KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

10 November 2012

NASI IMPIT GORENG


 Assalamualaikum wbt..
Menu sarapan pagi yang sempoi tapi sedap... nasi impit goreng... Sebenarnya inilah kali pertama saya masak sendiri nasi impit goreng.   Saya dah pernah makan benda ni, masa tu adik saya beli kat pasar malam Jalan Bacang, Kota Masai..  nak kata suka, takde la sangat.. cuma rasa pelik juga lah.. ada ke nasi impit digoreng?? Apa yang saya tau ada sejenis makanan goreng orang cina, dipanggil kueh lobak goreng.. lebih kurang macam nasi impit juga, tapi ada campuran parutan lobak putih di dalamnya.   Kalau kena cara masak, memang sedap...
Alkisah terjadinya menu ni, sebab ada lebihan nasi impit.... mulanya nak masak rendang, hanya ada sekeping dada ayam kat dalam peti ais.. Jadi pikir punya pikir, saya masakkan nasi impit goreng...

Bagi suami saya, dia ok je.. sebab dia orang Johor.. dah pernah makan benda ni.. yang jadi masalah Ummi,  Abah dan nenek.. boleh ke dia terima makanan pelik ni... hehhe.. Walaubagaimanapun, saya teruskan juga kerja masak2... kelentang kelentung, akhirnya... siap la nasi impit goreng saya.. walaupun cuma berencahkan isi ayam dan telur.......Walaupun sambil makan, pot pet pot pet dengan berbagai macam komen dan pertanyaan, licin juga...hehiiii....


NASI IMPIT GORENG

Bahan2
4 ketul nasi impit, dipotong2
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur ayam
1 keping dada ayam, potong kecil
kicap pekat
garam,  gula dan serbuk secukup rasa
daun kucai - saya tak taruk
minyak untuk menumis

bahan2 kisar
2 sudu cili kisar - lebihkan jika suka lebih pedas
2 sudu udang kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing.  Masukkan dada ayam, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sampai ayam masak, pecahkan telur.  Kacau hingga kering, masukkan kicap, sesuaikan rasa.....tmbah mana yang patut...barulah dimasukkan nasi impit yang dipotong2.  kacau rata2...kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang.  Jika ada daun kucai, boleh tambahkan.  Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

nota : jika nak tambah udang/sotong- juga boleh.. ikut citarasa sendiri...

Selamat mencuba.

16 July 2012

NASI TUPE A.K.A NASI TUMPANG

satu lagi hidangan tradisional orang Kelantan.. Nasi tupe atau dalam Bahasa Malaysianya disebut Nasi Tumpang.. Iaitu nasi yang ditanak lembik yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang semasa masih panas.. Biasanya dilapisi dengan lauk gulai udang dan serunding..Kemudian ditekan2 sehingga kemas dan padat..
Beginilah rupanya setelah kelongsong dibuka... Rasanya sedap dan sesuai untuk sarapan pagi atau malam.. Selamat mencuba..

NASI BERIANI DAGING

nasi beriani... ketulan daging ditimbus dalam nasi
ayam masak merah
dalca, tak guna santan.. tp guna susu cair je
acar timun + karot
pelengkap hidangan...papedum.. Alhamdulillah... baru belajar ambik tempahan untuk jamuan.. Walaupun tak banyak cukuplah sebagai permulaan... Nasi beriani ni ditempah oleh oleh kawan facebook saya.. saja buat makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan AlMubarak.. Ustaz nak makann nasi beriani gam atau nasi yang lauknya ada dalam nasi.. TQ Eni (Nor 'aini Mohd Salleh). Lain kali oder lagi ye.. Cuma satu je komplen yang diterima.. Nape takde sambal belacan?? Nasi beriani mana ada sambal belacan... Hmm..sebenarnya, orang sini kalau makan nasi nak kena ada sambal belacan.. tak kiralah hidangan tu nasi minyak ke apa.. yg penting sambal belacan mesti ada..
sedia untuk penghantaran..

14 June 2012

NASI KERABU SIMPLE

Assalamualaikum wbt.. Nasi kerabu, permintaan anak2.. hidangan untuk tengah hari tadi.. pelengkap hidangan, ulam2an, budu, cili padi jeruk, sambal nyior + ikan, solok lada merah dan ayam goreng berempah.. nasi kerabu kuning... oleh kerana pokok bunga telangku tidak berbunga... maka kunyit hidup dikisar dan ditapis airnya dan dibuat masak nasi.. sambal nyior campur ikan..kelapa parut, digaul dengan bahan2 tumbuk iaitu halia, bawang merah, serai, isi ikan bakar, garam serta gula secukup rasa dan disangai atas api kecil sampai garing.. untuk versi nasi kerabu golok, sambal kelapa dan sambal ikan dimasak berasingan..gunakan bahan2 yang sama untuk kelapa dan isi ikan..cuma sangai sampai garing.. ulam2an... ada hirisan bunga kantan, timun, daun cekur, daun kaduk, pucuk samak @ serai kayu, pucuk kopi, pucuk daun kari, ulam raja, pucuk mata ayam, pucuk lempoyang, pucuk daun kunyit, daun kesum dan serai muda.. (lagi sedap kalau ada tauge atau kacang panjang) cili padi jeruk, cuma tumbukkan cili padi dan campurkan cuka dan sedikit garam. Budu tu tuang terus dari botol dan perahkan limau nipis.. ayam goreng berempah.. ayam digaul dengan garam, kunyit, halia, ketumbar jintan, serai dan bawang putih..digoreng sampai garing.. solok lada.. guna lada merah je... lada merah yang telah dibelah dan dibuang biji disumbat dengan campuran kelapa dan isi ikan.. dimasak dengan santan pekat hingga masak.. Untuk isi solok lada.. saya gunakan isi ikan mentah (selayang, tamban atau kembung) dan dicampur dengan kelapa parut (gunakan kelapa yang kulitnya masih hijau dan isinya masih lembut), tambahkan juga bawang, halia, serai yang ditumbuk.. sedikit serbuk lada hitam, garam gula dan sedikit air asam jawa.. Sekiranya menggunakan isi ikan rebus atau isi ikan bakar, hendaklah dicampur dengan sebiji telur supaya bila dimasak, isinya tidak berderai.. Lengkap sudah satu set hidangan nasi kerabu yang simple..sesuai dimakan bila2 masa saja..pagi, tengahari atau malam... Nasi kerabu juga akan menjadi lebi istimewa sekiranya ada lauk2 tambahan yang lain seperti ayam percik, daging bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, bawang putih jeruk, keropok goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.. Lengkapkan juga hidangan nasi kerabu dengan mihun goreng.. pasti sedap.. lepas makan terus bersandar kat dinding.. hehe Selamat mencuba..

10 May 2012

NASI KHAO MOK (KOMOK) @ KHAO MOK GAI

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, baru selesai makan tengah hari.. walaupun jam dah pukul 3 petang. Memang rutin harian macam ni... dah masuk masa minum petang, baru makan tengah hari..
Nasi komok..guna beras wangi..terlembik sikit nasinya.. saya makan dengan acar timun, sos cili dan ulam daun salad kobis..
acar timun, campuran timun, bawang besar, cili merah, gula, cuka dan garam secukup rasa..
sos cili padi- saya guna cili padi hijau, bawang besar, bawang putih, sedikit halia, daun ketumbar, daun bawang dan cuka, gula dan, sos nampla..dicampurkan dan dikisar sampai lumat. Tambah garam jika perlu.
Ini dia rempah nasi komok.. Satu uncang rempah adalah untuk 4 cawan beras dan 600gm ayam. Saya kirim beli rempah ni melalui seorang rakan yang kebetulan balik ke Thailand bulan lepas. Hari ni baru berkesempatan masak nasi komok ikut resipi beliau.. Terima kasih Kak Dah..
Ada dua versi nasi komok, salah satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan iaitu menggunakan ayam goreng yang diperap menggunakan rempah komok. Walaubagaimanapun, terpulang kepada selera masing-masing. Saya lebih suka nasi komok yang dimasak bersama ayam..dicecah dengan sambal dan dimakan bersama-sama ulam timun dan salad atau acar. Yummy..yummy... Resipi nasi komok dah pernah saya post dalam entri sebelum ni... jadi tak perlulah saya tulis sekali lagi kan....

Ini pulak resipi dari blog kurniaanmu@blogspot.com. Terima kasih kepada tuan punya blog, Puan Arah, dari Bangkok, Thailand...
KHAO MOK GAI/THAI STYLE CHICKEN N YELLOW RICE RICE n CHICKEN RECIPE : HERE SAUCE RECIPE : 3 HUNGRY TUMMIES
Ingredients:(Bahan-bahan) For the marinade:(Bahan Untuk Perapan) 4-6 pcs bone chicken (4-6 ketul peha ayam atau part lain pon ok) 3 bay leaves (3 Helai daun Salam>>betul ke daun salam? :D kita guna yg kering) 1 tbs turmeric (1 sb serbuk kunyit) 1 tbs ground corriander (1 sb serbuk ketumbar) 1 tbs curry powder (1 sb Serbuk kari>>yg ni kita guna serbuk kari thai, guna serbuk kari ayam pun ok) 1 tbs cumin powder ( 1 sb serbuk jintan putih) 1 tbs ground cinnamon (1 sb serbuk kayu manis>>yg ni kita kurangkan 1/2 sb) 2 tbs sugar (2 sb gula>> kita guna 1 sb gula sahaja) 1 tsp salt (1 sk garam) 2 cups milk or half & half ( 2 cwn susu segar atau cair>>kita guna 1 cwn, 1/2 cwn susu segar dan 1/2 cwn susu cair) For the rice: (Untuk Nasi) 3 cups uncooked rice (3 cwn beras>>kita campurkan dgn basmathi) 2 1/2 cups water/broth (2 1/2 cwn air/ Stok ayam>>kita guna stok ayam) 1 tbs salted butter (1sb mentega>>kita gunakan minyak sapi) 4 medium size shallots (4 ulas bwang merah saiz sederhana) 2 bay leaves ( 2 helai daun salam) 1 tsp turmeric ( 1 sk serbuk kunyit) 1 tsp curry powder (1sk Serbuk Kari) 1 tsp ground cumin (1 sk serbuk jintan putih) 1 tsp ground corriander (1sk serbuk ketumbar) 1 tsp ground cinnamon (1 sk serbuk kayu manis>>yg ni kita guna stick) Preparations: (Cara-cara) For the marinade: (Untuk perapan ayam) Coat chicken with all ingredients. Refrigerate for an hour or overnight. (Satukan semua bahan-bahan perap dan sapukan ke seluruh peha ayam dan perapkan semalaman atau 1 jam atau lebih>>yg ni kita perap 2 jam sbb tak cukup masa) For garnishing: (untuk hiasan) Heat vegetable oil in a saucepan. Add half of the shallots and fried till golden brown. Set some aside for garnishing. (Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan separuh dr jumlah bawang merah yang di gunakan tadi hiris dan goreng hingga perang, separuh di tinggalkan utk hiasan dan separuh lagi di biarkan dlm kuali untuk proses seterusnya) For the rice: (Untuk Nasi) Heat butter in a sauce pan with the remainder of the shallots. Add all the spices and fried till fragrance. (Panaskan mentega di dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng bawang awal tadi dan separuh bawang goreng tadi, masukkan semua rempah dlm kuali dan tumis sehingga naik bau) Stir in uncooked rice until combine and spread it in the rice cooker. (Masukkan beras yg di bsauh terlebih dahulu di dalam kuali tadi dan kacau sehingga rempah yang di tumis tadi sekata, kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi) In a separate saucepan, heat 1 tbs butter. Add shallots and marinade chicken. Brown chicken on both sides. Chicken should still be under cooked but nice and brown on the outside. (di dalam kuali yang berasingan, panasakan 1 sb mentega, masukkan lebihan bawang merah dan ayam perapan tadi. Gorengkan ayam tadi dgn api sederhana sehingga ayam tadi separuh masak dan bertukar warna perang di luarnya, balikkan dan matikan api) Arrange the brown chicken pieces around the rice dish in the rice cooker. Add water/chicken broth. You will need just enough water/broth to cover about 2 inches above the rice surface. Let them cooked in the automatic rice cooker until done. ( Masukkan ayam yang di goreng dgn butter tadi ke dalam periuk nasi, letakkan di atas nasi yg telah di tumiskan tadi. Masukkan air/stok ayam mengikut sukatan atau bergantung dengan periuk nasi masing2, kemudian masak nasi mcm biasa sehingga masak) If you don’t have a rice cooker, spread the rice in a deep dish, oven proof pan. Arrange the chicken pieces around the dish, cover with water/broth. Cover the dish and bake at 350 for about 40 minutes. Check in between to see if the rice is drying out. If so, add more water/broth and gently toss. (Kalau takde periuk nasi atau nak gunakan mangkuk pyrex utk oven, masukkan beras dan ayam dlm mangkuk pyrex tadi, tambahkan air sehingga menutupi beras dan tutup mangkuk tadi dan boleh bakar dgn suhu 350f selama 40 minit atau sehingga masak) SAUCE (Sos/Air Cuka) Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer 2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah ) 5 cm knob of ginger (5 cm halia) 3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar) 3 spring onion (3 tangkai daun bwg) 1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster) 1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka) salt to taste (garam secukup rasa) 1 tbs of water (1sb air) Method: Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan) Selamat mencuba.

14 December 2011

NASI KAPIT SAMBAL NYIOR


nasi kapit, sambal nyior dan kuah kacang.. gabungan yang mantap.. pasti sedap dan memikat selera..yummy... yummy...


nasi kapit, dimakan begitu saja dengan sambal nyior..

Nasi kapit atau nasi impit, dimakan dengan sambal nyior.. Dari dulu sampai sekarang, saya memang gemar makan benda ni. Sambal nyior ni Ummi yang buat.. Bukan saya tak tau buat, tapi lebih sedap kalau Ummi yang buat.. Selain nasi kapit, sambal nyior ni sedap kalau dimakan dengan ketupat nasi (ketupat daun kelapa) dan boleh juga dijadikan pelengkap hidangan nasi dagang...

Bahan-bahan untuk membuat sambal nyior:

1/2 biji nyior (kelapa) parut
3 ekor ikan selayang, dibakar tawar (rebus pun boleh)- ambik isi sahaja
garam secukup rasa
gula melaka atau nissae
5 ulas bawang merah
5 batang serai
sedikit halia

Cara2
Mula2, goreng kelapa tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian, tumbuk sampai pecah minyak (kerisik). Ketepikan. Kemudian, tumbuk isi ikan sampai halus. Ketepikan. tumbuk bawang merah, serai dan halia hingga halus. Campurkan garam dan gula melaka. Masa ni, bahan2 tumbuk akan jadi berair. Keluarkan dari lesung, campurkan dengan kerisik dan isi ikan. Gaul rata2. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dipanaskan sekejap atas api supaya tidak mudah basi.

Selamat mencuba.

06 December 2011

NASI AYAM REMPAH BERIANI


nasi ayam berempah...gambar saya snap terus dari periuknya..
pelengkap nasi ayam berempah, sup ayam, sos cili padi dan juga acar timun + karot.

huhu

Asyik2 nasi ayam je dua tiga hari ni. Bukan apa, sebenarnya nasi ayam mudah disediakan dan cepat dimasak. Lagipun semua family saya suka makan nasi ayam. Kali ni, saya masak nasi ayam berempah. Saja buat kelainan. Nasinya saya masak menggunakan stok ayam juga, tapi saya tambahkan rempah beriani ke dalam nasi. Untuk melengkapkan hidangan, saya sediakan juga acar timun + karot dan kismis, sup ayam dan juga sos cili padi. Tak ada sos cili dan juga sup, tak lengkap hidangan nasi ayam saya. Memang pedas, sebab saya guna cili padi merah + bawang putih. Makan panas2 sampai berpeluh-peluh...

Orang lain jangan tiru saya ya, hidangan ni saya masak kat rumah aje.. Tapi tak salah, kalau nak mencuba..

05 December 2011

NASI KEPAK AYAM DENGAN LOBAK MERAH


hidangan telah sedia, kuah sup, kepak ayam goreng, salad, timun, tomato, dan juga sos cili segar campur bawang putih.

Hidangan tengahari Isnin lepas. Ummi request nak makan nasi ayam, tp yg ada cuma kepak2 ayam.. Demi bonda tercinta, saya sediakan juga nasi ayam, walaupun menggunakan kepak ayam. Masak pun pakai campak2 je apa bahan yang ada. Lainlah kalau nak buat untuk jualan, mesti kena buat betul2 dan boleh memikat citarasa pelanggan.

Oleh kerana hanya menggunakan kepak ayam, saya tambahkan rangka ayam dan direbus bersama halia, bawang putih dan bawang besar dan air rebusan ini saya gunakan untuk masak nasi dan juga kuah sup. Semasa mereneh sup, saya campurkan sedikit kiub lobak merah. Untuk kepak ayam pula, saya gaulkan dengan sedikit kicap dan madu sebelum digoreng. Di dalam nasi, saya campurkan lobak merah yang disagat dan beberapa titis pewarna kuning. Alhamdulillah, siap juga hidangan saya untuk seisi keluarga.


nasi ayam campur lobak merah

Bagi sesiapa yang nak mencuba resipi saya, sila lihat entry sebelum ni di bawah tajuk nasi ayam. Apa yang perlu, ubahsuai sedikit resipi ikut selera masing2.

Selamat mencuba.

16 November 2011

MAKAN NASI LEMAK KAT SEPANG


sedia untuk disantap..



Ketka melawat bengkel frozen food di Sepang, semua peserta kursus dihidangkan dengan nasi lemak untuk sarapan pagi...Sambal tumisnya boleh tahan sedap.. bila dirisik2, resipinya menggunakan belacan bintulu.. harga belacan tu mahal wooo.. RM40/kg..

07 November 2011

NASI LEMAK



Menu sarapan pagi Sabtu lepas. Nasi lemak sambal, sambal tumis ikan bilis dan telur rebus. Plan asal nak bungkus dalam daun pisang, tapi hari hujan. Maka tak dapatlah nak cantas daun pisang...

Saya masak nasi lemak biasa2 aje.. Cuma cuci beras, taruk santan, garam secubit, daun pandan dan hirisan bawang merah. Masak seperti biasa. Untuk sambal tumis, gorengkan ikan bilis dan ketepikan. Kemudian tumiskan bawang besar hiris diikuti cili kisakering r, bawang merah dan bawang putih. Tambah sedikit air asam, garam secukup rasa. Kemudian masukkan ikan bilis goreng. Masak sampai pekat. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak dan juga telur rebus.

Selamat mencuba.

24 October 2011

NASI BERLAUK GULAI IKAN AYA @ TONGKOL


Nasi berlauk ni biasanya dibuat sarapan pagi.. Sama juga dengan nasi lemak.. tapi nasi berlauk ni menggunakan nasi putih, lauk gulai ikan aya, sambal belacan dan ulam timun..


Gulai ikan aya @ tongkol untuk nasi berlauk ataupun nasi dagang..

22 October 2011

NASI GORENG IKAN REBUS, UBI REBUS DAN SAMBAL TUMIS


nasi goreng, ubi rebus dan sambal tumis


Nasi goreng ikan rebus.


Nasi goreng ni lebih sedap kalau Umi yang masak. Umi masak nasi goreng campur ikan rebus dan perencahnya guna lada kering. Mmm... memang sedap..Lagi2 kalau ada keropok goreng dan juga sambal belacan.

Sebenarnya gambar ni dah lama, masa mula2 saya pindah balik ke sini...tapi oleh kerana sibuk, tak dapat lah nak berblogging hari-hari seperti selalu..

14 October 2011

NASI AYAM


hidangan lengkap nasi ayam iaitu nasi, ayam goreng bermadu, salad, sup dan sos cili


nasi ayam (nasi dimasak menggunakan air rebusan ayam)


ayam goreng (ayam yang telah direbus diperap dengan madu + kicap, kemudian digoreng garing)


sos cili segar

Hidangan ringkas, mudah dan cepat disediakan. Hidangan ini menjadi pilihan ketika sibuk. Di sini saya kongsikan resipi nasi ayam yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya.

Bahan-bahan
1 ekor ayam (berat dlm 1.5kg)- dibersihkan tapi jangan dipotong
2 inci halia, dimayang halus
1 labu bawang putih, dimayang halus
10 gelas air
sedikit kicap pekat dan madu
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk nasi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dimayang
sedikit halia
lemak ayam sekiranya ada (boleh ganti dengan marjerin atau minyak sayur)
4 pot beras, dibersihkan dan tos
4 pot air rebusan ayam atau bergantung pada jenis beras
secubit garam
daun pandan disimpulkan

Bahan-bahan untuk sos (dicampur dan dikisar lumat bersama sedikit air rebusan ayam)
5 biji cili merah segar
10 biji cili padi (jika suka lebih pedas)
1 labu bawang putih
2 biji tomato, buang biji
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
jus limau secukup kegunaan

salad, timun dan tomato
daun sup dan daun bawang, dimayang halus
bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara membuatnya
Didihkan air, campurkan halia dan bawang putih yang telah dimayang. Masukkan ayam dan masak selama 30 minit atau hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan ketepikan air rebusan ayam.

Cara menyediakan ayam
Ayam yang telah direbus digaulkan dengan sedikit kicap dan madu. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Kemudian bolehlah dipotong2 untuk dihidangkan.

Cara memasak nasi.
Cairkan lemak ayam atau marjerin, tumiskan daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan. Masukkan air rebusan ayam dan juga beras. Tambah garam secukup rasa. Masak seperti memasak nasi biasa hingga masak.

Cara menyediakan sup.
Air rebusan ayam dicampurkan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketika menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.

HIdangkan nasi ayam dengan ayam goreng, sup, sos cili dan sayuran iaitu salad, timun dan tomato.

Selamat mencuba.

31 March 2011

LONTONG KERING

Sarapan pagi kat Restoran SASA, Pasir Gudang.. Erm.. sedap sangat....Tengoklah apa yang kami makan..

yang ni hubby punya..



Lontong kering ni kalau aksesorinya cukup.. memang sedap... Lebih sedap dari lontong berkuah..

29 March 2011

NASI GULAI KAWAH KAT KEDAI KAK WAN


yang ini saya yang punya... lauk gulai kawah, acar kobis dan sambal...


hubby dah gemar lauk gulai kawah..

Hari2 terakhir sebelum meninggalkan Pasir Gudang.. Lunch berdua dengan hubby kat kedai Kak Wan.. makan nasi putih lauk gulai kawah...sebelum balik siap salam2 dengan Kak Wan, tokey kedai.. rupa2nya suami dia pun sekapal dengan saya.. orang Besut gak.. hehehe..itula padahnya kalau mulut tak reti diam.. semua nak tanya.. hehe

28 March 2011

BUBUR BERLAUK


bubur nasi + kentang, karot n ayam...


ayam masak blackpepper.. versi saya... cuma tumiskan halia, bwg putih, masukkan ayam dan black pepper.. tambah juga kicap n sos tiram..akhir sekali potongan lada dan bawang besar... siap..


kailan + brocoli goreng belacan


klu takde ni... tak syok makan bubur...ikan sepat masin goreng + bawang dan cili padi...

Menu orang sakit gigi.. Makan bubur jer.. Tak kisahlah kan.. janji kenyang...

19 March 2011

CUCUR NASI


Ada nasi lebihan malam tadi, tapi nak digoreng...nasinya sikit sangat.. so saya blend, dan buatkan cucur... Erm.. sedap juga.. Resipi dari Nik Hazrine...rakan Facebook...tapi dah diubahsuai sket, ikut apa yang ada kat dapur saya..

Bahan2nya
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung
air secukup kegunaan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah, dihiris halus
sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris halus
segenggam ikan bilis
1 mangkuk isi udang (terpulang)

minyak untuk menggoreng

Cara2 membuatnya
Blendkan nasi dengan air, ikan bilis dan bawang besar. Masukkan ke dalam mangkuk adunan dan campurkan dengan tepung, isi udang, garam secukup rasa dan bahan2 yang telah dihiris. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu lembik. Panaskan minyak dan goreng sepertimana membuat cucur ikan bilis yang biasa... Siap untuk disajikan dengan sos atau dimakan begitu saja..

Selamat mencuba..