Daging masak singgang ni hanya terkenal di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Terdapat macam2 versi masak singgang dengan masing-masing punya cara masakan. Bagi keluarga saya, resepi singgang daging, ringkas sahaja.. Kalau mahukan pedas, tambah lada kering yang dikisar. Resepi daging masak singgang ini saya telah poskan sebelum ini. Tapi kali ini saja tepek resepi baru bagi memudahkan saya buat rujukan.. Mana tau kan, kot2 terlupa..
Biasanya bila tiba musim raya haji, jenuh nak makan daging singgang.. sana sini semua singgang.. nak jumpa sup pun susah.. Sebenarnya bukan saja daging atau tulang, boleh dimasak singgang, tapi paru dan limpa juga dicampur sama... terutamanya daging lembu korban.. Daging segar lah katakan..... Bahan-bahan untuk memasak daging singgang ialah:-

1kg daging + tulang atau tulang rusuk
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup,
segenggam ketumbar
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah, dihiris-hiris
2 - 3 keping asam gelugur
Lada hidup atau cili padi
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Cara Membuatnya
Rebuskan daging + tulang dengan air secukupnya hingga empuk. Sementara menunggu daging empuk, hiriskan lengkuas, halia, kunyit, bawang putih, bawang merah. Ketumbar ditumbuk kasar. Apabila daging telah empuk, campurkan bahan-bahan hiris, ketumbar, asam keping dan garam secukup rasa. Renehkan atas api kecil sekurang2nya setengah jam baru dimasukkan lada hidup sebiji-sebiji dan juga cili padi. Setelah itu, sesuaikan rasa, baru boleh dimatikan api dapur dan sedia dihidangkan. Hidangkan panas2 dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment