Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
30 December 2010
MUFFIN LABU
dah masak pun muffin labu saya.. jap lagi nak makan dah...
muffin, sedang menunggu untuk dibakar..
Selalunya labu kuning, kalau tidak dimasak sayur lemak putih, biasanya saya buat sira labu atau jemput labu.. tapi kali ini saya cuba variasikan. Buat muffin.. Labu ini saya tidak rebus dahulu tetapi dikisar dan dicampurkan terus ke dalam adunan muffin. Alhamdulillah, menjadi juga muffin saya.. Resipinya mudah saja.. ikut bahan2 asas membuat muffin, cuma tambahkan labu saja.. yummy.. yummy...
Bahan-bahan
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
2 cawan gula halus (resipi ini kurang manis, next time tambah sedikit lagi gula)
2 biji telur gred A
1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan marjerin
2 cawan isi labu yang dipotong kiub (kira2 1/4 biji labu saiz sedang)
Cara-cara membuatnya
Gaulkan tepung, baking powder dan bicarbonate of soda dan ayak 3 kali. Ketepikan. Dalam blender, campurkan marjerin, telur, gula, susu cair dan labu. Kisar sampai lumat. Campurkan ke dalam tepung tadi dan gaul rata2. Sudukan ke dalam acuan atau papercup muffin. Jangan terlalu penuh, cukup 3/4 acuan sahaja. Jika terlalu penuh, muffin yang sedangk dibakar akan membuak keluar... Bakar selama 25 - 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
Labels :
MUFFIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Nonie, saya nak try resepi ni since ada labu di rumah. Kalau jadi sila la berkunjung keblog saya di http://maklangrecipesgalore.blogspot.com/ . Terima kasih kerana sudi share. By the way your dedication for the blog was like mine- to my three heroes.
ReplyDeleteMak Lang... terima kasih kerana sudi nak mencuba resipi saya.. saya ni, takde la pandai sangat.. memang tak boleh lawan Mak Lang yang dah memang terkenal.. anyway terima kasih sekali lagi..
ReplyDelete