Petang semalam masa balik kerja, ada orang jual kupang dekat depan pintu pagar kilang. Bukan orang lain pun, pekerja syarikat juga.. Saya pun belilah juga..kupang masih fresh yang diternak sendiri.. Jadi, balik rumah terus merebus kupang dan siapkan air lada nya..
Saya dapat tips dari En. Salleh, penjual kupang.. katanya kalau nak rebus kupang, cuma ketukkan halia dan bawang putih. Tapi saya tambahkan sedikit halia. Taruk sedikit air dan masukkan kupang. Tutup periuk dan masak sampai mendidih dan kulitnya terbuka. Dah siap untuk dihidangkan. Jadi, hidangan makan malam ialah kupang rebus cecah air lada dan sedikit sayur goreng.. Selebihnya, saya kopek isinya dan simpan dalam freezer.. Mana tau kot2 esok nak masak sambal.
AIR LADA UNTUK CECAH KUPANG
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
5-6 biji limau kasturi, perah airnya
3 sudu makan cili sos (untuk pekatkan)
Cara Membuatnya
Tumbuk kasar cili dan bawang putih. Keluarkan dari lesung, campurkan garam, gula, cuka, air limau kasturi dan sos cili. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment