KAWAN-KAWAN SAYA

14 October 2010

SUP TULANG MERAH a.k.a BONE STEAK

Hidangan malam ni, bone steak.. & telur dadar sahaja.. Resipi bone steak ni sumbangan rakan facebook kt Kongsi Resipi.. plus resepi Puan Zailina Nordin & resipi Cik Mat Gebu... tengok dalam gambar macam best aje.. tu yang tak sabar2 tunggu nak masak. Pagi tadi sebelum pergi kerja, dah rebuskan gearbox kambing ni awal2.. hampir 2 jam barulah empuk betul..

Balik dari kerja, tinggal kerja2 menumis aje sambil masak nasi dan goreng telur dadar.. Sebenarnya tak berapa ingat resipi ni, sbb petang tadi, nak cari balik kt facebook, line internet problem.. Penyudahnya, main agak2 jer laa.. Nanti saya akan tulis resipi yang betul2 nya... OK

Bahan-bahan
6 ketul tulang gearbox kambing, dicuci dan direbus dengan halia, serai dan bawang putih hingga empuk + 2 sup bunjut
1 tin kecil tomato puree
2 biji tomato, dipotong baji
1/2 biji keledek, sederhana dipotong kiub
1 batang karot, dipotong baji (saya tak taruk!!)
2 biji kentang, dibelah 4 (pun saya tak taruk..)
sedikit rempah ketumbar dan jintan yang dikisar halus
sedikit lada hitam yang ditumbuk
garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 biji telur ayam, dipukul (saya tak taruk)

bahan-bahan untuk hiasan
daun sup dan daun bawang, dihiris halus (resipi asal guna daun ketumbar dan daun pudina)
bawang goreng
cili hijau yang dihiris
sedikit kobis dimayang
limau nipis, dibelah2 untuk diperah airnya

bahan-bahan untuk menumis (dikisar halus)
4 biji bawang bombay
1 labu bawang putih
1 inci halia
20 biji cili kering
minyak untuk menumis

Caranya
Didihkan gearbox yang telah direbus tadi, campakkan kiub keledek. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing. Campurkan ke dalam rebusan tadi. Renehkan sampai keledek separuh hancur. Tambah garam, lada hitam, tomato puree serta serbuk perasa. Jangan lupa buah tomato, karot dan kentang. Teruskan mereneh hingga kuahnya pekat dan sesuai rasa. Masukkan telur yang telah dipukul, kacau rata2.. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan bahan-bahan hiasan. Boleh dihidangkan dengan nasi, roti atau spagetti.

No comments:

Post a Comment