Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
30 January 2011
BELAJAR BUAT KEK LAPIS SARAWAK
kek yang dibawa balik ke rumah, untuk hubby dan anak2 menjamahnya
Inilah Cikgu Nina, yang mengajar kami buat kek lapis sarawak.. Terima kasih cikgu..
Cikgu Nina menunjukkan cara2 nak buat deco untuk kek lapis.. dah siap, memang cantik sangat...
demo buat inti kek lapis, patutla harga kek ni mahal.. rumit nak membuatnya!!
hasil kerja kumpulan rakan2, dah siap dipotong untuk dibahagi2kan.. jeles gak ni..kek diorang cantik!!
hasil kerja kumpulan kami.. walaupun tak cantik, tp sangat berpuas hati
Kek lapis blueberry
Minat nak belajar buat kek ni, timbul secara tiba2.. Dapat jadual, terus register.. Pergi kelas pun sorang2. Alhamdulillah, walaupun penat, tapi puas hati.. Baru kutahu kenapa kek ni mahal sangat.. Leceh juga nak membuatnya, selain bahan2 yang digunakan pun mahal harganya.. Sesekali terfikir, lebih baik beli je kalau cuma mau makan sedikit... tapi sekiranya nak berbisness, ilmu yang ditimba sangat berbaloi..
Terima kasih untuk Cikgu Nina, yang sudi mengajar dan menurunkan semua ilmu kek lapis kepada semua peserta, termasuklah aku. Walaupun aku tak sempat habiskan kelas kerana terlalu penat (maaf ya Cikgu, sebab kaki dan pinggang saya terlalu sakit), tapi di sini aku berterima kasih kepada Cikgu Nina..mudah2an Cikgu Nina ada membaca blog ini.. Terima kasih sekali lagi..
26 January 2011
KUIH HASIDAH
Ini satu lagi resipi yang pernah saya sumbangkan ke Restoran Pak Amir Pak Dollah suatu masa dulu.. Kuih Hasidah yang juga kuih kegemaran. Saya juga telah membuatnya beberapa kali. Resipi asalnya saya ambil dari salah satu buku resipi koleksi saya.. kalau tak silap, buku resipi tu keluaran Alaf 21 tapi tak ingat siapa penulis buku tersebut. Sekarang buku tu pun dah takde, dah habis dimakan anai-anai...
Terima kasih kepada tuan punya blog " from the kitchen to his stomach" kerana masih menyimpan resipi ini. Sebenarnya dulu saya aktif menyumbang resipi di dalam ruangan cyber, terutamanya di Restoran Pak Amir Pak Dollah.. setakat menyumbang resipi, tapi tak buat koleksi pun sebab dulu saya tak ada blog sendiri dan tak begitu pandai nak gunakan kemudahan internet.. sekarang ni, saya dah ada blog sendiri, so apa2 saja resipi lama dan baru, saya akan simpan kat blog saya untuk dikongsi bersama.
Terima kasih kepada tuan punya blog " from the kitchen to his stomach" kerana masih menyimpan resipi ini. Sebenarnya dulu saya aktif menyumbang resipi di dalam ruangan cyber, terutamanya di Restoran Pak Amir Pak Dollah.. setakat menyumbang resipi, tapi tak buat koleksi pun sebab dulu saya tak ada blog sendiri dan tak begitu pandai nak gunakan kemudahan internet.. sekarang ni, saya dah ada blog sendiri, so apa2 saja resipi lama dan baru, saya akan simpan kat blog saya untuk dikongsi bersama.
TEPUNG BUNGKUS
Resipi ini pernah saya sumbangkan dalam satu ruangan di internet,kalau x silap saya ialah Restoran Pak Amir Pak Dollah.. dan saya telah terjumpa kembali resipi ini dalam blog "from the kitchen to his stomach". Terima kasih kepada tuan punya blog kerana mengumpul resipi ini..
TEPUNG BUNGKUS
From: noraini noraini@antara1.po.my
Gambar : puncakkasih
Bahan-bahannya
Dadih tepung beras - lihat cara menyediakannya di bawah
Inti kelapa - lihat cara menyediakannya di bawah
Daun pisang atau daun pinang untuk membungkus
Periuk pengukus
Bahan intinya
½ biji kelapa hijau, diparut
2 kpg gula kerek (nisan)/gula melaka/gula merah
sedikit gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
2 cawan air
1 sudu tepung beras
Cara Menyediakannya
1. Masak kelapa dengan air, daun pandan dan secubit garam hingga empuk.
2. Masukkan gula kerek dan gula pasir dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung beras untuk mengentalkan adunan.
4. Sejukkan dan gentel bulat-bulat kecil sebesar ibu jari.
5. Kemudian salut dengan adunan pulut. Ketepikan.
Adunan pulut
1 cawan tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan.
Caranya
campur semua bahan dan uli hingga jadi seketul doh. Gentelkan bulat-bulat sebesar guli dan isikan inti kelapa tadi. Ketepikan.
Bahan dadih
1 mangkuk tepung beras
1 biji kelapa, ambil 3½ mangkuk santan
secubit garam
Cara Membuatnya
Campurkan santan dengan tepung beras dan secubit garam dan kacau atas api sederhana hingga pekat.
Cara Membungkus tepung bungkus
Ambil sekeping daun pisang atau daun pinang, Letakkan sesenduk dadih yang masih panas ke atas daun tersebut dan susun intinya dua atau tiga. Tutup dengan sedikit dadih dan bungkus seperti lepas. Susun ke dalam periuk kukus dan kukus sampai masak.
TEPUNG BUNGKUS
From: noraini noraini@antara1.po.my
Gambar : puncakkasih
Bahan-bahannya
Dadih tepung beras - lihat cara menyediakannya di bawah
Inti kelapa - lihat cara menyediakannya di bawah
Daun pisang atau daun pinang untuk membungkus
Periuk pengukus
Bahan intinya
½ biji kelapa hijau, diparut
2 kpg gula kerek (nisan)/gula melaka/gula merah
sedikit gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
2 cawan air
1 sudu tepung beras
Cara Menyediakannya
1. Masak kelapa dengan air, daun pandan dan secubit garam hingga empuk.
2. Masukkan gula kerek dan gula pasir dan kacau hingga kering.
3. Masukkan tepung beras untuk mengentalkan adunan.
4. Sejukkan dan gentel bulat-bulat kecil sebesar ibu jari.
5. Kemudian salut dengan adunan pulut. Ketepikan.
Adunan pulut
1 cawan tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan.
Caranya
campur semua bahan dan uli hingga jadi seketul doh. Gentelkan bulat-bulat sebesar guli dan isikan inti kelapa tadi. Ketepikan.
Bahan dadih
1 mangkuk tepung beras
1 biji kelapa, ambil 3½ mangkuk santan
secubit garam
Cara Membuatnya
Campurkan santan dengan tepung beras dan secubit garam dan kacau atas api sederhana hingga pekat.
Cara Membungkus tepung bungkus
Ambil sekeping daun pisang atau daun pinang, Letakkan sesenduk dadih yang masih panas ke atas daun tersebut dan susun intinya dua atau tiga. Tutup dengan sedikit dadih dan bungkus seperti lepas. Susun ke dalam periuk kukus dan kukus sampai masak.
KUIH LAPIS STRAWBERRI
Saya berikan nama kuih lapis strawberri kerana dikukus dalam acuan strawberri dan dibuat selapis2 siap dengan tampuknya sekali. Kuih ini saya beli di tepi jalan dalam perjalanan ke tempat kerja. Dan saya juga sengaja upload gambar kueh lapis ni kerana tertarik dengan kreativiti peniaga kuih ini. Cuma dari segi rasa, agak kurang sebab terlalu manis dan tidak lemak. Selain dari itu, saya rasa kuih lapis ini diperbuat menggunakan tepung gandum, bukan tepung beras sepertimana sepatutnya.. Walaubagaimanapun, tahniah kepada mereka2 ini kerana sikap tidak putus asa untuk menarik minat pembeli..
IKAN KERISI GORENG, SAYUR KAILAN REBUS DAN ULAM-ULAMAN
ikan kerisi goreng berlada, Teganu style.. dibelah belakang tanpa dibuang sisik. bahan2 ramuan seperti kunyit, bawang putih, halia ditumbuk lumat dan dicampur sedikit cili boh.. sumbat ke dalam belahan ikan dan ke seluruh badan ikan..goreng garing dengan sisik2nya sekali..
sayur kailan + putik jagung, masak rebus2 saja..
ulam-ulaman, daun ceylom dan terung mentah.. sedap dibuat cecah budu atau sambal belacan
Hidangan makan malam ini, ikan kerisi goreng berlada, sayur kailan masak bening campur putik jagung dan ulam-ulaman iaitu daun ceylom dan terung mentah..
25 January 2011
TOM YAM AYAM, SAYUR GORENG DAN TELUR DADAR
tom yam ayam
sayur goreng cacamarba : kailan, putik jagung, kacang panjang
telur dadar
ulam daun ceylom, kegemaran hubby
budu cap limau, campur hirisan bawang, limau nipis dan cili padi
22 January 2011
APAM MANIS a.k.a APAM LENGGANG
dah siap pun apam lenggang.. sedap.. kejap je dah abisss
ni dia kuali kecik tu.. xde tutup, guna tutup periuk paling kecik pun, dia lagi kecik.. hehehe
dah siap masak, ini versi yang tak lenggang.. guna kuali leper yg kecik aje.. dh jadi mcam apam bakar kelate la pulak.. ke apam doraemon
telahpun dilenggang ke dalam kuali
Petang tadi percubaan kali kedua membuat apam lenggang ni. Kali ini ikut resipi rakan facebook Rohaslina Ina. tapi tak ikut 100%, sebab resipi dia menggunakan beras kisar dan memerlukan masa yang agak lama untuk merendam beras, mengisar dan memeram. Oleh itu, saya cuma gunakan tepung beras cap teratai dan masa memeram pun tak sampai satu jam. Alhamdulilah, menjadi juga.. Di bawah ini saya sertakan resipi dari Rohaslina Ina.. (sumber diperolehi dari rakan sekerja Jothi) Thankyou very much untuk kedua-duanya.
APAM MANIS
BAHAN A: Rendam selama 5 or 6 jam
3 cawan beras (saya guna 1 paket tepung beras cap teratai)
4 1/2 genggam nasi baru masak (saya guna 1 cawan nasi sejuk)
1 1/2 genggam sagu biji
3 camt yis kering
750ml air
BAHAN C:
350ml santan (santan pekat rm1.00 + air jadikan 350ml) - klu nk lemak lg tambah lah ye.
1 1/2 cwn gula (ikut manis lah ye)
1 bj telur - pukul sikit (kalau tak nak telur pun tak per tp kna la guna pan non stick)
1 1/2 camt garam
CARA:
Beras dibasuh dan direndam bersama nasi n sagu biji selama 5 or 6 jam. Toskan. Saya rendam pada jam 4 ptg n kisar pd jam10 mlm)
Kisar (jam 10 mlm) bahan tadi dgn air sehingga betul2 halus (bolehlah diulang2 proses kisar ni). Tapis dlm besen besar. Campurkan BAHAN B dan kacau rata - peram semalaman
ESOK PAGI...masukkan semua BAHAN C - kacau sebati - biar 1/2 jam.
Panaskan kuali non stick atau yg tak melekat, sapu sikit minyak, tuanglah sesenduk adunan n lenggang..biar ada lebihan adunan di tengah2nya yg akan jd kembung nti.
Tutup dgn tudung periuk. Dah nampak garing di tepinya bolehlah diangkat.
Selamat mencuba
HOME MADE KAYA GULA HANGUS
siap untuk disajikan
Resipi ni agak2 jer sebab resipi asal dah hilang.. Cuma ingat bahan-bahan aje dan pernah buat beberapa kali. Hari ini, macam teringin nak buat sendiri, sebab kalau beli yang readymix punya tersangatlah manis..
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
5 biji telur gred A
1 sudu makan tepung gandum (digoreng tanpa minyak hingga kuning dan sejukkan)
1/2 cawan gula hangus
secubit garam
pati santan satu biji kelapa (beli yang siap perah RM1.30)- saya campur 1/2 tin susu cair
2 helai daun pandan, dikoyak2kan
Cara-cara membuatnya
Campur semua bahan dan tapis. Masukkan ke dalam kuali dan kacau tanpa henti atas api kecil sampai masak dan pekat.
Selamat mencuba.
ASAM TUMIS IKAN KURAU CAMPUR NENAS
asam tumis ikan kurau campur nenas
ikan rebus goreng
ulam timun
Pertama kali saya melihat ikan kurau yang segar. Selalunya beli ikan masin kurau saja.. Saya pun beli 3 ekor, saiznya takle besar sangat, cuma selebar 3 jari dan panjang saiz tapak tangan. Saja nak mencuba, apa rasa ikan kurau yang fresh.. Saya masak asam tumis campur nenas dan tambah sedikit daun kesum. Erm... rasa kuah asam tumis ni sedap, tapi rasa ikan kurau tu kureng sikit.. Pendapat saya, lebih baik beli ikan kurau masin jer..
Ikan kembung tu pulak, plan asal nak goreng garam kunyit je.. tapi sikecik dah buat hal, terus masukkan ikan ke dalam periuk, campak asam keping, dan garam dan rebus sampai masak dengan api kecil. Nak masukkan balik ke dalam peti ais, takut nanti lambat pula nak dimasak... Bila sikecik dah tidur, baru kembali ke dapur dan goreng aje lah...
Walaubagaimanapun, saya nak kongsikan resipi asam tumis saya.. Tak semestinya menggunakan ikan kurau, tapi ikan2 lain juga boleh.. Resipi ini adalah resipi saya sendiri, campur2 Terengganu dan Johor.. hehehe
Bahan-bahan
500 gm ikan, disiang dan dibersihkan
1 biji nenas, kupas dan potong2
sedikit daun kesum
3 keping asam gelugur
1 sudu makan ketumbar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Bahan-bahan kisar
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
sedikit kunyit hidup
1 biji lada merah
5 biji cili padi merah
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan nenas. Kacau rata dan masak sebentar. Kemudian, masukkan air, asam keping dan didihkan, baru dimasukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali tambahkan daun kesum. Bila ikan masak, renehkan sebentar dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba.
21 January 2011
AYAM, BUNGA KOBIS DAN GEGELANG BAWANG GORENG TEPUNG RANGUP
ayam goreng, bunga kobis dan gegelang bawang goreng..
home made sos cili nenas madu
sup lobak putih
nenas madu
Alkisahnya semalam semasa saya ke pasar, ada promosi tepung goreng ayam, jenama Bestari. Jadi saya sambar satu paket untuk dicuba.. Malam ni, bermulalah operasi saya di dapur.. Anak2 dah tak sabar nak makan ayam goreng.. Memang sedap tepung goreng ni.. Bukan saja rangup tapi tak begitu masin sepertimana tepung2 jemnama lain yang saya selalu beli.. Rempah-rempahan yang diguna pun sesedap rasa.. Memang tak rugilah beli tepung ni... (Cewah... jd promoter la pulak...)
Lebihan tepung goreng tadi saya celupkan dengan bunga kobis dan bawang besar yang dipotong gelang, kemudian digoreng garing.. Sos untuk cecahan ayam goreng, saya buat sendiri, campurkan cili merah dengan nenas.... Kemudian, saya masak sup lobak putih.. Yalah, takkan nak makan ayam goreng aje kan.. Hidangan makan malam, biarpun simple tapi biarlah seimbang...
Lagipun, sup lobak ni mudah saja, cuma hiriskan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan dalam periuk dan tuangkan air secukupnya. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan lobak putih dan sedikit sayur-sayuran. Tambahkan kiub pati ayam. Pastikan sesuai selera.. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan..
Untuk resipi sos cili nenas madu ini, saya buat macam ni..
10 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji nenas madu, dikupas dan potong kecil
1 labu bawang putih
1 sudu kecil garam
1 cawan gula atau secukup rasa
sedikit cuka makan untuk pengawit
Cara-cara membuatnya
Campurkan cili padi, cili merah, nenas dan bawang putih. Kisar dengan air secukupnya hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan gula garam secukup rasa. Masak atas api sampai pekat dan hilang bau bawang putih. Akhir sekali masukkan sedikit cuka makan. Sesuaikan rasa, bolehlah dipadamkan api dan diangkat. Bolehlah dihidangkan dengan ayam goreng, jemput2 dan lain2 makanan yang memerlukan sos. Simpan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.
Selamat mencuba
19 January 2011
GULAI NASI BERLAUK, TUMIS SAYUR MERANTI, ULAM TIMUN DAN SAMBAL BELACAN
hidangan lengkap untuk tengahari ini, gulai ikan aya, tumis sayur meranti, ulam timun dan sambal belacan
gulai ikan aya a.k.a gulai nasi berlauk
sayur meranti tumis air
Hari ini, 21/1/2011..hari cuti umum Thaipusam..so, bolehla saya masak tengah hari ini..jadi, saya ajak hubby pegi pasar, beli lauk dan terus masak.. Saya beli ikan aya a.k.a tongkol dan masak gulai nasi berlauk.. Mula2 nak masak lemak meranti campur keledek, tapi dah ada lauk gulai, meranti tu, saya tumis2 jer lah.. Lagipun nak kena masak cepat2 sebab suami nak keje petang nanti..
GULAI IKAN AYA
3 ekor ikan aya, saiz sederhana, bersihkan dan rebus dengan asam keping dan garam sampai masak. Air rebusan jangan dibuang
santan 1 paket (RM1.30)
3 batang kacang panjang, potong pendek2
1/2 biji timun, belah2
1 biji lada hijau, potong 2
5 biji padi, biar sebiji2
1 paket rempah kari ikan
bahan kisar
10 biji bawang merah
1 inci kunyit
1 inci halia
2 inci lengkuas
segenggam ketumbar
1 sudu cili kisar
Cara-cara Membuatnya
Dalam periuk, didihkan santan, masukkan bahan-bahan kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan ikan beserta air rebusan. Renehkan sampai sebati. Tambah garam jika perlu. Akhir sekali, campurkan timun, kacang panjang dan cili. Bila sayur-sayuran separuh masak, bolehlah dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
TUMIS SAYUR MERANTI
Bahan-bahan
1 ikat sayur meranti, dipetik daun dan batang yang lembut sahaja
1 biji cili merah dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 biji bawang merah, dihiris
sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan sayur meranti, cili merah, garam dan sedikit air. Tutupkan kuali sebentar dan kacau rata2. Bila sayur dah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba.
APAM MANIS A.K.A APAM LENGGANG
Resipi apom lenggang dapat dari facebook, Galeri Aneka Resipi, tuan punya resipi ni Yaslina Lina.. tapi buat ubahsuai sedikit ikut citarasa sendiri.. Memang berbaloi-baloi.. sebab semua suka.. Satu adunan, dapat banyak juga.. hehehe
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras - saya guna cap teratai
1 1/2 cawan tepung gandum - saya guna cap lili jer
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
4 cawan santan
1 1/4 cawan gula
1 sudu besar mauripan
secubit garam (untuk tambahkan rasa lemak)
sedikit minyak masak
sehelai daun pandan, simpulkan utk sapukan minyak kt kuali
cara2 :
Campurkan semua bahan, kacau guna whisk sampai sebati. Peram sampai naik. Nampak dah berbuih2 tu dah ok laa.. Panaskan kuali, sapukan minyak guna daun pandan. Masukkan sesenduk adunan tepung, lenggangkan kuali mcm wat kuih gulung/dadar. Tutup kuali. Bila nampak dah masak dan tepi2nya dah garing, bolehlah diangkat dan diipat dua atau tiga ikut citarasa. Hidangkan panas2..
17 January 2011
GULAI AYAM, TELUR REBUS, ACAR DAN IKAN MASIN
gulai ayam
telur rebus
acar kobis campur timun
ikan masin dan sambal belacan
Dah lama tak masak lauk ayam.. Saya sebenarnya tak berapa gemar makan lauk ayam. Lebih baik ikan atau daging.. Malam ni, atas permintaan anak2 dan hubby, saya masak gulai ayam..style kampung.. Lepas tu, saya rebuskan telur dan gorengkan ikan masin. Kemudian buat acar kubis campur timun.. Sambal belacan pulak, dah ready kat peti ais.. Saya memang buat sambal belacan banyak2 dan simpan kt peti ais.. Sebab saya memang suka pedas.. Jadi sambal belacan ni penyelamat kalau saya masak lauk yang tak pedas..
Lagi satu, kalau masak lauk berempah.. mesti nak kena ada acar.. tak ada sayur lain tak mengapa, janji ada acar.. apa2 saja yang boleh dibuat acar... Di sini, saya nak kongsi resipi gulai ayam yang saya masak...
GULAI AYAM
Bahan2
1 ekor ayam, potong kecil dan cuci bersih
4 biji kentang, belah 4
1 batang karot, potong kecil
santan satu biji kelapa
1 sudu kerisik
minyak untuk menumis
rempah tumis 4 sekawan
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar
6 tangkai lada kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
segenggam ketumbar
satu biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kelopak bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam
2 kuntum cengkih
secubit jintan manis
secubit jintan putih
Cara-caranya
Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis, bila naik bau, masukkan rempah kisar. Tumiskan sampai garing, masukkan ayam,asam keping dan garam. Kacau rata dan tutup periuk. Masak atas api kecil hingga semua rempah menyerap ke dalam ayam. Kemudian tambahkan kentang, karot dan santan. Masak sampai mendidih dan ayam empuk. Masukkan kerisik. Kecilkan api dan renehkan sampai pekat. Sesuaikan rasa dan angkat.
ACAR TIMUN CAMPUR KOBIS
Bahan-bahan
1 biji timun, kupas, belah 2 dan potong nipis
1/4 biji kubis, disagat halus
1 batang karot, hiris halus - saya tak letak
1 biji cili merah, dihiris halus
1 biji cili hijau, dihiris halus
1 inci halia muda, dimayang halus
1 biji bawang merah besar, dihiris halus
5 sudu cuka makan
3 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
Cara
Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Biarkan kira-kira setengah jam sebelum dihidang.
Biasanya saya akan buat acar dulu, sebelum memasak gulai. Bila gulai dah masak, nasi dah ready, acar dah siap.. boleh terus makan.. hehehe
Selamat mencuba..
16 January 2011
IKAN SIAKAP MASAK KICAP DAN SUP SAYUR CAMPUR SUHUN
ikan siakap masak kicap
sup sayur campur suhun
Ilham nak masak ikan siakap masak kicap ni datang masa tengah berborak2 dengan jiran kat depan rumah. Kami saling berkongsi resipi ikan masak kicap. Cara mereka masak kicap semua berbeza-beza. Terfikir dibenak saya, apa kata ikan siakap yang masih ada seekor lagi tu dibuat masak kicap... Masak kicap style jiran depan rumah... Dah masak, ermmmm...sedap juga.. Untuk melengkapkan hidangan makan malam ni, saya buat sup sayur campur suhun.. Resipi sup sayur ni, tak payah la saya tulis lagi, sebab cara masaknya simple banget..
IKAN SIAKAP MASAK KICAP
Ikan siakap seekor, dibersihkan kemudian digoreng tanpa garam hingga garing
kicap secukup kegunaan
minyak untuk menumis
Bahan-bahan hiris kasar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
5 biji cili padi
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris hingga garing. kemudian masukkan kicap secukupnya dan kacau rata-rata. Sesuaikan rasa dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Sedap dimakan semasa masih panas.
nota : jiran saya iaitu tuan punya resipi ni, cakap... bila bahan2 tumisan dah garing, masukkan kicap dan ikan.. gaul sebati, baru diangkat.. tapi saya tak gemar sangat kalau kicap dan serap ke dalam ikan, so, saya tuangkan bahan tumiskan ke atas ikan yang telah digoreng...
selamat mencuba
15 January 2011
KUIH CARA BERLAUK
baru masak dan sedia untuk dihidangkan
inti kuih cara : campuran daging, bawang dan rempah2
adunan kuih cara : tepung, susu cair, garam dan air sejuk
Kuih cara berlauk, permintaan along untuk sarapan pagi. Along memang suka kuih ni. Memang berbaloi buat sendiri, sebab dia makan berselera sekali..Untuk adunan kuih, saya buat sama dengan adunan kuih cara manis, cuma bezanya kuih cara manis ditaruk gula, manakala cara berlauk menggunakan daging yang berempah.
KUIH CARA BERLAUK
Adunan kuih (canpur semua dan blend hingga sebati)
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
1/2 tin susu cair
Air secukupnya
secubit garam
Sedikit pewarna hijau atau kuning
bahan-bahan lauk
250 gm daging direbus, kemudian dicincang halus
1 sudu besar rempah kari/kerutuk (saya guna rempah kerutuk)
1 biji bawang besar, didadu halus
1 biji cili merah, dihiris halus
1 batang daun sadri, dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang putih, ditumbuk
1cm halia ditumbuk
3 biji bawang merah, ditumbuk
Cara-cara menyediakan inti.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang ditumbuk hingga garing, masukkan rempah kerutuk, lada hitam dan daging. Kacau rata2. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali, campurkan bawang besar, cili merah dan daun sadri. Sesuaikan rasa dan angkat.
Cara membuat kuih cara
Panaskan acuan kuih cara, bubuh sedikit minyak. Bila cukup panas, tuangkan adunan kuih, masukkan sedikit inti dan tutup. Agak2 dah masak ( ada bau......), boleh lah diangkat dan dihidangkan. Ulangi proses hingga habis..
Selamat mencuba..
SAYUR PEDAS PETENEH DENGAN UDANG BARING
Dalam loghat Kelantan atau Terengganu, sayur peteneh ialah petola juring, makala udang baring ialah udang geragau atau lebih dikenali sebagai udang belacan. Sebabnya belacan diperbuat menggunakan udang ini. Hari ini, 15/01/2011, saya masak sayur pedas peteneh dengan udang baring untuk hidangan makan malam. Lauk pula, cuma ikan kembung goreng. Tapi yang tak syoknya, sayur peteneh yang saya beli dah tua sedikit, jadi bila dimasak, nampak bersabut dah tak boleh dimakan...Cuma dapat hirup kuahnya aje...
Resipi sayur pedas mudah saja, cuma tumbukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam dan didihkan dengan air secukupnya untuk kuah. Tambahkan udang geragau. Udang geragau ni guna yang kering (kalau dapat yang basah pun ok kot). Cuci bersih2 dan tak perlu ditumbuk. Leburkan sekali ke dalam kuah. Apabila mendidih, masukkan sayur peteneh yang telah dipotong2 dan garam secukup rasa. Bila dah masak, bolehlah dihidangkan.
nota :
Untuk menyediakan sayur pedas ni, udang geragau boleh digantikan dengan ikan bilis atau isi ikan panggang. Terpulang nak letak banyak mana. Ada juga suka menambahkan sedikit budu ke dalam masakan sayur ini.
Selamat mencuba.
13 January 2011
IKAN MACKEREL MASAK SAMBAL, SAYUR PEDAS PUCUK CEKOK MANIS DAN ULAM-ULAMAN
ikan mackerel masak sambal
sayur pedas pucuk cekok manis campur keledek dan ikan panggang
ualam-ulaman (kangkung celur, tomato muda, peria katak dan limau nipis utk diperah ke dalam sambal belacan)
Inilah hidangan ringkas untuk makan malam ni.. Ikan mackerel masak sambal, sayur pedas pucuk cekok manis, sambal belacan cili api merah dan ulam-ulaman. Saya guna ikan mackerel dalam tin, cap ayam. Saya cuma tumiskan bawang kisar dan cili kisar, kemudian campurkan sedikit air asam jawa. Akhir sekali potongan bawang besar dan lada hidup. Resipi sayur pedas tu saya dah masukkan dalam entry yang lepas.. Jadi tak perlulah saya tulis lagi kat sini..
Selamat mencuba...
12 January 2011
MEE SUP
Teringin nak makan mee sup.. tapi kalau soto pun sedap juga.. Pikir punya pikir, jadi lah kedua-duanya.. Kuah soto, tapi bahan-bahan untuk mee sup.. Amacam? boleh tak?? Kalau ada yang berminat nak mencuba resipi saya, silakan...
MEE SUP SOTO
Untuk satu kg mee kuning atau satu bungkus mihun
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
250gm daging, biar seketul, direbus empuk
4 keping fishcake
Taugeh dan sawi yang dicelur
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang yang dihiris
Lada hijau jeruk (lada hijau dihiris2 dan dicampur cuka serta secubit garam)
Sambal kicap (cili padi, bawang putih dan kicap diblend halus)
Limau nipis atau limau kasturi, untuk airnya
Perencah untuk menumis (dikisar halus)
3 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit kunyit hidup
1 sudu lada hitam
1 sudu ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
Cara-cara
Mula2 panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis sampai garing. Kemudian masukkan ayam dan daging. Kacau rata dan tutup biar bumbu meresap. Kemudian baru ditambah air secukupnya untuk dibuat kuah. Masak hingga mendidih dan ayam empuk. Keluarkan ayam, siat2kan isinya dan masukkan kembali ke dalam kuah. Masukkan juga fishcake yang telah dipotong2. Tambahkan garam secukup rasa. Renehkan kira2 setengah jam sebelum dihidang. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba..
IKAN TALAPIA MERAH MASAK SAMBAL
talapia merah masak sambal
sayur campur goreng...
Baru mula nak masak, gas habis.. Nasib baik nasi dah masak, tinggal nak masak lauk dan sayur saja... Tunggu punya tunggu, lambat pulak orang hantar gas.. Penyudahnya, nasi tengah hari dibawa untuk makan malam.. Tengahari, makan roti je.. hehehe
Saya sebenarnya tak pernah beli dan tak pernah makan ikan talapia merah.. Tapi, kawan-kawan cakap sedap. Perasaan ingin mencuba, berkobar-kobar... Nasib baik tak pregnant... Kalau tak, ngecess la anak saya.. Kebetulan ada orang datang jual ikan dan ada jual ikan talapia ni, jadi saya pun belilah seekor..besar juga, dalam sekilo beratnya.. Tapi nak masak apa yek???? Yang ada difikiran, cuma gulai lemak cili padi atau masak asam pedas jer.. Tapi suami request goreng jer garing-garing dan masak sambal...
Saya pun mula operasi memasak.. Ikan ni, masa disiang, isinya nampak macam keras.. rupa2nya bila dah digoreng, isinya lembut sesangat... Resipi ikan masak sambal ni, sama je dengan masak sambal yang lain. Tapi kali ini, saya tambah serai, halia dan sedikit lengkuas... Lagipun, ikan ni, spesis ikan air tawar, mana tau kot ada rasa yang pelik2.. Haa.. nasib baik sedap..
IKAN TALAPIA MERAH MASAK SAMBAL
Bahan-bahan
Satu ekor ikan talapia, disiang dan cuci bersih
Bawang besar dan lada hidup dihiris-hiris
Buah tomato dipotong2
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Bahan-bahan sambal, dikisar lumat
Segenggam cili kering, direndam air panas
3 biji bawang merah besar
5 biji bawang putih
1 inci halia, kunyit dan lengkuas
1 batang serai
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sampai garing, masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Kemudian masukkan ikan, bawang besar, lada hidup dan bauh tomato. Kacau rata2 dan sesuaikan rasa. Kemudian, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
nota
Ikan talapia saya gaulkan dengan garam, kunyit hidup, halia dan bawang putih yang ditumbuk. Perap sebentar baru digoreng.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)