Assalamualaikum wbt
Macam ni la kalau tinggal di kampung.. masakan hari2 pun lauk kampung je.. Jarang sekali nak beli sayur sawi, kobis, kailan dan lain2 tu.. kalau nak masak mee atau mihun, baru la dibeli... bukan apa... sayur sekarang ni tak tahan lama.. kalau beli, kena terus masak.. nak simpan 2 atau 3 hari kat esbok tu.. mmg lps tu jadi habuan cik tong la.. kalau setakat layu2 aje, ok gak.. tp dah busuk dah... jadi lebih baik makan sayur kampung je... Pucuk ubi, tak payah beli.. memang pohon ubi ditanam untuk diambil pucuk aje.. pantang nampak ada pucuk baru, mula la gatal tangan nak memetiknya.... Cuma putik jagung aje yang saya beli, sebab tak ada ladang jagung... dan cendawan sisir pun dah mahal dah... nampaknya lepas ni boleh angkut kayu getah letak kat laman rumah.. buat ternak cendawan sisir.. hehehe
Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan... tapi baru hari ni berpeluang menayang kat sini.. sian eh.. Saya sibuk...
Tapi tu la kan, sayur jeriat jagung @ jagung muda, kulat sisir (cendawan kukur, setengah orang panggil cendawan nasi) pun dah mahal harganya... Kebanyakan sayur kampung macam ni yang jadi pilihan saya kalau ke pasar atau pasar tani..
Jeriat jagung ni saya beli yang masih fresh... belum dibuang kulitnya...baru dipetik, terus dijual.... satu ikat RM1.00.. Saya beli sampai 5 ikat.. Lagipun, sayur ni, bila dah dibuang kulit, tinggal ciput aje... Saya buat masak lemak putih.. Biasalah, campurkan dengan segenggam bilis, santan satu biji kelapa, satu biji bawang besar dan 2 biji lada hidup.. Saya guna lada solok.. Sbb lada solok kat sini, lebih tahan berbanding lada merah... Masak lah macam biasa. Sebenarnya, kalau campur dengan kacang panjang dan terung, lagi sedap sayur lemak putih ni...
Ini pulak, cendawan sisir.. Satu cawan harganya RM5.00.. mmg mahal giler..... minggu lepas, harganya cuma RM3.00... saya tak beli, sebab terasa mahal... rupa2nya kali ni lebih mahal... tapi sebab saya tengok cendawan ni masih baru dan elok, saya pun beli juga la....Tak apa la kan... sian juga orang yang mencari cendawan ni... bukan senang...musim2 hujan, berperang dengan pacat.. pastu mungkin ada kawan2 yang menjalar tu.. hihi.. seram eh...
Untuk satu cawan cendawan ni, saya campurkan 5 biji telur, 1 biji bawang besar dan 1 biji lada solok yang dimayang.. Lepas tu campurkan dengan satu sudu kicap sotong.. Kacau rata2, gorengkan sepertimana menggoreng telur dadar biasa. Sebelum tu, cendawan ni kena cuci betul2.. campurkan garam dan ramas2kan.. masukkan ke dalam penapis, bilas di bawah aliran paip air sampai hilang lekitnya.. baru sedia untuk digunakan...
Biasalah, kalau takde sambal belacan, tak lengkap hidangan saya.. Untuk satu lesung cili padi, saya bubuh satu sudu belacan, setengah sudu kecil garam, 3 sudu gula pasir.. Tumbuk sampai lumat.. Perahkan sebiji limau nipis dan campurkan 2 biji pelam muda yang disagat halus. Gaul rata2.. Siap..
Hmmm... ikan goreng cuma ikan kembung... goreng garam kunyit je...
Inilah pucuk ubi yang telah saya rebuskan... Masih kekal hijau kan? Ada petua nak bagi kekal warna hijau tu.. Pucuk ubi kena basuh dulu.. Mula2 jerang air sampai mendidih, bubuh sedikit garam. Masukkan pucuk ubi dan masak sampai lembut.. Lepas tu, air panasnya dibuang.. Ganti dengan air sejuk.. Bilas lagi dibawah aliran paip air.. Baru ditoskan. Kalau nak makan dengan kuah pecal, perahkan kering2.. Yang ni, saya cuma nak hidang dengan sambal belacan aje.. So, begitu aje lah..
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment