KAWAN-KAWAN SAYA

23 October 2010

GULAI PARU, TAUGEH GORENG DAN SAMBAL BELACAN NENAS





Tengahari tadi, cuma masak gulai paru + tulang, taugeh goreng campur tauhu, sambal belacan dan ulam timun aje..  Paru dan tulang, telah lama tersimpan kat dalam freezer, dah siap gaul rempah2, tinggal tumiskan lada dan tambahkan santan sahaja.. Jadi kerja2 memasak lebih pantas..


GULAI PARU + TULANG

Bahan-bahan

1/2 kg paru, dipotong2

1/2 kg tulang (beli yang dah siap potong)

4 sudu rempah kari

1 batang serai, diketuk

Bahan-bahan kisar

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu ketumbar


Bahan-bahan lain

2 keping asam gelugur

1 sudu kerisik

garam dan serbuk perasa

Santan secukup kegunaaan


Bahan-bahan untuk menumis

2 sudu lada kisar

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)

3 biji bawang merah, dimayang halus

2 biji bawang putih, dimayang halus

1cm halia, dimayang halus

minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan paru dengan bahan-bahan kisar, rempah kari dan serai.  Masukkan dalam periuk dan masak sampai kering airnya.  Kemudian tambah lagi air, dan masak sampai paru empuk. Tambah santan, garam, asam gelugur dan akhir sekali kerisik.  

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga garing. Campurkan ke dalam periuk gulai tadi, dan kacau rata2.  Sesuaikan rasa dan angkat.  Hidangkan dengan nasi putih, roti dan lain-lain.

TAUGEH GORENG

Bahan-bahan 

50 sen taugeh

1/2 batang karot

50 sen kucai, dipotong (saya tak taruk sebab anak2 tak suka)

2 keping tauhu, potong 4 dan goreng

sedikit maggi cukup rasa

segenggam udang kering, direndam (gantikan dengan udang hidup, lagi syiokkk)

1 biji lada hijau, dihiris

minyak untuk menumis

2 biji bawang merah

1 biji bawang putihCara :  

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.  Masukkan tauhu dan maggi cukup rasa.  Tambah sedikit air.  Akhir sekali, masukkan taugeh, karot dan cili hijau.  Kacau sebentar dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL BELACAN NENAS

Tumbukkan 10 biji cili padi, 1/4 sudu teh garam, 1 sudu besar gula dan 1 sudu belacan.  Bila telah lumat, masukkan 1 potong nenas yang telah dicincang halus.  Perahkan sebiji limau nipis. Gaul rata2 dan keluarkan dari lesung.  Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan ulam-ulaman.

1 comment:

  1. sedapnya sambal belacan nenas tu..nanti saya nak cuba

    ReplyDelete