Assalamualaikum wbt..
Satu lagi hidangan kegemaran keluarga saya.. resipi yang sangat ringkas dan mudah.. Daging merah masam manis. bukan daging merah Thai yang berwarna merah tu.. tapi masakan ni berkuah pekat, rasa pedas, sedikit masam dan ada rasa manis...sedap dimakan dengan nasi putih atau roti..
Bahan2
1kg daging, dihiris nipis
2 inci halia, diketuk2
1 batang serai, diketuk2
3 keping asam gelugur
2 senduk sos tomato
1 senduk kicap manis
garam gula secukup rasa
Bawang besar dibelah2..
Bahan2 kisar
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
minyak untuk menumis
Cara2
Daging direbus bersama halia dan serai yang diketuk hingga empuk. Pastikan tidak menggunakan terlalu banyak air semasa merebus daging. Asingkan air rebusan dengan daging dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing, masukkan daging, sos tomato, kicap manis, garam dan gula.. Kemudian, masukkan daging dan asam gelugur. Kacau sampai kering sedikit, baru ditambah air rebusan dan masak lagi sampai pekat. Akhir sekali, tambahkan hirisan bawang besar... Siap untuk disajikan.
Saya makan dengan nasi putih aje..
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment