Satu lagi hidangan ringkas kegemaran family saya ialah kerabu sotong. Tapi kali ini saya campurkan dengan suhun. Ringkas2 saja. Campak2 apa yang ada kat peti ais. Janji secukup rasa yang dikehendaki..
Bahan-bahan
4 ekor sotong saiz sedang
100 gm suhun, direndam
1 pokok daun ketumbar, dihiris-hiris
1 biji cili merah, dihiris halus
1/2 biji bawang besar,dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus
2 biji tomato, dihiris halus
1 senduk kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
1 senduk air limau nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sos nampla, jika suka
1 cawan air
Cara-cara Membuatnya
Sotong dibersihkan dan dipotong2. Boleh dipotong bulat atau memanjang. Saya buat bentuk bunga.. Didihkan satu cawan air, campurkan sedikit garam dan serbuk perasa. Masukkan sotong, tapi jangan terlalu lama. Cukup untuk masakkan isi sotong sahaja. Toskan. Dalam air rebusan yang sama, masukkan suhun. Masak hingga suhun kembang dan lembut. Toskan dan campur ke dalam sotong tadi. Campurkan juga bahan-bahan yang dihiris halus. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dengan bawang putih. Campurkan garam, gula dan serbuk perasa. Keluarkan dari lesung, campurkan air limau dan sos nampla. Kacau rata2. Campurkan ke dalam suhun dan sotong tadi. Sesuaikan rasa dan hidangkan. Ketika menghidang, taburkan daun ketumbar.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment