Tengah terfikir-fikir, apa menu untuk minum petang..sebab penyakit M besar dah datang.. tiba2 terdengar suara bagi salam.. Owh, rupa2nya adik iparku menghulurkan sepiring kuih koci.. Koci pulut hitam.. Alhamdulillah, tak payah la buat apa2 lagi.. tinggal bancuh air tea o je.. hihihi..
Macam-macam cara orang buat kuih koci. Selain pulut hitam, ada yang campurkan labu atau keledek dengan cara merebus labu atau keledek hingga empuk, kemudian dikisar sebelum digaul dan uli dengan tepung pulut hingga jadi doh yang lembut. Teknik membungkus kuih koci pula macam2.. ada yang buat bentuk kun (macam dalam gambar), ada juga yang bungkus macam nasi lemak dan ada yang suka kuihnya terjegil kat luar.. hehehe

Bahan-bahan untuk membuat kuih koci (resepi ni lebih kurang sama dgn kuih onde2 atau puteri mandi)
Adunan kuih
1 paket Tepung pulut (500 gm)
100 gm tepung pulut hitam (boleh gantikan dengan tepung jemah)
1 sudu kecil air kapur
2 cawan santan cair atau secukup kegunaan + secubit garam
Bahan-bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih (kelapa kulit hijau, isinya masih lunak dan manis)
secubit garam
daun pandan, disimpulkan
gula melaka secukup manis
Bahan-bahan untuk salut
Pati santan, dimasak sampai pecah minyak (boleh gunakan minyak masak)
Daun pisang untuk membungkus - dipotong 6 " persegi, lap kering2
(sebaiknya daun pisang dilayur kat api atau jemur kat panas matahari supaya tidak pecah semasa membungkus)
Cara membuatnya
Mula-mula sediakan inti. Campur semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga kering. Sejukkan. Untuk adunan, campur semua bahan dan uli jadikan doh. Ambil sedikit adunan buatkan bebola, isikan sedikit inti. Letakkan dalam daun pisang dan sudukan sedikit pati santan. Bungkus kemas2. Kemudian dikukus sampai masak. Sedia untuk dihidangkan.
nota :
ada orang tidak suka taruk pati santan, mereka lebih suka oleskan sedikit minyak masak sebelum membungkus koci.
Selamat mencuba..
nota :
ada orang tidak suka taruk pati santan, mereka lebih suka oleskan sedikit minyak masak sebelum membungkus koci.
Selamat mencuba..
salam kenal..saya follow blog ni yer...
ReplyDeletebyk resepi menarik kat sini yg harus di cuba...