Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
31 May 2012
AYAM UNGKEP, KACANG PANJANG GORENG CAMPUR TAUHU TEMPE
Assalamualaikum wbt..
Ayam masak ungkep...masakan orang jawa... resipi Azlina Shah, rakan facebook saya.. cukup mudah cara memasaknya dan sedap pula rasanya.. Cuma blendkan bawang2, halia, kunyit, lengkuas, serai dan ketumbar jintan..kemudian ditumis bersama rempah 4 sekawan hingga wangi. Jika malas nak mengisar, bahan2 bumbunya boleh dihiris2 dan ditumis begitu aje...Selain ayam, daging juga boleh digunakan. Tambahkan juga air asam jawa dan garam secukup rasa. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi..Masak secara "ungkep" hingga ayam atau daging empuk dan kuahnya pekat dan agak kering.
kacang panjang ni digoreng campur tauhu, tempe dan juga suhun.. Macam biasalah.. tumis2 aje..hehe
kekapis masak sambal..
kangkung goreng belacan ... cuma blendkan cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan dan sedikit udang kering. Tumis sampai garing, campur garam dan kangkung. Tutup kuali. Agak sayur dah layu, kacau sebentar dan angkat. Siap untuk disajikan.
hidangan tengahari yang ringkas.. ada ayam ungkep, kekapis masak sambal, kacang panjang goreng campur tauhu tempe dan juga kangkung goreng belacan..
Sebenarnya, masakan ni hidangan tengahari dua hari yang lepas.. oleh kerana line tenet yang tenat...baru malam ni dapat dikongsikan kepada kawan2 semua.. kongsi gambar aje.. kalau nak resipi, rasanya kawan2 pun tentu selalu masak macam ni kan.. Selamat mencuba..
Labels :
AYAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment