KAWAN-KAWAN SAYA

03 November 2008

NASI DAGING

Ini satu lagi resipi nasi kegemaran saya..Selalu makan nasi ayam, kali ini kita tukar style..nasi daging pulak. Satu resipi yang simple dan menjadi kegemaran keluarga saya.. Kalau nak tahu keenakkannya, sila cuba resipi di bawah ini... Gambar akan menyusul kemudian, sekarang belum berkesempatan.


NASI DAGING

Bahan-bahan
1kg daging lembut atau daging batang pinang, direbus dengan halia, serai dan bawang putih yang diketuk hingga empuk
4 pot beras
4 pot air rebusan daging
sedikit lada hitam ditumbuk kasar
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ditumis
2 helai daun pandan disimpulkan
1 -2 sup bunjut
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih)
20 biji bawang merah, dimayang
10 biji bawang putih, dimayang
1 inci halia, dimayang
4 sudu minyak sapi untuk menumis

Bahan-bahan hiasan
Bawang goreng secukupnya

Cara Menyediakannya
Cairkan minyak sapi, tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan yang dimayang juga daun pandan hingga kekuningan. Masukkan daging rebusan, air rebusan, lada hitam dan rempah sup bunjut. Apabila mendidih masukkan beras dan juga garam secukup rasa. Apabila nasi telah kering, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu selama 15 minit atau hingga nasi betul-betul masak. Taburkan bawang goreng ketika menghidang dan hidangkan bersama-sama dengan air asam tomato.

BAHAN-BAHAN UNTUK AIR ASAM TOMATO
(kesemua bahan dicampurkan dan sesuaikan rasa sebelum dihidang)

**1 cawan air asam jawa pekat
**1 inci belacan atau secukup kegunaan, dihancurkan
2 biji limau nipis, diperah
10-15 biji bawang merah, dimayang halus
10-20 biji cili padi, dimayang halus
2-3 biji cili merah, dimayang halus
2-3 biji tomato, dihiris halus
garam secukup rasa
secubit gula - jika suka

** jika asam jawa dan belacan yang digunakan dari jenis yang masin, kurangkan penggunaan garam. Tambahkan sedikit air jika tidak suka air asam ini terlalu pekat.

No comments:

Post a Comment