KAWAN-KAWAN SAYA

07 March 2011

KERABU ULAM-ULAMAN



Kalau makan nasi dengan kerabu, teringat masa bulan puasa.. Mau taknya.. kalau bulan puasa, macam2 jenis kerabu ada. Bukan saja sayur-sayuran yang dijadikan kerabu tapi juga buah-buahan hinggalah lauk-lauk seperti babat, daging, ayam, kaki ayam, sotong, udang dan lain2. Macam2 bahan dan rasa kerabu ada.. Pendek kata, kerabu ada pembuka selera nombor satu.

Resipi kerabu saya hari ini, saya gabungkan. Gabungan timur dan utara. Kalau orang utara, dia gunakan udang kering, manakala kerabu orang pantai timur banyak menggunakan ikan. Tapi saya campur kedua-duanya.. Nak cuba, sila rujuk resipi kat bawah ni.. Sedap tau....

Bahan-bahan
1 ikat daun selom, dihiris halus
1 genggam taugeh, dihiris halus
3 batang kacang panjang, dihiris halus
1 biji limau nipis, perah ambil airnya
garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik kelapa
1/2 biji bawang besar, dimayang halus
1 cm halia, dimayang halus

Bahan-bahan tumbuk
1 sudu kecil lada hitam atau 5 biji cili padi
1 ekor ikan selayang, dibakar tawar, ambil isinya sahaja
sedikit udang kering, direndam
3 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit halia
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya
Campurkan semua bahan dan kacau rata2. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja.

1 comment:

  1. tumpang share ye cik :) nak buat juadah berbuka ,

    ReplyDelete