Resipi ini pernah saya sumbangkan dalam satu ruangan di internet,kalau x silap saya ialah Restoran Pak Amir Pak Dollah.. dan saya telah terjumpa kembali resipi ini dalam blog "from the kitchen to his stomach". Terima kasih kepada tuan punya blog kerana mengumpul resipi ini..
TEPUNG BUNGKUS
From: noraini noraini@antara1.po.my
Gambar : puncakkasih
Bahan-bahannya
Dadih tepung beras - lihat cara menyediakannya di bawah
Inti kelapa - lihat cara menyediakannya di bawah
Daun pisang atau daun pinang untuk membungkus
Periuk pengukus
Bahan intinya
½ biji kelapa hijau, diparut
2 kpg gula kerek (nisan)/gula melaka/gula merah
sedikit gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
2 cawan air
1 sudu tepung beras
Cara Menyediakannya
1. Masak kelapa dengan air, daun pandan dan secubit garam hingga empuk.
2. Masukkan gula kerek dan gula pasir dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung beras untuk mengentalkan adunan.
4. Sejukkan dan gentel bulat-bulat kecil sebesar ibu jari.
5. Kemudian salut dengan adunan pulut. Ketepikan.
Adunan pulut
1 cawan tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan.
Caranya
campur semua bahan dan uli hingga jadi seketul doh. Gentelkan bulat-bulat sebesar guli dan isikan inti kelapa tadi. Ketepikan.
Bahan dadih
1 mangkuk tepung beras
1 biji kelapa, ambil 3½ mangkuk santan
secubit garam
Cara Membuatnya
Campurkan santan dengan tepung beras dan secubit garam dan kacau atas api sederhana hingga pekat.
Cara Membungkus tepung bungkus
Ambil sekeping daun pisang atau daun pinang, Letakkan sesenduk dadih yang masih panas ke atas daun tersebut dan susun intinya dua atau tiga. Tutup dengan sedikit dadih dan bungkus seperti lepas. Susun ke dalam periuk kukus dan kukus sampai masak.
No comments:
Post a Comment