KAWAN-KAWAN SAYA

06 November 2010

ROTI MANIS DAN KAYU KERAMAT

Roti manis atau ban manis, roti goreng (orang terengganu panggil kayu keramat)..semua ni kegemaran keluarga saya.. Pagi2 saya dah siap uli tepung dan perap.. Tapi cuaca agak sejuk, jadi roti ni lambat naik.. Tapi alhamdulillah, dah siap masak, rotinya sangat gebu dan lembut.. Baik yang dibakar atau goreng..
Ban manis yang baru keluar oven. Saya gliskan sedikit mentega untuk mengilatkan permukaan dan melembutkannya.. nampak cantik..
Ban manis yang belum dibakar.. Tunggu masa nak masuk oven..

Kayu keramat atau roti goreng.. Yang ni dah abis dulu sebab lepas goreng jer terus dimakan panas2..
Ban manis bulat, juga baru keluar dari oven..

Resipinya senang ajer... Saya buat satu adunan dan bahagi dua.. satu bahagian, dibuat roti goreng dan satu bahagian lagi dibakar di dalam oven..

Bahan-bahannya
1kg tepung (saya guna tepung blue key)
1 paket mauripan
5 sudu gula - jika suka lebih manis, tambahkan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu bread softener
2 1/2 mug air suam
4 sudu besar marjerin

Cara :

Campurkan semua bahan dan uli sampai tak lekat kat tangan. Tutup dengan tuala lembap. Peram sampai naik sekali ganda. Tumbuk2kan adunan untuk membuang angin.. Kemudian uli sekali lagi, baru dibentukkan bulat atau bujur. Tunggu hingga naik sekali lagi, baru boleh digoreng atau dibakar hingga masak. Jika dibakar guna suhu 180 darjah selama 20 minit bergantung kpd saiz roti.

nota :
1) resipi ini adalah asas sahaja..kalau dibuat roti goreng, atau kayu keramat tambahkan kuantiti gula dan roti goreng ini boleh dibuat frozen dgn cara digoreng sekejap saja.. sejukkan dan packing dalam plastik dan bekukan.. Apabila hendak digoreng, nyahbekukan dulu, baru digoreng..

2) penggunaan air adalah bergantung kpd jenis tepung, oleh itu, hendaklah dikurangkan atau dilebihkan air ikut kesesuaian. jika adunan terlembik, adunan roti akan lebih cepat naik dan begitu juga sebaliknya..

3)jika suka, roti ini boleh dibubuh inti kesukaan seperti kaya, kelapa, jem, kacang merah, sardin dll atau paling senang taruk marjerin + gula..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment