KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

03 November 2012

KURMA AYAM

Assalamualaikum wbt...

Ada seorang sahabat tanya saya... Kak.... cmner nak masak lauk kurma ayam... saya pun cakap la... lebih kurang mcm masak kari gak.. tapi, gunakan serbuk rempah kurma.. pastu...guna susu cair..  kalau xde susu cair, letak sntan pun boleh.. bahan2 lain tu sama je dgn masak kari.. Cuma, lauk kurma kena masak biar pekat sedikit... baru lah sedap...
Dalam masa yang sama, saya berikan juga bahan2.. ya lah, orang nak belajar.... cakap lebih kurang... nanti tak faham.. dia cakap, tq kak.. kacang je ni..

Tup... tup...satu hari, sahabat saya ni masak la kurma ayam....Tiba2 dia call saya... Kak, nape lauk kurma ayam saya tak sedap?  tak macam akak punya? akak bagi resipi tak betul eh??? Pulak dah, kita lak yang disalahkan...  Ok, baik sini seketul, biar akak rasa, mana yang tak kena.... So, petang tu.. dia bawakkan saya semangkuk lauk kurma yang dia masak..

Ni dia kak..  saya tengok apa yang dikatanya lauk kurma yg dia masak dalam mangkuk tu.. ayam..saya rasa sikit...  cuma rasa rempah.. tawar heber...pstu, saya tanya balik?  nko guna susu cair ke santan?  dia cakap.. saya tak letak dua2 tu. just guna rempah je.. tumis minyak sikit je..  kerisik pun tak tarok...tapi saya guna rempah kurma yg macam akak cakap....  naik angin saya dibuatnya.. dah memang terang2 dia tak ikut resipi...tp kita yang dipersalahkan???

 
okey.. kita tutup je la citer tu..  x guna kita bagi resipi bagus2..  kalau dia dah macam tu.. masak ikut kepala sendiri, pastu nk kompleh orang...heheh..  Resipi kurma ayam saya macam ni....

KURMA AYAM (bahan2 agak2 je.. semua kat sini dah terror masak ye..x susah sangat rasanya)

bahan A
1 ekor ayam, dipotong2
2 biji kentang, belah 4
2 tomato, dibelah 4
2 biji lada merah/hijau, dikerat 2 atau biarkan sebiji
1 biji bawang besar dibelah 4

1 tin susu cair atau santan secukup kegunaan
satu sudu makan kerisik
1/2 yoghurt tanpa perisa + air limau nipis
1 sudu tomato puree
 sedikit daun ketumbar dan pudina
garam gula secukup rasa

4 sudu rempah kurma - saya guna cap Adabi, bancuh air panas
rempah tumis 4 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang dan pelaga)
minyak utk menumis

bahan2 kisar
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

cara2
panaskan minyak, tumiskan rempah tumis.. bila naik bau...campur bahan2 kisar.. diikuti rempah kurma...kacau sampai garing, masukkan ayam dan ungkepkan sampai kering air.. kemudian masukkan kentang, yoghurt, tomato puree.  santan, garam gula, daun ketumbar dan daun pudina, garam serta gula...masak sampai empuk dan kuah pekat.  akhir selai, campurkan cili, tomato dan bawang besar..

Selamat mencuba..

19 July 2012

KEPAK AYAM MASAK KICAP BERLADA HITAM

saja buat kelainan.. biasanya kalau nak masak kicap ayam, ayamnya digoreng dulu.. tapi kali ni ubah citarasa sket.. ayamnya tak perlu digoreng.. saya cuma gaulkan ayam dengan kicap manis, lada hitam, serbuk buah pala dan halia yang dikisar.. kemudian tumis2kan rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih), sampai naik bau...baru dimasukkan hirisan bawang putih dan sedikit halia hingga kekuningan.. Masukkan kepak ayam, tutup kuali dan tunggu hingga ayam mengecut dan bumbu meresap.. tambahkan sedikit garam jika perlu, serbuk perasa dan sedikit cuka makan dan air secukupnya untuk mengempukkan isi ayam. Masak sampai pekat atau agak kering.. Akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar, lada hidup dan buah tomato.. Hidangkan panas2.. boleh dimakan dengan nasi putih atau roti..
Selamat mencuba..

07 June 2012

TOM YAM AYAM (PUTIH)

Assalamualaikum wbt.. Ummi request nak makan tom yam.. Oleh kerana stok perencah tom yam dah habis, maka tom yam putih je lah.. Cuma ketukkan serai, bawang putih, akar daun ketumbar dan sedikit halia.. Didihkan, masukkan ayam.. Kemudian masukkan sos nampla, garam dan serbuk perasa.. Apabila ayam telah empuk, campurkan buah tomato, cili padi yang telah diketuk, daun limau purut dan jus limau nipis.. Akhir sekali, masukkan bunga kubis, lobak merah, bawang besar hiris dan lada hidup. Tutup periuk dan biarkan sayur-sayuran masak dengan wap periuk. Ketika hendak menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar.. Selamat mencuba..

31 May 2012

AYAM UNGKEP, KACANG PANJANG GORENG CAMPUR TAUHU TEMPE

Assalamualaikum wbt..
Ayam masak ungkep...masakan orang jawa... resipi Azlina Shah, rakan facebook saya.. cukup mudah cara memasaknya dan sedap pula rasanya.. Cuma blendkan bawang2, halia, kunyit, lengkuas, serai dan ketumbar jintan..kemudian ditumis bersama rempah 4 sekawan hingga wangi. Jika malas nak mengisar, bahan2 bumbunya boleh dihiris2 dan ditumis begitu aje...Selain ayam, daging juga boleh digunakan. Tambahkan juga air asam jawa dan garam secukup rasa. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi..Masak secara "ungkep" hingga ayam atau daging empuk dan kuahnya pekat dan agak kering.
kacang panjang ni digoreng campur tauhu, tempe dan juga suhun.. Macam biasalah.. tumis2 aje..hehe
kekapis masak sambal..
kangkung goreng belacan ... cuma blendkan cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan dan sedikit udang kering. Tumis sampai garing, campur garam dan kangkung. Tutup kuali. Agak sayur dah layu, kacau sebentar dan angkat. Siap untuk disajikan.
hidangan tengahari yang ringkas.. ada ayam ungkep, kekapis masak sambal, kacang panjang goreng campur tauhu tempe dan juga kangkung goreng belacan.. Sebenarnya, masakan ni hidangan tengahari dua hari yang lepas.. oleh kerana line tenet yang tenat...baru malam ni dapat dikongsikan kepada kawan2 semua.. kongsi gambar aje.. kalau nak resipi, rasanya kawan2 pun tentu selalu masak macam ni kan.. Selamat mencuba..

25 May 2012

GULAI AYAM

Assalamualaikum wbt..
Gulai ayam.. memang sedap kalau Ummi yang masak.. Ummi masak gulai ayam guna rempah gulai darat. Takde nak sukat2... semua pakai agak2 je...Bahan-bahan seperti cili, bawang, halia dan lengkuas dikisar dan dicampur dengan rempah, ditumis rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang) diikuti campuran rempah sampai wangi dan garing.. Baru dimasukkan ayam, ungkepkan hingga ayam mengecut. Kemudian tambahkan kentang, santan, garam dan asam keping. Masak hingga ayam dan kentang empuk..Akhir sekali, tambahkan kerisik kelapa..Masak sampai pekat. Selamat mencuba..

02 May 2012

AYAM MASAK HALIA BERKICAP

Lauk kegemaran anak-anak.. layan ajelah.. asalkan mereka nak makan..
Bahan-bahan 1 keping dada ayam, potong kecil 3 biji bawang putih, dihiris 2 inci halia, dihiris 1 biji bawang holland 1 biji cili merah 3 batang kacang panjang, dipotong pendek minyak untuk menumis kicap pekat manis secukup kegunaan Lada sulah atau lada hitam serbuk secukup rasa Cuma tumiskan hirisan bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil, kicap dan serbuk lada sulah. Kacau rata2 hingga isi ayam masak. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, bawang besar holland dan cili merah yang telah dipotong-potong. Sesuaikan rasa, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

06 December 2011

SUP AYAM CAMPUR CENDAWAN



Hmm... masak sup ayam lagi... biasa la, kalau nak cepat.. masak sup sempoi je.. cuma renehkan dengan sup bunjut, bawang putih dah halia.. kemudian tambahkan cendawan, karot dan juga tomato. Sesuaikan rasa ikut selera sendiri....Semasa menghidang, saya taburkan sedikit hirisan daun sup.. biar wangi baunya... Sup ni lagi sedap kalau ada bawang goreng dan juga hirisan cili padi. Kemudian perahkan sedikit limau nipis ataupun campurkan sedikit sambal kicap.. Lepas tu nak makan dengan nasi atau bihun, terpulanglah ya.. Nak makan sup aje pun OK gak..

Selamat mencuba.

25 November 2011

SUP KEPAK AYAM & AYAM GORENG BEREMPAH


sup kepak ayam campur kentang dan karot. Takde nak tumis2 bagai...Cuma renehkan bersama sup bunjut, halia dan bawang putih. Tambah sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Dah siap, taburkan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.


ayam goreng berempah.. serdak2nya tu yang sedap dimakan dengan nasi panas2

Ayam goreng berempah.. style ayam penyet gitu.. cuma kisarkan halia, serai, bawang putih, lengkuas juga ketumbar jintan. Campur garam secukup rasa dan lumur pada ayam. Masukkan dalam kuali dan ungkepkan sampai kering. Kemudian digoreng garing, sebelum diketuk2 dan dipotong2 ketika menghidang. Siap..

Ada nasi putih, dua jenis lauk ni, sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan.. Walaupun simple, tapi cukup untuk mengenyangkan perut...bagi orang yang sentiasa sibuk, seperti saya..

Selamat mencuba..

23 March 2011

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH DAN SUP SAYUR


Ayam masak kicap berempah..


sup sayur sawi campur kentang dan suhun

Menu ni sebenarnya semalam punya.. baru upload gambar hari ni.. Resipinya dah pernah tulis sebelum ni.. So, layan gambar jer lah.. Nak resipi jugak eh... susah gak kan nak cari entry sebelum ni.. tak pe, meh tengok.. senang je tu...

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
1 ekor ayam saiz kecil (berat 1kg), dipotong2 dan cuci bersih
garam dan kunyit basah (ditumbuk lumat)
minyak untuk menggoreng
sedikit air asam jawa
1 sudu makan kerisik
kicap pekat (manis atau masin, ikut citarasa)
bawang besar dan lada hidup dibelah2

bahan-bahan kisar
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
5 ulas bawang putih
2 labu bawang bombay
5 biji cili padi (jika suka pedas) - nak ganti cili kering pun boleh
1 batang serai
sedikit halia dan lengkuas

Cara-cara membuatnya

Ayam digaul garam kunyit dan digoreng. ketepikan. Panaskan sedikit minyak menggoreng ayam, tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan ayam dan kicap. Tutup kuali dan biar bumbu meresap ke dalam ayam. Kemudian tambahkan air asam jawa, kerisik dan masak sampai pekat. Jika suka berkuah, boleh tambahkan air.. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada hidup. Sesuaikan rasa dan siap untuk disajikan.

SUP SAYUR SAWI CAMPUR KENTANG DAN SUHUN

Bahan-bahan (dipotong ikut kegemaran)
2 pokok sawi
1 biji kentang, kupas kulit dan potong
1 biji lada hijau atau merah
sedikit bunga kobis
sedikit suhun dan fucuk (direndam)
1 biji telur
1 kiub stok pati ayam Knorr (nak guna jenama lain pun boleh)
minyak untuk menumis
bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
sedikit lada sulah
2 1/2 cawan air

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang2 hingga kuning, masukkan air, kiub ayam dan kentang. Bila kentang empuk, campurkan telur dan sayur-sayuran. Bila mendidih sekejap, sesuaikan rasa...bolehlah diangkat dan disajikan.

Selamat mencuba..

16 March 2011

AYAM MASAK KARI KERING - RESIPI KAWAN-KAWAN

Resipi kawan-kawan ofis.. Ayam masak kari kering, resipi dari Kak Tina.. buat kenang-kenangan.. Mudah2an setiap kali masak lauk ni, akan ingat pada kawan-kawan. Untuk kawan2, kalau ingat diri ini.... rajin-rajin le buka blog ni.. Itupun kalau korang ingat.. Mana tau kan.. dah berjauhan.... ingatan tu makin menjauhhh.........

Saya baru tulis resipinya ajer.. kalau dah masak nanti, boleh taruk gambar kat blog ni..

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam, dipotong kecil2
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan rempah kurma
rempah tumis empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
sedikit kerisik
garam dan air asam jawa secukup kegunaan
minyak untuk menumis
daun limau purut
daun kunyit

bahan-bahan kisar
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit halia, lengkuas, dan kunyit basah
2 batang serai

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sampai kekuningan. Masukkan ayam, air asam jawa dan garam. Tambah sedikit air dan masak secara ungkep hingga ayam empuk. Akhir sekali tambahkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Masak hingga kering. Sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

Selamat mencuba..

SUP AYAM PENCEN


Sup ayam pencen, sedap dihirup kuahnya aje.. isinya dah tawar..

Musim2 hujan macam ni, macam2 melanda... selsema, batuk... demam.. Nak buat macamana kan.. Dugaan dari Allah swt.. Dah makan ubat, dah tido... makan ler pulak kan.. Itu sebab menu sup ni jadi pilihan.. ayam pencen pun tak kisah la.. janji ada sup.. Huhu..

AYAM MASAK UNGKEP


siap untuk disajikan

Masak ungkep ni ialah salah satu lauk orang jawa. Ungkep bermaksud tutup dan dimasak atas api kecil hingga semua rempah ratusnya meresap. (Dalam loghat Kelantan, ungkep boleh dimaksudkan sebagai "Matti Awah" - Awah tu maksudnya rempah, Kalau loghat Terengganu, "Kkering Air" - masak sampai air kering dengan api kecil)

Biasanya ayam tua atau daging batang pinang menjadi pilihan untuk dimasak ungkep.. tapi jangan terperanjat, ubi kayu pun boleh dimasak ungkep..Ungkep ubi kayu ditambah udang kering atau ikan bilis.. Bahan2 lain semua sama..

Pertama kali makan masak ungkep ni di majlis doa selamat rumah emak saudara sebelah suami.. Dari situ juga saya mula belajar masak ungkep.. Selain tu, kawan2 ofis yang berketurunan jawa juga menjadi tempat untuk saya mencungkil ilmu.. hehe.. berikut adalah resipi masak ungkep..

AYAM UNGKEP

Bahan-bahan
1 ekor ayam tua
1 batang serai
3 ulas bawang putih
sedikit lengkuas, halia dan kunyit hidup
4 cawan air.

sedikit kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
asam keping atau air asam jawa
2 sudu kerisik
1 labu bawang besar, dibelah2
2 biji lada hidup, dihiris2
5 biji cili padi, dibiar sebiji2
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
3 biji kentang, dibelah 2

bahan-bahan kisar (A)
1 sudu makan ketumbar, disangai
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 biji buah keras

bahan-bahan kisar (B)
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Persediaan untuk ayam
Ayam dibersihkan dan dipotong2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama2 serai, bawang putih, halia dan lengkuas yang diketuk hingga hampir empuk dan air rebusan tinggal separuh.

Cara-cara menyediakan ungkep
Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 kisar (B) dan kacau hingga kekuningan, tambahkan bahan-bahan (A). Masukkan ayam, kentang, asam keping dan garam. Tambahkan juga air rebusan dan masak atas api kecil hingga ayam dan kentang benar2 empuk. Akhir sekali, masukkan kerisik, cili padi, bawang besar dan cili merah yang telah dipotong2. Kacau rata2 hingga agak kering. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk disajikan.


nota : kalau guna ayam muda, tak perlu direbus dulu..tetapi terus ditumis dan masak macam memasak kari yang biasa..

25 January 2011

TOM YAM AYAM, SAYUR GORENG DAN TELUR DADAR


tom yam ayam


sayur goreng cacamarba : kailan, putik jagung, kacang panjang


telur dadar


ulam daun ceylom, kegemaran hubby


budu cap limau, campur hirisan bawang, limau nipis dan cili padi

21 January 2011

AYAM, BUNGA KOBIS DAN GEGELANG BAWANG GORENG TEPUNG RANGUP


ayam goreng, bunga kobis dan gegelang bawang goreng..


home made sos cili nenas madu


sup lobak putih


nenas madu

Alkisahnya semalam semasa saya ke pasar, ada promosi tepung goreng ayam, jenama Bestari. Jadi saya sambar satu paket untuk dicuba.. Malam ni, bermulalah operasi saya di dapur.. Anak2 dah tak sabar nak makan ayam goreng.. Memang sedap tepung goreng ni.. Bukan saja rangup tapi tak begitu masin sepertimana tepung2 jemnama lain yang saya selalu beli.. Rempah-rempahan yang diguna pun sesedap rasa.. Memang tak rugilah beli tepung ni... (Cewah... jd promoter la pulak...)

Lebihan tepung goreng tadi saya celupkan dengan bunga kobis dan bawang besar yang dipotong gelang, kemudian digoreng garing.. Sos untuk cecahan ayam goreng, saya buat sendiri, campurkan cili merah dengan nenas.... Kemudian, saya masak sup lobak putih.. Yalah, takkan nak makan ayam goreng aje kan.. Hidangan makan malam, biarpun simple tapi biarlah seimbang...

Lagipun, sup lobak ni mudah saja, cuma hiriskan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan dalam periuk dan tuangkan air secukupnya. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan lobak putih dan sedikit sayur-sayuran. Tambahkan kiub pati ayam. Pastikan sesuai selera.. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Untuk resipi sos cili nenas madu ini, saya buat macam ni..
10 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji nenas madu, dikupas dan potong kecil
1 labu bawang putih
1 sudu kecil garam
1 cawan gula atau secukup rasa
sedikit cuka makan untuk pengawit

Cara-cara membuatnya
Campurkan cili padi, cili merah, nenas dan bawang putih. Kisar dengan air secukupnya hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan gula garam secukup rasa. Masak atas api sampai pekat dan hilang bau bawang putih. Akhir sekali masukkan sedikit cuka makan. Sesuaikan rasa, bolehlah dipadamkan api dan diangkat. Bolehlah dihidangkan dengan ayam goreng, jemput2 dan lain2 makanan yang memerlukan sos. Simpan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Selamat mencuba

17 January 2011

GULAI AYAM, TELUR REBUS, ACAR DAN IKAN MASIN


gulai ayam

telur rebus

acar kobis campur timun

ikan masin dan sambal belacan

Dah lama tak masak lauk ayam.. Saya sebenarnya tak berapa gemar makan lauk ayam. Lebih baik ikan atau daging.. Malam ni, atas permintaan anak2 dan hubby, saya masak gulai ayam..style kampung.. Lepas tu, saya rebuskan telur dan gorengkan ikan masin. Kemudian buat acar kubis campur timun.. Sambal belacan pulak, dah ready kat peti ais.. Saya memang buat sambal belacan banyak2 dan simpan kt peti ais.. Sebab saya memang suka pedas.. Jadi sambal belacan ni penyelamat kalau saya masak lauk yang tak pedas..

Lagi satu, kalau masak lauk berempah.. mesti nak kena ada acar.. tak ada sayur lain tak mengapa, janji ada acar.. apa2 saja yang boleh dibuat acar... Di sini, saya nak kongsi resipi gulai ayam yang saya masak...

GULAI AYAM

Bahan2
1 ekor ayam, potong kecil dan cuci bersih
4 biji kentang, belah 4
1 batang karot, potong kecil
santan satu biji kelapa
1 sudu kerisik
minyak untuk menumis
rempah tumis 4 sekawan
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar
6 tangkai lada kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
segenggam ketumbar
satu biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kelopak bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam
2 kuntum cengkih
secubit jintan manis
secubit jintan putih

Cara-caranya

Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis, bila naik bau, masukkan rempah kisar. Tumiskan sampai garing, masukkan ayam,asam keping dan garam. Kacau rata dan tutup periuk. Masak atas api kecil hingga semua rempah menyerap ke dalam ayam. Kemudian tambahkan kentang, karot dan santan. Masak sampai mendidih dan ayam empuk. Masukkan kerisik. Kecilkan api dan renehkan sampai pekat. Sesuaikan rasa dan angkat.

ACAR TIMUN CAMPUR KOBIS

Bahan-bahan

1 biji timun, kupas, belah 2 dan potong nipis
1/4 biji kubis, disagat halus
1 batang karot, hiris halus - saya tak letak
1 biji cili merah, dihiris halus
1 biji cili hijau, dihiris halus
1 inci halia muda, dimayang halus
1 biji bawang merah besar, dihiris halus
5 sudu cuka makan
3 sudu gula
1/2 sudu kecil garam

Cara

Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Biarkan kira-kira setengah jam sebelum dihidang.

Biasanya saya akan buat acar dulu, sebelum memasak gulai. Bila gulai dah masak, nasi dah ready, acar dah siap.. boleh terus makan.. hehehe

Selamat mencuba..

24 November 2010

TOM YAM, AYAM GORENG KUNYIT DAN KAILAN BELACAN

Dah lama tak masak tom yam.. jd malam ni, sempat la masak tomyam ayam yg simple saja.. boleh laa untuk hidangan keluarga malam ni.. Makan panas2 dengan nasi putih.
Ada sekeping lagi isi ayam dan juga sedikit hati dan pedal ayam, saya potong kecil2 dan goreng kunyit, campur sedikit hirisan bawang putih dan serbuk halia. Nampak dah garing, saya campurkan hirisan bawang besar, lada merah dan daun bawang.. Itu aje..
Ini pula, kailan goreng belacan.. tapi agak lecur sebab sibuk siapkan bahan2 untuk tomyam.. Jadi lengkap lah menu makan malam saya sekeluarga malam ni.. Untuk dapatkan resipi tomyam, boleh rujuk post saya yang telah lepas.

Selamat Mencuba...

18 November 2010

AYAM MASAK HALIA BERKICAP

Lauk ayam masak halia berkicp ni sebenarnya ilham dari lauk ayam masak halia...
Saja je tambah kicap sebab nak pancing anak2 makan.. Lauk ni saya sediakan dengan bubur nasi dan telah menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahannya
2 keping dada ayam, hiris kecil2 macam nak buat sate
2-3 biji lada hidup, dihiris nipis (jika suka lebih pedas, boleh gantikan dengan cili padi)
2-3 biji bawang besar, dihiris nipis
2 biji tomato, dibelah2
1 buku halia muda, dimayang halus
sedikit lada hitam ditumbuk
1 labu bawang putih, diketuk2
Kicap pekat manis secukup kegunaan
Minyak untuk menumis
Bunga kubis - jika suka
Daun bawang, dipotong2

Cara-caranya
Gaulkan ayam dengan lada hitam. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap. Keluarkan dari kuali dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan halia muda hingga kekuningan. Masukkan ayam yang telah digoreng, kicap dan kacau rata2. Akhir sekali masukkan semua bahan lain dan kacau sekejap hingga sayur-sayuran separuh layu. Terus diangkat dari api dan hidangkan.

nota : tak perlu dimasukkan garam sebab kicap dah cukup masin. Gunakan kicap sebanyak mana yang diingini..

17 November 2010

JUADAH DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA 2010


Tahun ini, dah masuk tahun ke 15, saya sambut raya haji di perantauan. Rasa sedih juga, tapi nak wat camne kan.. Raya haji kat kampung halaman jatuh pada musim hujan/tengkujuh.. Lagi pula cuti raya haji cuma satu hari.. Saya korbankan masa saya dan sambut raya di sini.. Biasanya kami beraya di rumah mertua di Parit Yaani, Yong Peng, tapi pagi ini tak berkesempatan sebab suami bekerja.

Aidiladha kali ini, sambut raya di rumah kami sendiri, saya cuma siapkan sambal nyor, rendang dan sambal kacang je sebagai juadah hari raya.. tiada kuah lodeh, sepertimana kebiasaan juadah raya orang Johor.. Tetapi gabungan juadah dua negeri, melengkapkan hidangan pagi ini..

Semasa balik dari kampung pada Ahad lepas, kat Pekan Parit Yaani ada orang menjual pucuk daun kelapa. Jadi suami saya telah membelinya untuk dibuat ketupat. Suami saya orang Johor lebih pandai menganyam ketupat, berbanding saya yang hanya tahu menganyam ketupat bawang sahaja..
Sambal nyor @ kerisik, sedap dimakan dengan ketupat nasi atau nasi impit.. Sedap digandingkan dengan sambal kacang.. Masa saya kecil2 dulu ummi selalu sediakan sambal nyor ini setiap kali buat ketupat nasi atau nasi impit.. terutama pada hari raya. Tapi sekarang, ummi dah sibuk dengan bisnes dia.. Nasib baik saya pandai wat sendiri.. So, takde lah terkempunan sangat...

Bahan-bahan untuk sambal nyor

1 biji kelapa, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan rapuh
4 batang serai, dihiris halus
1 cm halia
2 biji bawang merah besar
satu sudu kecil garam
1/2 keping besar nissae (gula melaka)
3 ekor ikan selayang (dibakar tawar, ambil isinya)

Cara Membuatnya
Mula2 tumbuk kelapa goreng sampai halus dan pecah minyak sedikit. Ketepikan. Tumbukkan serai, halia dan bawang sampai halus. Masukkan garam dan nissae. Tumbuk lagi sampai sebati, masukkan isi ikan dan tumbuk sampai bergaul rata. Keluarkan dari lesung, campurkan dengan kelapa goreng yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata2 dan sesuaikan rasa. Sambal nyor ini jangan terlalu kering atau terlalu basah. Cukup sekadar nampak lembap2 saja. Sesuai untuk dicecah nasi impit dan juga boleh dijadikan sambal nasi dagang.

nota : Sambal nyor yang telah siap, boleh disangai sebentar atas api kecil untuk mengelakkan cepat basi.
Sambal kacang atau kuah kacang, dimasak jam 5.30 pagi tadi.. Kali ini saya tidak menggunakan udang kering atau belacan sebagai ramuan kuah kacang, sebab saya mahukan aroma kacang tanah goreng yang wangi itu.

Bahan-bahan
1 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak sampai garing, buangkan kulitnya.
2 batang serai
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
10 biji cili kering, direndam
sedikit lengkuas dan halia
garam, gula dan sedikit nissae (gula melaka)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya
Kacang tanah dikisar tapi jangan terlalu halus. Ketepikan. Serai, bawang putih, bawang merah cili kering, lengkuas dan halia dikisar lumat. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai garing, masukkan garam, gula secukup rasa dan juga sedikit air asam jawa. Kacau sampai naik minyak merah. Masukkan kacang tanah yang dikisar, santan dan nissae. Masak sampai pekat. Sedia untuk dihidangkan.


Rendang ayam, dimasak jam 7.00 pagi tadi.

Bahan-bahan untuk rendang ayam

1 ekor ayam, potong kecil dan cuci bersih.
4 helai daun kunyit, dihiris halus
4 helai daun limau purut, disiat2
4 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik
garam, gula melaka secukup rasa
2-3 keping asam gelugur
6 batang serai, diketuk
1 paket kecil rempah rendang adabi

Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
10 biji cili padi
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai garing. Masukkan serai, rempah rendang adabi, asam gelugur, garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam. Kacau rata-rata. Tutup kuali dan kecilkan api. Masak hingga ayam mengecut, baru dimasukkan santan dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Ketupat, direbus malam tadi. Saya rebus tak lama, cuma dua jam aje.. sebab dah mengantuk. Maklum, siang kerja.. jadi lepas makan malam, baru mula merebus ketupat ni..
KETUPAT DAUN KELAPA

Isikan beras yang telah dibasuh ke dalam sarung ketupat. Jangan isi penuh2, cukup sekadar kurang dari separuh sarung untuk mendapatkan ketupat yang elok dan tidak terlalu keras atau tidak terlalu lembik (bergantung pada jenis beras - saya guna beras cap ketupat). Rebuskan ketupat selama 2 jam atau lebih. Lebih elok apabila cukup satu jam, diganti air baru. Apabila telah masak, keluarkan dari periuk dan siram dibawah aliran paip air dan digantung supaya cepat sejuk dan mengelakkan cepat basi.

Selamat mencuba.

20 October 2010

SATAY



Ermmm... hari raya aritu, tak dapat makan satay sbb sakit gigi... Kebetulan, ummi ada bawakan kami satay frozen dari kampung masa dia datang ke Johor baru-baru ni.. dah lama terperap kat freezer, baru hari ni teringat nak makan.. Jadi, petang tadi, bermulalah projek kecahkan dapur....(kebetulan hari ni tak bekerja), masak kuah sate & bakar sate, Saya bakar satay guna kuali roti canai jer, sebelum ni pernah try bakar dalam convection oven... satay jadi kering... guna kuali roti canai ni ok gak.. asap pun takde.. tp dapur berminyak laa..

Bahan-bahan untuk membuat satay ayam

1 ekor ayam (ambil isi dan potong kecil)
garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kunyit secukup kegunaan

bahan-bahan kisar
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 batang serai
sedikit halia, ketumbar dan jintan
lidi sate secukup kegunaan

Cara :
Mula2 gaulkan ayam dengan garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Bila dah sebati, campurkan bahan-bahan kisar. Gaul rata2. Kemudian terus dicucuk dengan lidi sate. Perapkan dalam freezer sekurang2nya 4 jam sebelum dibakar.

nota : selepas digaul rencah2, mesti terus dicucuk, baru diperap.. bukan perap dulu baru cucuk, nanti satay jadi masam..

Selamat mencuba.