Himpunan Resipi Masakan Kampung, Mudah, Ringkas dan Eksotik. Air Tangan Bonda Pengerat Kasih Sayang Sekeluarga..
KAWAN-KAWAN SAYA
03 November 2008
GULAI DARAT
Orang dulu-dulu mana ada rempah siap. Kalau nak masak gulai ayam ke daging ke, semua kena giling sendiri. Tiap kali nak masak gulai masa tu sibuklah dan menggoreng ketumbar jintan, lada kering dll ..lepas tu nak menumbuk lagi..Sekarang dah senang, gunakan blender aje...
AYAM GULAI DARAT
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4 dan bersihkan
2 sudu kerisik
1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan(asingkan pekat dan cair)
4 biji kentang - jika suka (belah 4)
beberapa biji lada hidup, belah 2
1 biji bawang besar, belah 4
2 keping asam gelugur
Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
5-6 biji lada kering
1/2 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kelapa parut
Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 biji buah keras
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis dan jintan putih
2 biji buah pelaga
1 inci kuli kayu manis
3 kelopak bunga lawang
1/2 kuntum cabe
2 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
garam secukup rasa
Cara Menyediakannya.
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, asam gelugur dan sedikit garam. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan 1/2 cawan santan cair. Masak hingga ayam mengecut dan hampir kering. Tambahkan santan cair dan masukkan kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Selepas itu baru dimasukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih dan ayam betul2 masak. akhir sekali campurkan lada hidup dan bawang besar yang telah dibelah2. Bila lada dan bawang telah setengah masak, bolehlah diangkat.
Hidangkan gulai darat ini dengan nasi putih, sambal belacan dan teresek jantung pisang atau kacang panjang.
TERESEK JANTUNG PISANG
1 biji jantung pisang, hiris nipis dan rendam dengan air garam, kemudian perah
atau 20 batang kacang panjang
5-6 pasang Hati dan mempedal ayam, bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang besar, belah-belah
4-5 biji lada hidup, belah-belah
satu cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik
Bahan-bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili kering
segenggam kelapa parut
1 bungkus rempah kari
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
rempah 4 sekawan
Cara Menyediakannya
Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan hati dan mempedal ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa. Kemudian masukkan jantung pisang dan santan cair. Agak2 jantung pisang dah masak, baru masukkan santan pekat dan kerisik. Sesuaikan rasa dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan bawang besar. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Labels :
DAGING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment