KAWAN-KAWAN SAYA

11 October 2010

BUBUR LEMAK

Bubur lemak ni, makanan orang dulu-dulu.. sebab tak ramai generasi sekarang yang tahu menikmati hidangan ini.. Bagi saya hidangan yang mudah disediakan ini, sungguh enak... Boleh dihidangkan ketika sarapan pagi dengan mencampur sedikit gula ataupun lauk-pauk pilihan seperti sambal tumis dan ikan bilis goreng ataupun telur masin dan juga ikan masin. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Bubur lemak ini juga sesuai diberikan kepada sikecil anda.. Jadi, jangan pandang lekeh pada bubur lemak ya.. Buatnya tak susah, cuma memakan masa sedikit sahaja. Berbaloi-baloi... (Gambar nanti upload kemudian, sebab bubur dah habis, lupa nak snap gambar)

BUBUR LEMAK

Bahan-bahan
1 tin beras
5 cawan air
1 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
1 cm halia atau lebih, dimayang halus
secubit garam

Cara :

Bersihkan beras dan tanak dengan air hingga menjadi bubur. Masukkan serai, halia, santan dan garam secukup rasa. Renehkan setengah jam hingga sebati. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan lauk pauk kegemaran.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment