KAWAN-KAWAN SAYA

08 May 2012

IKAN PULUTAN MASAK TEMPOYAK

Assalamualaikum wbt
Malam ni makan malam berlaukkan ikan masak tempoyak. Bukan ikan patin ye, tapi ikan pulutan iaitu spesis ikan mayong, duri dan juga baung...pemberian Mak Uteh, sepupu Ummi merangkap Mak Sepupu saya....ketika kami berkunjung ke rumah beliau petamg semalam. Bukan ikan ni aje, tapi juga ikan kakap (siakap) dan ikan pulutan mambar (belum cukup kering).
Ada bermacam2 versi masak tempoyak, tapi saya rasa resipi ni yang paling mudah dan sedap. Lagi pula cepat disediakan sebab masakan ni tak menggunakan bawang. Cuma tumbukkan cili padi dengan kunyit hidup hingga lumat dan campakkan ke dalam periuk. Campurkan tempoyak dan tambahkan air secukupnya. Tambahkan juga asam keping jika tempoyak tidak cukup masam. Kemudian didihkan, baru dimasukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong2 juga garam secukup rasa. Agak2 ikan dah hampir masak, masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila ikan dah masak, sesuaikan rasanya dan bolehlah dipadamkan api sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment