KAWAN-KAWAN SAYA

02 May 2012

SAMBAL SOTONG

Sambal sotong ni, Ummi yang masak..memang sedap air tangan Ummi, bondaku tercinta..masing-masing ada cara tersendiri bagaimana nak masak sambal sotong.. yang pasti, Ummi tak lupa gunakan serai yang dititik semasa menumis sambal sotong.. dan sentiasa pastikan bahan-bahan sambal iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih ditumis hingga betul-betul garing sebelum dicampurkan sedikit gula, biar sambalnya jadi cantik.. Kemudian, baru ditambah sotong, sedikit air asam jawa dan garam... Bila dah campur sotong tu, pastikan jangan dimasak terlalu lama supaya isi sotong tak jadi liat.. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment