Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
13 May 2012
BUBUR SOM-SOM
Assalamualaikum wbt.
Ummi saya memang sukakan hidangan lemak manis seperti bubur, pengat dan kuih-kuih lain yang seangkatan dengannya. Tak kira siang atau malam.. kadangkala, risau gak... takut mengundang penyakit... Bubut som-som ni Ummi buat malam tadi..masa tengah sibuk2 perisi ikan nak masak serunding ikan.. dan ada pulak lebihan santan... Pada mulanya Ummi nak masak kuih lompat tikam...tapi memandangkan hari dah malam.. daun pandan pulak tak ada.... Jadi, saya cakap kat Ummi, apa kata buat bubur som-som je.. Lagipun mudah aje membuatnya.. Cuma leburkan santan, tepung beras dan secubit garam. Kacau atas api sederhana hingga masak dan pekat. Tuangkan dalam acuan dan tunggu hingga sejuk, barulah dipotong2 dan dimakan dengan air gula melaka.. Selamat mencuba.
Labels :
PENGAT DAN MANISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya sagat sukla dengan blog cik nonie ni..amat bagus kerana berkongsi masakan
ReplyDeleteterima kasih cik puan ema..
Delete