KAWAN-KAWAN SAYA

10 November 2012

GULAI KUNING IKAN

Assalamualaikum wbt.

Satu lagi hidangan tradisional orang2 Kelantan dan Terengganu iaitu gulai kuning.  Gulai ini tidak pedas dan biasa disajikan dengan nasi putih atau dikenali dengan nama nasi berlauk.  Gulai kuning ini juga boleh dihidang dengan nasi dagang. 
Ikan yang menjadi pilihan biasanya ikan tongkol, tenggiri, selar, kembung, kerisi dan juga selar kuning.  Kali ni, saya gunakan ikan uji rashid atau ikan lolong.  Kebetulan pagi tadi, saya pergi ke komplek pendaratan ikan LKIM, Kuala Besut untuk membeli ikan bagi membuat inti karipap... Saya dapat ikan lolong yang masih segar, baru dibawa turun dari bot..

Kalau nasi berlauk untuk sarapan pagi, cuma perlu nasi putih, ulam timun dan sambal belacan.  Kalau untuk hidangan tengahari, tambahkan pelengkap hidangan yang lain seperti sayur goreng, ikan goreng, ulam2an rebus dan juga budu... Memang maveles, makan tak ingat dah.....

Untuk nasi dagang, gulai kuning dicampakkan ciliapi ke dalamnya.. dan untuk lebih sedap lagi... buat sambal kerisik.  

GULAI KUNING IKAN LOLONG

1.5 kg ikan lolong atau uji rashid
3 keping asam gelugur
3 biji lada merah dan hijau
garam secukup rasa
santan pekat dua biji kelapa

bahan2 kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 inci kunyit hidup
segenggam ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Memasak

Campurkan santan dengan bahan2 kisar dan juga asam gelugur dan didihkan.  Sementara mendidih, hendaklah dikacau selalu supaya tidak meruap.  Setelah mendidih, masukkan garam dan ikan.  Masak lagi sampai ikan masak.  Sekali sekala, hendaklah dikacau supaya kuah pekat sekata, tidak berasingan bumbu dan air... Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment