KAWAN-KAWAN SAYA

11 December 2010

DAGING MASIN GORENG


Lauk daging masin ini adalah kegemaran saya dari dulu sampai sekarang. Teringat arwah nenek, beliau selalu buat daging masin. Arwah tok pula tukang sembelih lembu, jadi selalu la ada stok daging kat rumah nenek. Oleh kerana tak ada peti ais untuk menyimpan daging, jadi arwah nenek akan buatkan daging masin dengan cara menggaul daging dengan garam kasar secukupnya dan disimpan di dalam balang kaca atau tempayan. Bila tiba musim tengkujuh atau jika kehabisan lauk, daging masin adalah menu utama.

Daging masin ni bukan saja sedap digoreng, tetapi juga dibuat gulai. Hari ini, saya goreng daging masin yang saya bawa dari kampung. Sebelum dimasak, daging masin hendaklah direndam dulu supaya kurang rasa masinnya. Selepas itu, barulah dicuci beberapa kali dan ditoskan.

DAGING MASIN GORENG

Bahan-bahan
Daging masin yang telah dicuci
Bawang putih, bawang merah, halia, dimayang
Bawang besar dan lada hidup, dihiris2
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
Masukkan daging ke dalam kuali dan keringkan airnya. Kemudian tambah air lain, dan rebus selama 1 - 1/2 jam atau hingga daging lembut, baru dimasukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau selalu supaya kelihatan garing. Bila garing, masukkan hirisan lada hidup dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment