Bubur lambuk ni sedap dimakan pada bila2 masa saja.. Kali ni Ummi masak untuk hidangan makan tengahari.. Senang, tak payah masak macam2.. semua lengkap dalam satu hidangan.. Ada karbohidrat, protein dan sayur-sayuran.. Sayur-sayuran kampung yang banyak khasiat seperti pucuk niding, serai, daun ubi kayu, daun kesum, balik adat, cekur, pucuk manis, pucuk timun tikus,rebung dan macam2 lah.. Ada yang dibeli, ada yang petik keliling rumah aje.. Tambah isi ikan, ikan bilis, kerisik, dan bumbu yang siap ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam. Jika suka, boleh tambahkan santan.. Tapi Ummi tak guna santan, sebab memuakkan.. cukup guna kerisik je.. makan pun boleh tambah2...(macamana nak surut perut ni ye...asyik dok tambah makan je...hehe) Ketika menghidang, bolehlah sediakan ikan kering haruan yang digoreng garing.. ataupun boleh juga ikan masin tenggiri.. gelama kering...ikan bilis goreng, telur masin pun boleh.....dan cili padi jeruk (bagi yang suka pedas).. Nak lebih sedap lagi... tambahkan apa2.. isi ayam, daging, sotong, udang dalam masakan bubur lambuk... atau apa2 je lah yang membuka selera.. Selamat mencuba...
Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
Showing posts with label BUBUR. Show all posts
Showing posts with label BUBUR. Show all posts
27 April 2012
BUBUR LAMBUK
Bubur lambuk ni sedap dimakan pada bila2 masa saja.. Kali ni Ummi masak untuk hidangan makan tengahari.. Senang, tak payah masak macam2.. semua lengkap dalam satu hidangan.. Ada karbohidrat, protein dan sayur-sayuran.. Sayur-sayuran kampung yang banyak khasiat seperti pucuk niding, serai, daun ubi kayu, daun kesum, balik adat, cekur, pucuk manis, pucuk timun tikus,rebung dan macam2 lah.. Ada yang dibeli, ada yang petik keliling rumah aje.. Tambah isi ikan, ikan bilis, kerisik, dan bumbu yang siap ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam. Jika suka, boleh tambahkan santan.. Tapi Ummi tak guna santan, sebab memuakkan.. cukup guna kerisik je.. makan pun boleh tambah2...(macamana nak surut perut ni ye...asyik dok tambah makan je...hehe) Ketika menghidang, bolehlah sediakan ikan kering haruan yang digoreng garing.. ataupun boleh juga ikan masin tenggiri.. gelama kering...ikan bilis goreng, telur masin pun boleh.....dan cili padi jeruk (bagi yang suka pedas).. Nak lebih sedap lagi... tambahkan apa2.. isi ayam, daging, sotong, udang dalam masakan bubur lambuk... atau apa2 je lah yang membuka selera.. Selamat mencuba...
26 March 2012
NASI AIR @ BUBUR BERLAUK
nasi air ringkas..cuma ada ikan bilis goreng dan hirisan daun sup + daun bawang..
Kalau berkunjung ke negeri Kelantan atau Terengganu iaitu di daerah saya Besut, banyak kedai2 makan yang menyediakan hidangan nasi air. Bahkan di pasar2 malam pun ada dijual. Ada pelbagai versi nasi air, iaitu nasi air daging, nasi air ayam dan nasi air ikan bilis.
Nasi air yang berasal dari negara jiran (Thailand) sebenarnya nasi yang dimasak lembek dan dicampur dengan kuah sup, ditabur dengan hirisan ayam atau daging, perut, daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada sulah dan juga ikan bilis goreng. Ditambah dengan cili jeruk dan lobak masin sebagai pelengkap rasa. Semua dilonggok dalam satu mangkuk dan sangat berbeza dengan bubur berlauk yang saya selalu makan di Johor.
Bubur berlauk di Johor ialah bubur nasi yang dihidang dengan kangkung belacan, sambal tumis, ikan masin, telur masin, lobak masin, kacang goreng dan ikan bilis goreng. Lauk pauk lain juga boleh ditambah ikut citarasa sendiri.
Oleh itu, kalau berkunjung ke Pantai Timur, jangan lupa menjamah hidangan nasi air yang unik ini.
Selamat mencuba..
14 December 2011
BUBUR LEMAK
Ummi selalu masak bubur lemak ni masa saya kecik2 dulu.. Tapi cuma dimakan dengan gula..
Pagi, saya masak bubur lemak untuk sarapan pagi.. Ada telur asin, ikan bilis goreng, lobak asin goreng dan sambal tumis.. Nak masak kangkung belacan, dah tak sempat.. Jadi makan je lah apa yang ada.. Lagipun, hari ni teramat sibuk giler... sampaikan tengah hari pun makan bubur ni jugak..
Bubur lemak ni nak buatnya mudah je, cuma cuci beras dan jerang dengan air secukupnya sampai beras jadi lembut macam bubur. Tapi janganlah sampai halus jd bubur tepung pulak.. Kemudian, tambahkan santan dan serai yang diketuk. Campurkan secubit garam untuk tambah rasa lemak. Sesuaikan rasa, boleh lah dihidangkan.. Nak makan begitu saja dengan gula atau dengan lauk pauk, terpulang selera masing2 lah ya..
Selamat mencuba........
22 October 2011
BUBUR LAMBUK TERENGGANU
Bahan-bahan
2 tin susu beras, cuci dan tos
8 - 10 tin air untuk memasak bubur (ikut jenis beras)
garam, serbuk perasa secukupnya
segenggam ikan bilis
2 batang serai
3-4 ekor ikan selayang @ kembung, dibakar, ambil isinya sahaja
3 sudu kerisik
santan satu biji kelapa
Bahan-bahan bumbunya (dikisar halus)
5 biji Bawang putih
10 biji Bawang merah
1 sudu lada hitam atau secukup rasa
sedikit halia
Sayur-sayuran (dihiris-hiris)
2 ikat sayur daun niding
10 helai daun kaduk
5 tangkai daun kesum
1 ikat pucuk ubi
1 helai daun kunyit
2 helai daun cekur
pucuk manis dan lain-lain
Untuk hiasan @ cadangan hidangan
Ikan bilis goreng
Ikan masin goreng
Cili padi jeruk
Sedikit budu
Cara :
Masak nasi sampai jadi bubur bersama serai dan ikan bilis. Bubur jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Campurkan bumbu yang dikisar, santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Akhir sekali campurkan sayur-sayuran. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)