Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
18 October 2010
STEW KAMBING
Saya tak pernah masak stew kambing ni.. Tapi selepas merasa masakan ini di rumah adik saya masa masa open house & doa selamat sempena aqiqah anakndanya pada raya lepas, terus terpikat.. Lepas tu mulalah saya merisik kabar, apa bahan2 yang digunakan utk memasak stew kambing ni.. Dan hasilnya, beginilah resipinya...
STEW KAMBING
Bahan-bahan
1 kg daging kambing (bahagian bertulang & berlemak)
3 inci halia, ditumbuk kasar
1 labu bawang putih, ditumbuk kasar
2 -3 biji bawang besar, dicincang halus
3 biji tomato
1 batang seleri, dipotong2
1 batang karot, dipotong 2
1 tin kecil tomato puree
1 pokok daun ketumbar, dihiris-hiris
1 sudu besar lada hitam (boleh tambah jika suka lebih pedas)
sedikit oregano atau rosmary (saya guna ketumbar jintan - citarasa melayu..)
garam dan serbuk perasa secukup rasa
4 sudu minyak masak
Cara Membuatnya
Gaulkan daging kambing dengan bawang putih, halia dan lada hitam. Perap setengah jam. Panaskan minyak dan gorengkan daging tadi sebentar (cukup setakat berubah warna). Ketepikan. Dalam minyak yang sama, gorengkan bawang besar dan seleri hingga layu. Masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi, tomato dan rempah2 (oregano/rosmary atau ketumbar jintan). Tutup periuk dan kecilkan api. Kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah kering, tambahkan air secukupnya dan masak sampai daging empuk, iaitu kira-kira satu hingga satu setengah jam. Setelah empuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa. Masak hingga pekat. Sedap dimakan dengan roti atau nasi.
Selamat mencuba
Labels :
KAMBING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment