambah garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

07 November 2011

KERISI GORENG BELAH BELAKANG



Musim2 hujan ni kalau makan nasi putih dengan ikan goreng panas2 memang sedap. Kali ni ikan kerisi belah belakang, tak perlu buang sisik, cuma belah belakang dan keluarkan isi perutnya. Dah cuci bersih, lumurkan garam kunyit. Gorenglah sampai garing.

Ikan kerisi goreng belah belakang ni cuma boleh dapat kat Terengganu atau Kelantan je.. Goreng dengan sisik2nya sekali.. Orang negeri lain mungkin tak tahu, sisik ikan kerisi goreng ni sedap terutamanya jika dimakan semasa masih panas...

Selamat mencuba..

01 November 2011

KARI IKAN BARAT


Saya tak tahu apa nama komersil untuk ikan ni, tapi kata Ummi dipanggil ikan "bbarat" dalam loghat Kelantan.. Cuma sedap dimasak kari. Kalau tengok pada rupanya, macam ikan jebon atau ikan ayam2, cuma takde kulit keras macam ikan ayam.

Oleh kerana, cuma sedap dimasak kari.... saya pun masak kari lah.. Saya campurkan beberapa biji belimbing buluh dalam masak kari ni.. Sedap juga. Saya ni bukan lah pandai sangat masak kari ni, cuma rajin dok bertanya kawan2.. menjadilah kot lauk kari saya...

Bahan2
3 ekor ikan Bbarat, anggaran 1 1/2kg, dipotong 3
satu cawan pati santan + air secukupnya
air asam jawa
1 sudu rempah campur (halba, biji sawi, ketumbar, jintan putih dan jintan manis)
1 sudu makan serbuk cili
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

2 bungkus rempah kari Adabi (pek kecil) + air panas
3 biji buah tomato, dibelah 4
3 biji belimbing buluh

bahan2 kisar
3 ulas bawang putih
2 biji bawang bombay besar
1 inci halia

bahan2 dimayang halus
sedikit halia, bawang putih dan bawang merah

Cara2
Panaskan minyak, tumiskan rempah campur hingga naik bau. Masukkan bahan2 mayang dan goreng sampai kuning. Kemudian masukkan bahan2 kisar, cili serbuk dan rempah kari yang telah dicampur air panas. Kecilkan api, tumiskan hingga naik minyak dan rempah garing. Kemudian campur air asam jawa diikuti santan secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan belimbing buluh. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Selamat mencuba.

24 October 2011

IKAN AYA SINGGANG



Resipi sihat dan berkhasiat. Mmmm memang maveles...Seisi keluarga saya suka, terutamanya sikecil saya..

Kali ini, masak singgang ikan aya hitam.. Isinya lembut dan sedap. Masak singgang ni mudah je, cuma hiriskan lengkuas, sedikit kunyit hidup dan bawang putih. Rebuskan bahan-bahan hiris dengan asam keping dan sedikit ketumbar biji. Bila mendidih, masukkan ikan, garam secukup dan sedikit serbuk perasa. Akhir sekali campakkan cili padi dan lada hidup. Kecilkan api, renehkan beberapa ketika sebelum dihidangkan. Mudah bukan??

Kalau makan lauk singgang ni, pelengkap hidangan ialah sambal belacan atau budu dan juga ulam-ulaman. Tak kiralah, ulam-ulam yang dimakan mentah ataupun direbus. Pendek kata, makan nasi pun tak sedar bertambah tiga pinggan.. Jadi kalau makan tu, berpada2 lah ya.. Habis diet nanti!!

IKAN AYA GORENG KUNYIT



Resipinya tak payahlah saya kongsi kat sini.. semua ada cara masing2 nak masak ikan goreng.. Jadi, tengok gambar je lah ya..

28 March 2011

SAMBAL TUMIS IKAN AYA , SAYUR GORENG DAN IKAN PEKASAM


ikan aya...masak sambal tumis..


ni je yg ada serba sikit... campur sekali.. goreng rencah udang kering je.


ikan pekasam... goreng campur cili padi dn bawang..

Sambil kemas2... luangkan masa, masak kejap.. perabihkan stok lauk pauk yang ada.. Tinggal dua hari je lagi.. Lepas tu, good bye la Pasir Gudang.. Goodbye Johor... Kalau ada kesempatan..datang sebagai pelawat.. hehehe

26 March 2011

IKAN SELAR SAMBAL LIMAU PURUT & SUP TAUHU DAN KEKACANG



Hari ni, masak simple2 saja.. Sebab tengah sibuk mengemas rumah.. Tinggal beberapa hari saja lagi.. Tapi masih banyak yang belum siap.. Aduhai... cukup masa, perut mintak diisi.. Mau tak mau, kena masak juga..

IKAN SELAR SAMBAL LIMAU PURUT
Bahan-bahan
4 ekor ikan selar, digaul garam kunyit dan goreng garing
4 helai daun limau purut
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit kunyit dan halia
1 biji buah keras
2 sudu cili kisar
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Cara2 membuatnya
Bawang putih, bawang besar, halia, kunyit dan buah keras dikisar halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan cili kisar, kacau lagi sampai garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Tambah sedikit air dan masukkan ikan serta daun limau purut. Masak sampai pekat dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.

SUP TAUHU CAMPUR KEKACANG

Bahan-bahan
2 keping tauhu, dipotong dadu kecil
6 batang kacang panjang, potong serong
1/2 batang lobak merah, potong bentuk bunga
1 biji kentang, potong dadu panjang
sedikit suhun dan fucuk yang telah direndam
sedikit daun sup dan daun bawang yang dimayang halus
1 biji cili hijau, dihiris halus
1 biji telur
1 kiub pati ayam Knorr
minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dan bawang putih yang dimayang

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang2 yang dimayang hingga kuning. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan campur sekali kentang dan lobak merah. Bila kentang empuk, campur semua bahan satu persatu. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba..

24 March 2011

SINGGANG IKAN AYA, TELUR MASAK KICAP


ikan singgang, versi Terengganu.. masak hari2 pun tak jemu.. Bahan-bahan pun mudah saja, janji ada lengkuas, kunyit basah, bawang putih, bawang merah, asam keping dan ketumbar biji.. Semuanya dihiris2 dan rebus.. Tambah garam secukup rasa..Campakkan lada hidup dan cili padi sebiji2.


kuah lebihan masak kicap semalam... taruk telur rebus...

Menu petang ni.. merangkap makan malam.. Menu biasa orang kampung seperti saya.. yang mudah dan ringkas.. Resipi yang biasa, semua bahan ada kat dapur.. semua orang boleh buat.. Yummy..yummy..

Selamat mencuba...