Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
23 October 2010
NASI GORENG
Pagi ini, bersarapan berat.. lebihan nasi malam tadi, dimasak nasi goreng .. pelengkapnya keropok goreng (ummi bawa dari kampung) Memang sudah menjadi kebiasaan keluarga kami (orang Terengganu), kalau makan nasi goreng, mee/mihun goreng, mesti nak kena ada keropok goreng... kalau tak ada tak lengkap rasanya..
Masa kecik2 dulu, tiap kali nak masak nasi goreng kena menumbuk cili kering, perisi ikan dan gaulkan ke dalam nasi.. Sekarang dah senang, campur semua bawang dan cili ke dalam blender, dan tekan suis.. Siap untuk menumis.. Nasi goreng pagi ini, sangat simple..campak2 apa yang ada..
NASI GORENG CILI KERING
Bahan-bahan
2 1/2 mangkuk nasi
2 ekor ikan goreng atau ikan rebus, ambil isi dan hancurkan
**beberapa batang kacang panjang, dipotong dadu
**1/2 batang karot, dipotong dadu
**kacang peas hijau
(saya tak guna bahan **, saya gantikan dengan sayur kangkung dan kobis)
sedikit timun dan telur rebus untuk hiasan
kicap manis secukup kegunaan
minyak untuk menumis
1 biji telur
bahan-bahan tumbuk/kisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
3 biji cili padi
1 sudu cili kering yang dikisar
Cara :
Nasi digaulkan dengan isi ikan dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata. Masukkan nasi dan sayur-sayuran. Renjiskan kicap secukup kegunaan. Tak perlu tambah garam kerana isi ikan rebus dah masin. Kacau rata-rata hingga nasi goreng cukup masak (nampak dah berasap tu kita dah masaklah nasi goreng tu..) Padamkan api, sedia untuk dihidangkan..
KEROPOK GORENG : Semua orang tahu goreng keropok kan... tak payahlah cerita kat sini..hehehe
Labels :
NASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment