Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
06 March 2011
PISANG REBUS
Pisang rebus ni kami makan kat rumah mak semalam... Pisang apa ye.. Mak kata pisang lilin, tapi kalau tak silap kat kampung saya dipanggil pisang karang... Saya makan cecah gula.. Sedap..Mak kata, kalau dimakan dengan kelapa parut lagi sedap.. Teringat masa dok kat kampung dulu.. kalau musim2 hujan, selain ubi rebus...kami makan pisang rebus.. Biasanya pisang nangka, pisang kebatu (adik beradik kepok kalau di Johor) atau pisang kelat lega (kalau kat Johor ni dipanggil pisang awak.. kalau tak silap saya lah...)yang sedap dimakan rebus. Makan cecah gula masa panas2... Tapi kalau kat sini, dimakan dengan kelapa parut atau dibuat pisang getuk..Hehe... Lain tempat, lain cara kan..
Labels :
PISANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment