KAWAN-KAWAN SAYA

26 November 2010

PIZZA UNTUK ANAK-ANAK





Malam tadi, anak2 nak makan pizza, tapi oleh kerana kepenatan, pagi ini baru dapat buat.. itupun banyak bahan2 yang tak cukup... Campak2 jer apa yang ada kt dapur...janji dapat tunaikan permintaan anak2.. Resipi ini saya intai kat Myresipi tapi ada buat ubahsuai sikit..ikut selera sendiri.. Alhamdulillah, berbaloi2 sebab diorang betul2 makan..

Bahan-bahan untuk doh pizza
750 gm tepung gandum
1 paket mauripan
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air suam secukupnya

Cara-cara
Campur semua bahan dan uli hingga lembut dan tak lekat di tangan. Tutup doh dengan kain lembap, dan perap hingga naik dua kali ganda. Tumbuk2kan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Canai nipis2 dan letak dalam dulang pembakar. Gliskan permukaan doh dengan sedikit minyak zaitun. Sapukan topping dan bahan-bahan taburan. Akhir sekali cheese. Biar doh naik sekali lagi sebelum dibakar hingga masak.

Untuk topping pizza :
1 tin kecil tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
sedikit oregano
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak zaitun
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji bawang putih, dicincang halus

Cara Membuatnya
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai layu. Masukkan tomato dan tomato puree. Masukkan air secukupnya dan tunggu sampai mendidih. Tambah garam, gula dan oregano. Masak sampai pekat. Sesuaikan rasa dan angkat. Sejukkan sebelum digunakan.

Bahan-bahan taburan, dihiris halus
5 keping sosej ayam
10 keping crab stick
1 tin nenas
1 tin kecil sardin, buang kuahnya dan hancurkan isinya (lebih sedap digantikan dengan tuna)
1 paket cheese (guna keju mozarella lebih sedap)
1 biji bawang besar, dipotong bulat2
1 biji capsikum (saya tak guna)
Oregano - jika suka lebih perisa

Itu saja, bahan-bahannya. Walaubagaimanapun, terpulang kepada citarasa dan kreativiti masing-masing untuk membuat pizza.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment