Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
19 January 2011
GULAI NASI BERLAUK, TUMIS SAYUR MERANTI, ULAM TIMUN DAN SAMBAL BELACAN
hidangan lengkap untuk tengahari ini, gulai ikan aya, tumis sayur meranti, ulam timun dan sambal belacan
gulai ikan aya a.k.a gulai nasi berlauk
sayur meranti tumis air
Hari ini, 21/1/2011..hari cuti umum Thaipusam..so, bolehla saya masak tengah hari ini..jadi, saya ajak hubby pegi pasar, beli lauk dan terus masak.. Saya beli ikan aya a.k.a tongkol dan masak gulai nasi berlauk.. Mula2 nak masak lemak meranti campur keledek, tapi dah ada lauk gulai, meranti tu, saya tumis2 jer lah.. Lagipun nak kena masak cepat2 sebab suami nak keje petang nanti..
GULAI IKAN AYA
3 ekor ikan aya, saiz sederhana, bersihkan dan rebus dengan asam keping dan garam sampai masak. Air rebusan jangan dibuang
santan 1 paket (RM1.30)
3 batang kacang panjang, potong pendek2
1/2 biji timun, belah2
1 biji lada hijau, potong 2
5 biji padi, biar sebiji2
1 paket rempah kari ikan
bahan kisar
10 biji bawang merah
1 inci kunyit
1 inci halia
2 inci lengkuas
segenggam ketumbar
1 sudu cili kisar
Cara-cara Membuatnya
Dalam periuk, didihkan santan, masukkan bahan-bahan kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan ikan beserta air rebusan. Renehkan sampai sebati. Tambah garam jika perlu. Akhir sekali, campurkan timun, kacang panjang dan cili. Bila sayur-sayuran separuh masak, bolehlah dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
TUMIS SAYUR MERANTI
Bahan-bahan
1 ikat sayur meranti, dipetik daun dan batang yang lembut sahaja
1 biji cili merah dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 biji bawang merah, dihiris
sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan sayur meranti, cili merah, garam dan sedikit air. Tutupkan kuali sebentar dan kacau rata2. Bila sayur dah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba.
Labels :
IKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment