KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

11 November 2012

DAGING MERAH MASAM MANIS

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi hidangan kegemaran keluarga saya.. resipi yang sangat ringkas dan mudah.. Daging merah masam manis.   bukan daging merah Thai yang berwarna merah tu.. tapi masakan ni berkuah pekat, rasa pedas, sedikit masam dan ada rasa manis...sedap dimakan dengan nasi putih atau roti..

Bahan2
1kg daging, dihiris nipis
2 inci halia, diketuk2
1 batang serai, diketuk2
3 keping asam gelugur
2 senduk sos tomato
1 senduk kicap manis
garam gula secukup rasa
Bawang besar dibelah2..

Bahan2 kisar
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Cara2
Daging direbus bersama halia dan serai yang diketuk hingga empuk.  Pastikan tidak menggunakan terlalu banyak air semasa merebus daging.  Asingkan air rebusan dengan daging dan ketepikan.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing, masukkan daging, sos tomato, kicap manis, garam dan gula.. Kemudian, masukkan daging dan asam gelugur.  Kacau sampai kering sedikit, baru ditambah air rebusan dan masak lagi sampai pekat.  Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar... Siap untuk disajikan.

Saya makan dengan nasi putih aje.. 

Selamat mencuba.

10 November 2012

DAGING GULAI KICAP

Assalamualaikum wbt..

Resipi ini bonda saya yang perturunkan kepada saya... Bonda belajar dari ibu saudara merangkap nenek saudara saya belah abah... saya panggil Chek.. Chek ni berketurunan Cina, tapi sejak bayi lagi beliau dibela oleh keluarga angkatnya orang Islam.. bonda angkat Chek inilah yang beri tunjuk ajar cara masakan yang cukup simple, tapi sedap ini...Nama masakan ini ialah daging gulai kicap...  Saya rasa inilah satu2nya cara masak lauk kicap yang paling mudah dan yang penting kelazatannya itu...

Okeh.. saya tak mau merepek banyak2... Saya tuliskan resipinya untuk kawan2 cuba.. Memang sedap, mudah dan jimat belanja.. Kalau mahal pun, daging aje.. ramuan lain sedia ada kat dapur.. tapi kalau jenis yang jarang masak.. mohon maaf ye. kena beli la bahan2 tu...

DAGING GULAI KICAP

Bahan2nya
1kg daging
3 labu bawang besar atau 10 biji bawang merah
5 tangkai lada merah (boleh ganti cili kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk kicap atau secukup kegunaan
3 keping asam gelugur

Cara2 membuatnya
Daging dipotong lebar2 tapi nipis.. Cuci dan toskan.  Bawang besar, lada merah dan bawang putih dibakar atas api dapur berserta kulit2nya sekali sampai masak.  Dah masak, kupaskan dan cuci.  Masukkan bawang dan cili yang dibakar ke dalam blender bersama2 halia dan kisar lumat.  (Resipi sebenar kena tumbuk je semua ni)  Campurkan bahan2 kisar ke dalam daging dan campurkan juga kicap.  Perap 10 minit.  Masukkan ke dalam kuali, tambahkan asam keping dan masak sampai kering airnya dan semua bumbu meresap ke dalam daging.  Kemudian baru ditambah air dan masak lagi sampai daging empuk..  Masak lagi sampai pekat.. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan.

Nota :

Selain lada merah, boleh gantikan dengan cili api atau cili kering.  Jika menggunakan cili kering,  cilinya tak perlu dibakar.. kisarkan terus bersama bawang2 yang telah dibakar.

Selamat mencuba 


13 May 2012

DAGING MERAH

Assalamualaikum wbt..
Kebetulan ada sedikit daging yang telah siap direbus dalam peti ais. Saya masak lauk kegemaran keluarga iaitu daging merah.. Daging merah ni sangat popular kat kedai2 tomyam atau restoran yang menyediakan masakan panas. Biasanya lauk ni berwarna merah dan ada campuran kacang panjang atau bunga kubis. Tapi saya stok sayur-sayuran tu.. jd masak yang ringkas2 je.. janji ada rasa.. takpelah menderhaka sikit pada resipi asalnya. Cuma hiriskan daging yang telah siap direbus, gaulkan dengan sos tiram, sos nampla, sos cili dan sos tomato. Perap sekejap. Kemudian tumiskan halia, cili padi dan bawang putih yang diketuk hingga kekuningan dan naik bau. Masukan daging yang diperap dan kacau. Tambahkan sedikit air rebusan daging dan masak sampai pekat. Akhir sekali, campurkan hirisan bawang besar dan cili merah. Siap untuk disajikan. Selamat mencuba.

17 December 2010

GULAI KAWAH



Gulai Kawah ni memang terkenal di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu (Terengganu pun tak semua tempat) Kalau dulu, nak makan nasi lauk gulai kawah, kena tunggu musim cuti sekolah..sebab banyak walimatul urus/majlis orang kahwin.. Dipanggil gulai kawah sebab dimasak dalam kawah.. Biasanya kalau satu ekor kambing atau lembu/kerbau yang disembelih, semua bahagian daging/tulang/perut dan lain2 organ dalaman akan dicampur sekali dan dimasak gulai dalam kawah besar. Ada juga yang mencampurkan dengan buah ara, ubi-ubian seperti keledek, kemili dan kentang. Ada juga yang mencampurkan dengan umbut kelapa atau mumbang kelapa..Lain tempat, lain cara mereka memasak gulai kawah..

Sekarang, kat mana2 ceruk, asal ada orang Pantai Timur berniaga, boleh dikatakan ada menjual nasi lauk gulai kawah. Trade mark gulai kawah kat kedai makan atau restoran telah menambahkan lagi populariti kedai mereka..

11 December 2010

DAGING MASIN GORENG


Lauk daging masin ini adalah kegemaran saya dari dulu sampai sekarang. Teringat arwah nenek, beliau selalu buat daging masin. Arwah tok pula tukang sembelih lembu, jadi selalu la ada stok daging kat rumah nenek. Oleh kerana tak ada peti ais untuk menyimpan daging, jadi arwah nenek akan buatkan daging masin dengan cara menggaul daging dengan garam kasar secukupnya dan disimpan di dalam balang kaca atau tempayan. Bila tiba musim tengkujuh atau jika kehabisan lauk, daging masin adalah menu utama.

Daging masin ni bukan saja sedap digoreng, tetapi juga dibuat gulai. Hari ini, saya goreng daging masin yang saya bawa dari kampung. Sebelum dimasak, daging masin hendaklah direndam dulu supaya kurang rasa masinnya. Selepas itu, barulah dicuci beberapa kali dan ditoskan.

DAGING MASIN GORENG

Bahan-bahan
Daging masin yang telah dicuci
Bawang putih, bawang merah, halia, dimayang
Bawang besar dan lada hidup, dihiris2
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
Masukkan daging ke dalam kuali dan keringkan airnya. Kemudian tambah air lain, dan rebus selama 1 - 1/2 jam atau hingga daging lembut, baru dimasukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau selalu supaya kelihatan garing. Bila garing, masukkan hirisan lada hidup dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat.

Selamat Mencuba

21 November 2010

KERUTUK DAGING

Hari ni masak kerutuk daging.. daging korban yang dapat masa raya haji aritu.. hehehe.. Lauk kerutuk ni adalah masakan tradisional Kelantan/Terengganu.. Ada rempah khas yang digunakan untuk memasak kerutuk.. Cara memasak sepertimana memasak kari atau kurma, cuma kuahnya lebih pekat dan ditambah kerisik.
Terung ni pula saya campakkan ke dalam kerutuk daging yang sedang dimasak.. Dah empuk isinya, saya keluarkanlah sebab suami tak suka makan terung.
Ini pula acar timun + nenas + kobis. Untuk potong lemak daging... Lagipun lebih menyelerakan jika dimakan dengan nasi putih dan lauk kerutuk.

Selamat mencuba..

20 November 2010

SUP GEAR BOX


Menu tengahari ini ialah sup gearbox.. takde lah special sangat..tapi buang duit makan kat luar, baik masak sendiri.. berbaloi2.. beli gearbox baru RM7.00 sekilo..makan pun puas hati.. Amacam??Bagi pelengkap hidangan, cuma masak sayur kubis goreng. Ada sedikit sambal belacan, baki semalam dan ulam.. dah cukup.. lagipun hari ni nak ke Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Cemerlang kanak2 Tadika Delima Gemilang.. tempat Angah belajar.. Angah tak dapat nombor pun, cuma dapat anugerah Matematik terbaik.. Syukur alhamdulillah.. Lepas tu ada la buat persembahan nyanyian lagu patriotik, tarian pokey2.. dan ambil bahagian dalam acara pakaian beragam..

Sebenarnya takde idea untuk tema pakaian beragam.. last minute terfikir... pergi ke butik pakaian tradisional India kat Masai.. beli sepasang baju punjabi dan sepasang kasut yang sedondon dengan warna baju.. Habislah dalam RM100.00. Tak menang pun, kita ajar dia menari hindustan..dia lompat2 jer kat pentas!!! Nak wat cmner..budak tu baru 5tahun..takpelah untuk suka2... dan kenangan juga..

owh... syoknya aku menulis.. resipi tak tulis2 jugak ehh.. sebenarnya masak sup ni senang jer..sapa2 pun boleh buat.... tapi saja je, aku nak tepek jugak resepi kt sini.. bahan2 pun campak2 jer apa yg ada..

Bahan-bahan

1kg gearbox kambing (siap potong), digaul dengan sedikit tepung gandum dan perap sebentar. Kemudian dicuci bersih.
Air secukupnya untuk kuah
5 biji bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
10 biji cili padi (biar sebiji-sebiji)
2 batang celeri, dihiris serong2
2 biji tomato, dibelah 2
garam dan serbuk secukup rasa

Bahan-bahan kisar
2 labu bawang merah besar
1 labu bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
2 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis

Untuk taburan dalam sup (hiasan)
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang, dihiris halus
Limau nipis atau limau kasturi, dibelah

Cara-cara membuatnya
Rebus gearbox dengan air secukupnya hingga mendidih dan keluar buih. Buang air rebusan pertama tadi. Ganti dengan air baru.. (saya buat begini untuk buang lemak tepu)
Campurkan halia dan bawang putih yang diketuk. Rebus lagi sampai empuk (kalau tengok isi daging dah lekang dari tulang tu dah empuk le)... Masukkan bahan-bahan kisar, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Renehkan sekurang2nya 1/2 jam atau hingga semua bumbu meresap. Masukkan seleri, cili padi (biar sebiji-sebiji) dan tomato. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan bahan2 hiasan dan hidangkan panas2.

Selamat Mencuba..

19 November 2010

DAGING SINGGANG KELANTANESE STYLE


1kg daging + tulang atau tulang rusuk
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup,
segenggam ketumbar
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah, dihiris-hiris
2 - 3 keping asam gelugur
Lada hidup atau cili padi
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Cara Membuatnya
Rebuskan daging + tulang dengan air secukupnya hingga empuk. Sementara menunggu daging empuk, hiriskan lengkuas, halia, kunyit, bawang putih, bawang merah. Ketumbar ditumbuk kasar. Apabila daging telah empuk, campurkan bahan-bahan hiris, ketumbar, asam keping dan garam secukup rasa. Renehkan atas api kecil sekurang2nya setengah jam baru dimasukkan lada hidup sebiji-sebiji dan juga cili padi. Setelah itu, sesuaikan rasa, baru boleh dimatikan api dapur dan sedia dihidangkan. Hidangkan panas2 dengan nasi putih.

11 October 2010

DAGING KICAP LADA HITAM

Hidangan makan malam ni, sangat simple.. Menu ibu bekerja....hehehe..Nasi putih dengan daging kicap berlada hitam..

DAGING KICAP LADA HITAM

Bahan-bahan
250 gm daging, direbus hingga empuk dan hiris nipis
4 batang kacang panjang, dipotong pendek2
1 labu bawang besar, dihiris-hiris
2 biji lada hijau, dihiris-hiris
1 biji buah tomato (saya tak taruk sbb dah habis stok)
1 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk (boleh ditambah jika suka lebih pedas)
3 sudu kicap pekat manis
2 sudu sos tomato
1 sudu jus limau nipis

garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis;
3 biji bawang putih, dihiris-hiris
3 biji bawang merah, dihiris-hiris
1 inci halia, dihiris-hiris
sedikit minyak untuk menumis

Cara :

Gaulkan daging dengan kicap, lada hitam, jus limau dan sos tomato. Perapkan 10 minit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga kekuningan. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan kacau rata-rata. Masukkan sedikit air supaya tidak hangit. Tambah garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, tomato, bawang besar dan lada hijau yang telah dihiris. Apabila bawang dan lada setengah masak, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

03 November 2008

GULAI DARAT


Orang dulu-dulu mana ada rempah siap. Kalau nak masak gulai ayam ke daging ke, semua kena giling sendiri. Tiap kali nak masak gulai masa tu sibuklah dan menggoreng ketumbar jintan, lada kering dll ..lepas tu nak menumbuk lagi..Sekarang dah senang, gunakan blender aje...

AYAM GULAI DARAT

Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4 dan bersihkan
2 sudu kerisik
1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan(asingkan pekat dan cair)
4 biji kentang - jika suka (belah 4)
beberapa biji lada hidup, belah 2
1 biji bawang besar, belah 4
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
5-6 biji lada kering
1/2 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kelapa parut

Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 biji buah keras
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis dan jintan putih
2 biji buah pelaga
1 inci kuli kayu manis
3 kelopak bunga lawang
1/2 kuntum cabe
2 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

garam secukup rasa

Cara Menyediakannya.
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, asam gelugur dan sedikit garam. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan 1/2 cawan santan cair. Masak hingga ayam mengecut dan hampir kering. Tambahkan santan cair dan masukkan kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Selepas itu baru dimasukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih dan ayam betul2 masak. akhir sekali campurkan lada hidup dan bawang besar yang telah dibelah2. Bila lada dan bawang telah setengah masak, bolehlah diangkat.

Hidangkan gulai darat ini dengan nasi putih, sambal belacan dan teresek jantung pisang atau kacang panjang.

TERESEK JANTUNG PISANG
1 biji jantung pisang, hiris nipis dan rendam dengan air garam, kemudian perah
atau 20 batang kacang panjang
5-6 pasang Hati dan mempedal ayam, bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang besar, belah-belah
4-5 biji lada hidup, belah-belah
satu cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik

Bahan-bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili kering
segenggam kelapa parut

1 bungkus rempah kari
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
rempah 4 sekawan

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan hati dan mempedal ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa. Kemudian masukkan jantung pisang dan santan cair. Agak2 jantung pisang dah masak, baru masukkan santan pekat dan kerisik. Sesuaikan rasa dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan bawang besar. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.