KAWAN-KAWAN SAYA

28 October 2012

REBUNG MADU MASAK LEMAK PUTIH

Assalamualaikum wbt.

Mungkin ada diantara kawan2 di luar sana yang suka makan sayur rebung.  Ada macam2 jenis rebung, iaitu rebung buluh minyak, rebung buluh betung dan lain2..  Yang dalam gambar ni ialah rebung madu... Rasanya tak lah manis macam madu.. tapi rebung ni sedap... tak pahit sangat macam rebung2 jenis lain.  Macam2 cara orang masak rebung.. Boleh dicampur dalam kari daging, dibuat kerabu, dimasak lemak cili api campur udang hidup, masak lemak putih, dicampur dalam bubur lambuk...dimasak air campur lada hitam, celur cicah budu pun sedap....

Walaubagaimanapun, rebung ni tak sesuai dimakan oleh ibu2 dalam pantang... sebab ia sejuk..  Tetapi rebung tidak mabuk dengan ubat... itu yang saya suka.. hehehe
 Yang ini, masak lemak putih campur lada hitam dan ikan panggang tawar.  Selalunya untuk masak lemak begini, rebungnya kena sagat kasar2.. tapi kali ni, saya potong je nipis2 tapi tak nipis sangat...
 Selepas itu, rebung yang dah dihiris, dicelur dengan air mendidih untuk membuang rasa pahitnya.  Kemudian ditoskan.  Rebung yang dah siap dicelur hendaklah dicampur dengan santan pekat, isi ikan bakar yang ditumbuk bersama lada hitam dan bawang merah.  Tambah garam dan gula secukup raas.  Masak sampai mendidih.  Akhir sekali, campurkan hirisan cili merah dan bawang besar.  Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

 Rebung madu yang dah siap dikupas kulitnya.. Sedia untuk disagat atau dihiris nipis...
 

 Inilah rupa rebung madu yang belum dikupas kulitnya... Kecik2 aje rebungnya...

Selamat mencuba.

 

No comments:

Post a Comment